P R O L O G

70.4K 240 0
                                    

"I janji dengan you, I akan ada dengan you sampai bila-bila. I janji dengan you, I akan jadikan you perempuan paling bahagia dalam planet ni. Trust me."

Itu adalah ayat yang cukup meyakinkan hati aku sebelum aku serah segalanya untuk dia. Jiwa, raga, kasih, sayang. Kau namakan sahaja. Apa sahaja yang aku ada, aku serahkan bulat-bulat.
Malam itu, jiwa aku dan jiwanya bersatu. Dia rangkul tubuh aku erat, dia paut hati aku agar aku terus berada dekatnya. Bibir dia dan bibir aku bertemu. Lembut. Suam. Manis bagi aku. Setiap ciuman disambut dengan sekuntum senyuman diantaranya, nafas dia dan aku bersama. Dada aku terus berombak pabila bibir dia singgah pada tulang bahu, bertalu-talu bahu aku dicium.

"We can stop if you want. I won't push you."
"No, keep going."

Dan malam itu terus berlalu, hingga ke larut. Dingin malam, sejuk. Namun bahangnya terasa kerana tubuh dia dan aku rapat, tanpa seurat benang. Dia sisir rambut aku kebelakang telinga, dia kucup dahi aku.

"Thank you for trusting me."
"Thanks to you, for making me such a happiest human being in the entire universe."

Ya, seluruh aku ini sungguh-sungguh mempercayai dia. Tapi apa yang aku tidak tahu, dia bakal menjadi mimpi terburuk yang aku sendiri langsung tak sedar.

Ruang Kita - COMPLETEDWhere stories live. Discover now