T I G A

45.2K 173 3
                                    

"HOIIIII!!!"

Aku tersentak dari lamunan aku. Terlepas buku nota yang aku pegang.

"Termenung apa ni Jules? Teringat dekat crush ke?"
"Kau gila? Mana ada aku termenung. Aku cuma berfikir je nak makan mana."
"Poyo lah. Kan tadi dah cakap, aku nak ajak kau pergi makan dekat Sushi King. I craving la Salmon Bento dekat situ."
"Ye Teng ye, boleh."
"Tapi aku bawak girlfriend aku okay?"
"Yelaaaaaaaaa!"

Aku mendengus. Teng sedang berpacaran dengan seorang junior dari universiti kami. Baru dua bulan. Nama perempuan itu Amalisa.
Kami panggil dia Malis. Manis orangnya. Perwatakan yang super comel.
Aku? Aku tak berpacaran dengan sesiapa pun. Bukan aku taknak. Cuma aku jenis setia pada yang satu.

"Teng, kau gerak dulu. Aku nak pergi beli rokok kejap. Dah habis ni. Aku jumpa kau dekat sana je lah."
"Kecoh la kau ni. Okay lah. Kirim satu Winston White."
"Okay!"

Aku berjalan menyusuri kaki lima bangunan rumah kedai itu dan menuju ke 7 Eleven berdekatan dengan universiti aku. Aku masuk ke dalam 7 Eleven itu dan terus menuju ke kaunter.

"Hai Jules. Macam biasa ke?"
"Hey Far. Haah macam biasa. Bagi Teng punya sekali eh?"
"Okay boleh. Nak pergi makan dekat mana ni?"
"Sushi King. Teng tu craving nak makan bento lah apa lah. You nak join tak? Sebab Teng bawak Malis."
"Hahaha kalau ada Malis mesti you jadi MALAS kan?"
"Tahu takpe. 24 jam berkepit macam takda hari esok. Jom la Far, teman i. Taknak jadi third wheeler. Sedih!"
"Shift I dah nak habis lagi 10 minit. Boleh tunggu?"
"Boleh Far. I tunggu luar. Hisap rokok."
"Okay Jules. Kejap lagi i keluar."

Aku keluar dari 7 Eleven tersebut dan duduk di tepi kaki lima berdekatan. Aku menyalakan sebatang rokok Malboro Ice kegemaranku sambil menyemak telefon bimbit aku.

Satu notifikasi Whatsapp terpapar pada skrin telefon aku.

Teng;
Aku rasa Far dah nak habis shift tu. Kau ajak lah dia lepak sekali sebab lepas makan nanti aku nak pergi beli barang kejap dengan Malis. Boleh eh? 🤪

Jules;
Kau memang sial lah. Macam mana boleh baca kepala otak aku pun taktahu! Aku baru lepas ajak Far ni. Tengah tunggu dia.

Teng;
Aku kenal sangat kau. Kau bukan suka Malis pun. Kau annoyed dengan dia. I get it. Plus, you used to have a thing or two with Far kan?

Jules;
Pergi mampus sana! Jangan ungkit lah babi!

Teng;
HAHAHAHHAHAHAHA BITTER! Cepat sikit tau!

Aku ketawa kecil. Ya, aku pernah ada crush sikit pada Far ni. Dulu lah. Masa dia mula-mula kerja dekat 7-Eleven ni. Sekarang? Aku pun taktahu.

"Dah jom. Shift i dah habis. Nak naik kereta you ke or nak ride dengan I?"
"You bawak Isabella ke hari ni?"
"Aah. Nak ride eh? Nasib ada extra helmet I letak dekat kedai. Kejap i pergi ambil."

Isabella bukan manusia. Tapi motor. R6 kesayangan milik Far. Dia punya sayang dekat motor, fuh! Macam sayang bini!

"Nah. Jom."
"Lets go."
"Teng dah sampai sana ke?"
"On the way tu. Lepas makan dia nak pergi shopping. You ada plan ke later?"
"Nope. Kenapa?"
"Great. I ada tea time dengan Mother petang nanti. Ikut eh?"
"Boleh. I pun dah lama tak jumpa Mother."
"Ngam sui!"

Motorsikal berkuasa tinggi memecut laju memasuki lebuhraya. Aku paut kemas pinggang Far, takut terbang pula. 10 minit sahaja perjalanan ke Sushi King tu. Tak sempat panas punggung lah Far ni!
Kami terus berjalan masuk ke dalam Sushi King dan kelihatan Teng dan Malis sudah berada di meja berdekatan dengan sushi conveyor belt.

"Sorry lambat guys."
"Takpe weh. Ssup Far!"
"Ssup! Hey Malis."
"Hey."
"Korang dah order ke?"
"Kiteorang dah. Tunggu korang je la."
"Takpe lah. Aku makan sushi yang ada atas conveyor ni je. Far, orderkan I iced green tea eh."
"Okay."

Makan tengahari kami dipenuh dengan gelak-tawa dan gosip gosip liar dikampus. Kadang-kadang melawak benda yang aneh aneh. Sekali sekala, aku tenung Malis lama-lama. Aku terfikir. Apa yang Malis ada, tapi aku tak ada.
Far mengerling matanya kepada aku. Dia mencapai telefon bimbitnya dan menaip sesuatu lalu menunjukkan kepada aku.

Don't look at her like that. Tak selesa dia nanti. I'm here for you.

Aku pandang Far dan terus tersenyum ringkas. Jauh dalam lubuk hati, Far tahu perasaan apa yang aku ada terhadap Teng. Cuma aku sahaja yang berlebih. Walhal, hubungan aku dan Teng hanyalah sekadar kawan sahaja.
Kawan.

Ya, aku dan Teng cuma kawan. Tak lebih.

Ruang Kita - COMPLETEDWhere stories live. Discover now