Nama aku Julia. Tapi aku lebih suka orang panggil aku Jules. Sebab mak aku yang aku panggil Mother selalu panggil aku Jules.
"Jules darling, Mother dah masak ni. Turun sayang makan."
"Jules darling, Mother nak keluar pergi beli groceries. You nak kirim apa-apa?"
"Jules darling, you nak keluar pergi mana-mana ke? Come, mother hantarkan."Ya, aku memang dasar spoilt brat. Mother memang manjakan aku dari aku kecil lagi sebab aku anak tunggal dia. Well ayah aku, Dad memang jarang ada dekat rumah. Sejak dia berkahwin satu lagi, dia banyak habiskan masa dengan isteri kedua dia berbanding Mother. Jadinya, Mother lah mak Mother lah ayah untuk aku. Semua yang aku buat, semua yang aku dapat semuanya hasil dari Mother sendiri.
Oh ya, nama mak aku Rosalinda. Kebanyakan orang panggil mak aku Mother Rose. Aku rasa panggilan tu melekat dekat kepala orang keliling aku termasuk kawan baik aku.
Aku ada seorang je kawan baik. Nama dia Khai tapi aku panggil dia Ah Teng. Memang dari kecik orang panggil dia Ah Teng. Aku pun tak ingat kenapa. Aku kenal dia dari zaman aku tadika sampai lah aku masuk universiti.
Ah Teng sama tempat belajar dengan aku, course mate aku, table mate aku dan segala-galanya bagi aku. Tapi kami tak bercinta.
Pelik kan? Tapi itulah hakikat. Tak pernah sikit pun terdetik dalam hati aku dan dia untuk mengikat perasaan. Kami hanya sekadar kawan. Tetapi, ada sesuatu yang sering berlaku antara kami membuatkan hubungan ini kadang kala pelik. Aku rasa lah.
Ianya bermula sewaktu kami di Tingkatan 4. Kami berdua sama-sama bersekolah disekolah asrama penuh. Setiap kali minggu balik wajib, mesti Ah Teng akan balik ke rumah aku. Dia tak suka balik ke rumah sendiri, katanya boring sebab yang ada cumalah orang gaji. Parents dia jenis yang kuat berkerja. Jadinya Ah Teng selalu ditinggal sendirian.
Satu hari, kami balik pada minggu balik wajib. Mother menghantar kami pulang dan dia terus keluar bandar, katanya ada appointment dengan client. Mother berkerja sebagai seorang agen hartanah."I'm going to be home slightly late today. You guys go ahead and order pizza if you want. Kalau taknak, masak lah apa apa yang korang nak. Mother rasa dalam fridge ada bahan untuk masak. Teng, make yourself comfortable and jangan lupa call your parents to let them know. And Jules, behave."
Aku mengangguk pantas. Mother tahu bertapa nakalnya aku. Darah muda. Semuanya bergolak. Kereta BMW M8 milik Mother aku lihat meninggalkan perkarangan rumah. Lalu aku terus berlari ke bilik tamu dimana Ah Teng sudah buat seperti biliknya sendiri. Aku ketuk pintu bilik Ah Teng.
"Busy?"
"Never for you. Mother dah gerak?"
"Sudah. Bilik aku atau bilik kau?"
"Bilik kau. Aku suka vibes bilik kau. Nyaman. Tunggu sana. Kejap lagi aku datang."
YOU ARE READING
Ruang Kita - COMPLETED
Romantizm⚠️WARNING. MATURE CONTENT. ⚠️ "Rasa apa ni, yang sedang duduk dalam hati aku dalam kepala aku? Kenapa ada ruang dalam diri aku untuk rasa seperti ini?"