Part 12

759 37 0
                                    

Hujung minggu telah pun tiba . Hari yang sememangnya Min nantikan . Dia mengambil keputusan untuk tidak ke mana mana . Dia mahu menggantikan semua aktiviti tidurnya akibat dipagut oleh exam sem 2 . Dia tidak mahu sesiapa mengganggunya ,kalau tidak kelak kau akan kenal siapa Min si hulk itu .

Baru sahaja Min mahu melelapkan mata , pintu biliknya diketuk oleh seseorang . Aduh ! Siapa pulak yang kacau ni ?!?!? Tak boleh tengok orang senang sikit lah . Aku debik karang baru tahu !!! Min menumbuk bantalnya berulang kali untuk melepaskan rasa marahnya .

"Park Hye Min , bukak pintu ni"

Suara Chen disebalik pintu itu . Berharap agar dongsaengnya akan membuka pintu .

"Gapo dio?!"

Atudiaaaa , keluar sudah loghat negerinya . Kacau daun ah hyung aku ni . Tak boleh tengok aku senang langsung !

Dengan malasnya , Min segera bangun dari pembaringannya dan menuju ke pintu . Lalu dia membuka pintu , kelihatan muka hyungnya yang sedang tersengih-sengih seolah olah menang dalam loteri .

"Apa dia?!"

Soal Min acuh tak acuh. Ikutkan dia malas nak melayan .

"Aduh adik manis , jangan lah marah hyung macam ni . Ni nak bagitau malam ni ada kawan hyung nak datang rumah ."

"So ?!"

"Min tolonglah masakkan pape ye ?! Jebal?!"

"Appa kan ada . Kenapa minta dengan Min pulak ?!"

"Hyung tak nak lah susahkan appa , please Min , please . Buing buing"

Chen segera membuat aegyo di hadapan Min . Alah adik sendiri bukannya orang lain pun . Min mencebik . Huh nak bodek aku lah tu ,cam lah aku tak tau !

"Hurm tengok lah "

Kerana malas menghadap buing buing yang tah pape dari hyung dia tu , lantas dia bersetuju walaupun hati tidak merelakannya . Sepatutnya aku tidur yang indah bermimpikan Nam Woohyun tu bukannya memasak . Arghh hyung ni !!!!!!!

"Yehet !!! Chaw dulu !"

Chen terus berlalu pergi . Dia tidak mahu menganggu adiknya yang kelihatan sudah beberapa kali menguap , macam dia tak kenal adik dia , karang naik gorila pulak budak tu nanti sebab kacau tidur dia . Baik aku blah dulu .

Min segera menutup pintu biliknya . Matanya sudah tidak boleh diangkat lagi seolah olah ada tarikan supaya dia tidur .

"Aku tidur sekejap je nanti aku bangun , aku masak lah ."

Min membebel sendirian sebelum menguap buat kali ke sejuta . Lantas matanya tertutup . Selamat malam .

--------------------

Min memasukkan kubis bunga ke dalam masakannya . Dia tersenyum sendirian . Apa ingat aku tomboy tak reti nak pegang senduk ke ? Hey ini Min lah . Appa aku pakar memasak tau so darah mengalir dalam badan aku ni pun pandai memasak gak. Hahahha untung bakal suami aku tak payah nak cari bibik . Hohoho .

Min mendabik dadanya , bangga .

"Min masak apa tu ?!"

Soal seseorang sambil memegang bahunya .

"Omma kau pocot kau ayam terbalik hangus terus kau! Hah kan aku dah melatah dah !"

Senduk ditangan Min itu tercampak jauh . Min berasa geram lantas menoleh ke arah orang yang telah mengacaunya . Dilihatnya Chen sedang terkekeh kekeh mengetawakannya . Dia mengecilkan matanya .

"Hyung ni kejam lah !"

Min menumbuk bahunya hyungnya .

"Nah ambik kau !"

Chen mengaduh kesakitan , segera dia mengusap pada tempat yang ditumbuk nya itu .

"Bapak kasar doh adik aku ni patut lah tak de lelaki nak melekat dengan dia . Kasar mengalahkan lelaki "

Min mencebik . Senduk di lantai itu segera dikutipnya . Eleh mengata orang konon , dia pun sama . Bujang terlajak!

" Paku dulang paku serpih , mengata orang dia yang lebih"

Sinis Min sambil tangannya lincah mengacau lauknya itu . Dia langsung tidak menghadap muka abang dia itu . Makin bengkek hatinya namun dia cuba sabarkan aja .

Baru sahaja Chen sedang membalas , kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang .

Tok! Tok ! Tok ! .

"Hah tu ada orang ketuk pintu tu , gi lah layan "

Min mengusir abangnya dengan cara langsung . Semak je lah orang tua tu nasib baik aku tak hempuk dia dengan senduk ni tadi kalau tak mahu esok kena ambik MC hahaha . Tu lah siapa suruh kacau aku .

Manakala di hadapan rumah , Chen sibuk berborak bersama dengan seseorang. 

"Hah datang pun kau , ingat tak jumpa rumah aku !"

Kata Chen sambil berpelukan dengan kawan lamanya yang sudah lama tidak berjumpa itu . Hampir 2 tahun mereka tidak berjumpa kerana lelaki itu menetap di London sebelum mengambil keputusan untuk menetap kekal di Korea .

"Ala kau ni kecoh betul lah!"

Lelaki itu menepuk nepuk bahu Chen .

"Kau ni macam tak nak bagi aku masuk je ."

Chen mengaru-garu telinganya sambil tersengih-sengih . Dia sedar silap dia membiarkan tetamu berdiri kepanasan disitu . Lantas dia menjemput tetamu itu masuk ke rumah .

"Rumah kau takde orang ke ?"

Soal lelaki itu , matanya melilau mencari kelibat orang di dalam rumah . Sunyi dan sepi sahaja . Mendamaikan .

"Appa aku gi mana tah , buat kebajikan lah . Yang tinggal aku dengan adik aku je ."

Chen segera melabuhkan punggungnya di sofa , tangannya mencapai alat kawalan televisyen lalu dia menekan punat on untuk menyaksikan siaran yang terdapat di televisyen itu .

"Adik kau ?!?!?!?"

Muka lelaki itu kelihatan terkejut .

"Kenapa ?!"

Soal Chen namun matanya masih tertumpu pada rancangan tv yang menarik perhatiannya , My Lovely Girl .

"Lelaki ke perempuan ?!"

"Girl"

Acuh tak acuh sahaja Chen menjawabnya , matanya seolah olah terlekat pada kaca tv itu kerana Krystal berlakon dalam drama tersebut. Dia amat menyukai Krystal , maklum lah fanboy lah katako .

"Cantik tak dia ?!"

"Nanti kau tengok lah sendiri . Dah dah jangan kacau aku lah"

Tangannya digerakkan seolah olah sedang menghalau tetamu itu . Lelaki itu berdiam diri .

'Siapa agaknya ye ?'

Otaknya ligat memikirkan namun hampa . Keluhan berat dilepaskan .

--------

To be continued :)

Musuhku , Kekasihku  [Xiumin Fanfic]Where stories live. Discover now