"Min tak sampai lagi ke ?"
Soal Yoona pada Xiumin . Yoona perasan akan perilaku si jejaka itu seolah olah lelaki mati bini (pun boleh kan :p) . Lelaki itu tidak duduk diam langsung . Duduk pun tak senang , berdiri lagi la tak senang . Selagi Min tak sampai selagi itu lah dia tidak akan berdiam diri . Risaunya bukan kepalang la . Dia bimbang akan berlaku perkara yang tidak diingini pada Min .
"Belum lagi noona . Hurmmmm...."
Xiumin mempamerkan muka yang sedih . Sedih ni bukan dibuat main main tau , ni sedih betul betul tau . Hati pun turut menangis tau . Semoga Tuhan melindungi Park Hye Min .
"Sabar lah ye. Jap lagi mai lah dia tu . Amboi kemain kau risau ye hahahahha . Untung Min dapat kau ni tau hahahah"
Gurau Yoona bagi meredakan kerisauan yang bertandang pada diri Xiumin itu . Yoona sudah mulai menganggap Xiumin itu bagaikan adiknya . Mereka sering bertukar pendapat , bertanya khabar , meluahkan permasalahan , rahsia dan sebagainya tetapi Yoona agak jarang menceritakan masalahnya pada lelaki itu kerana dia dan Seung Gi baik baik sahaja . Yoona terasa geli hati apabila teringat sudah beberapa kali Xiumin meminta pendapatnya bagaimana hendak memikat anak misai melentik tu .
"Xiumin cadang nak cari dia lah kat luar ...."
Xiumin yang berura ura bangun itu terus ditahan oleh Yoona . Gadis itu menggeleng kepala , Xiumin kehairan . Dia mengangkat kening sebelah , bertanya kenapa?
"Tak payah cari lah , nanti dia sampai lah tu , kau percaya la kata noona ni . Karang kau pergi mencari dia , kesudahnya kedua dua tak sampai . Sorang tersesat sorang lagi entah kemana . Naya je nanti . Mau pulak ahli teater yang lain nak mencari korang berdua pulak ."
Yoona bebel bagaikan nenek kebayan . Gerak hati dia berkata Min akan sampai tak lama lagi . Dia faham perasaan Xiumin itu , siapa tak risau bila orang tersayang tidak tiba lagi .
"Kau dah call dia ?"
Soal Yoona seakan ketua polis negara lagaknya . Even dia tak rapat dengan Min namun perasaan risau itu tetap ada . Tiada heroin maka hancurlah pementasan mereka sebentar lagi . Hati dia berharap sangat Min akan tiba 10 minit lagi memandangkan tinggal 15 minit je sebelum tiba giliran mereka .
"Dah call dah , berjuta kali namun satu pun tak angkat . Fon dia kehabisan bateri rasanya "
Sudah berpuluh juta kali dia mendail Min namun satu pun tidak dijawab . Dia tidak kisah pun kalau dia kenl penggal leher dengan appanya dek bil telefon yang melambung tinggi berbanding orang yang tersayang itu selamat tiba disini . Terasa jarinya hendak meletup lagaknya dok menekan nombor yang sama sahaja dan berpuluh mesej dihantar kepada Min menyatakan dimana gadis itu sekarang namun semuanya penghantaran gagal! Adakah dia off telefon dia !?!?! Arghhhhhh begitu banyak persoalan yang berada di dalam benaknya .
"Mari lah kita ke pondok perhentian bas itu mana tau kan kejap lagi Min akan tiba "
Cadang Yoona sambil melambaikan tangan pada Xiumin supaya mengikutnya bersama . Mereka bergerak bersama menuju ke tempat itu .
Setelah hampir 2 minit berjalan , akhirnya mereka tiba jua tempat yang dituju . Mereka duduk disitu sambil hati mengharap orang yang ditunggu akan tiba jua . Mereka andaikan jika Min diculik pastinya Chen akan menelefonnya jika penculik itu meminta wang tebusan . Bersangka baik Xiumin , karang engko juga yang melalak pulak . Mereka berdua menekup jari di dagu seolah olah memikirkan sesuatu sedangkan fikiran masatu amat lah bercelaru!
YOONA menoleh ke arah kanan , tempat kereta keluar masuk ke kolej mereka , dia terpandangkan sesuatu , kelihatan 4 orang sedang memasuki tempat itu . Dia cuba mengecam dengan lebih lagi namun agak terbatas penglihatannya . Terus dia meyiku perut Xiumin tanpa sengaja , bimbing jika dia tersilap orang pulak .

YOU ARE READING
Musuhku , Kekasihku [Xiumin Fanfic]
RomansaIbarat kucing dan anjing , pantang berjumpa pasti mahu bertekak . Benda kecil mesti diperbesarkan . Semuanya tidak kena di mata mereka . Hanya tahu bertekak , bergaduh dan bertikam lidah . Bergaduh kemudian berbaik semula , sudah berbaik bergaduh se...