Part 17

619 39 3
                                    

"Min ! Tolong hyung ni !!!!"

Min yang berada di dapur , terkocoh-kocoh berlari anak ke ruang tamu .

"Waeyo ?!"

"Xiumin pengsan ! Tolong hyung papahkan dia !"

Dikerlingnya ke arah Xiumin seketika . Dilihat kepala lelaki itu diletakkan di atas riba abangnya . Pelik ? Macam mana boleh jatuh sakit?

"Nae!"

Dia segera membantu Chen mempapah Xiumin hingga ke bilik Chen . Dia merasakan tangan Xiumin sejuk . Sesejuk peti ais ! Muka lelaki itu kelihatan merah seperti terkena bakar . Padahal dia demam panas sahaja !

Setelah selamat membaringkan Xiumin di atas katil , Min berundur untuk ke dapur , mahu memasak bubur . Wah sejak bila wujud lak perasaan caring aku ni ! Tapi sebelum itu dia perlu meletakkan kain lembab di dahi lelaki itu supaya dapat mengurangkan suhu badan yang semakin panas itu . Ikutkan mahu sahaja Min hendak meletak cool fever yang lekat tu , senang kerja sikit ! Tapi nanti apa pulak kata hyungnya itu !

Berlalu ke dapur , terpaksa lah memaksakan diri untuk 'bersilat' di dapur . Sepatutnya waktu begini dia sedang ralit melayan drama korea yang sedang memanggil-manggilnya supaya bantutkan hasratnya itu namun dia tetap berkeras , dia akan melayan kesemua drama yang dari asyik tadi menyeru namanya selepas selesai memasak bubur . Dia memotong ayam ala kadar sahaja , exactly not like Chef yang terkenal di Korea ni . Bukannya memasak untuk suami pun ! Macam tak ikhlas sahaja lagaknya .....

Sedang ralit memasak itu , telinganya menangkap suara manusia sedang ketawa . Memang lah manusia takkan lah hantu kot. Hurm , bunyinya datang dari arah ruang tamu . Appa dah balik ke ? Takkan lah hyung aku gelak sensorang kot . Gila ke apa ?!?!? . Ah baik aku siapkan nasi bubur dulu baru lah sembang sembang , karang mampus anak orang kat atas tu , naya appa aku nanti .

Setelah selesai Min memasak bubur , dia terus meluru ke arah hyungnya yang sedang menonton televisyen itu , ditangannya ada semangkuk bubur yang masih berasap . Amboi cantik betul abang aku duduk ni ! Daebak ! Kalau appa tengok ni mahu kena bebel 7 hari 9 malam ni .

"Hyung , pergi suapkan bubur ni untuk kawan baik hyung!"

Ditekannya perkataan kawan baik itu , geram dia terhadap lelaki itu bukan kepalang lah . Menyusahkan aku je lah dia tu ! Huh!

"Pergi lah suapkan . Kacau je orang nak tengok Krystal ni . Shuh! Shuh!"

Eh suka hati omma appa dia je nak halau aku lak . Tau lah nak tatap Krystal kesayangan dia tu . Huh ! Macam aku jugak lah nak tatap wajah tampan Nam Woohyun tu . Nama pun adik beradik kan . Hahahahha . Terus Min melangkah ke arah anak tangga .Mulutnya mencebik . Meluat melihat perangai abangnya yang macam gedik gedik tu .

Setiba di hadapan bilik Chen , Min menarik nafas yang panjang . Dia berharap Xiumin masih tidur lagi . Senang sikit kerja dia tu , letak je mangkuk bubur and then blah tak payah nak tolong suapkan hahahahahha ! Kejam betul anak Wu Yi Fan ni ! Dia membuka pintu perlahan-lahan persis pencuri . Dilihat Xiumin sedang lagi baring dengan mata tertutup tu .

Min duduk di tepi katil , direnungnya Xiumin . Dia handsome , segak dan tampan . Mata , hidung yang mancung , muka , rambut dia semua tip top ! Perfect ! Aku akui ada debaran setiap kali aku melihatnya , namun aku ego . Aku tak nak tunjuk yang aku suka kat dia . Pendam lebih baik . Hanya dengan cara bertekak , kami masih dapat bersama .

DITEKUP dahi Xiumin dengan belakang tangannya . Ouch panasnya ! Xiumin juga kelihatan terketar-ketar walaupun sudah membaluti dirinya dengan selimut . Min jatuh kesian pada lelaki itu . Lantas dia ke bilik air untuk membasahkan tuala yang sudah kering pada dahi Xiumin itu .

Dia tak sampai hati hendak mengejutkan Xiumin. Kesian lelaki itu .

"Ini kali pertama kau layan aku dengan begitu baik!"

Kata Xiumin dengan suara yang kendur . Matanya masih tertutup lagi . Aik? Takkan mengigau kot mamat ni . Meracau ke apa ?

Xiumin terus memegang tangan Min dengan selamba . Matanya masih lagi belum celik lagi . Diusapnya tangan Min itu . Sungguh lembut sekali! . Usapan itu membuatkan Min tidak berasa selesa .

"Errrr . Apa kau merepek ni?"

"Kau slow Min . Kau tak nampak cinta kat depan mata kau!"

"Hah? Aku tak faham lah!"

"Sah memang kau slow lah!"

"Kau ni makin demam , makin merapu lah aku tengok ! "

"Merapu sebab aku tergilakan kau . Kau je yang slow , tak nampak apa yang depan mata "

Dia ni asyik cakap aku slow je . Aku sepak juga karang budak ni . Siot betul ! Apa yang slow nya ? Aku pun tak faham lah apa yang dia merepek tu . Dah sakit tu duduk diam diam sudah lah . Karang aku campak nasi bubur ni baru tau .

Betullah kata Chen yang Min ni memang slow lah . Lambat pick up . Aku ni bukannya lelaki jiwang . Pandai bermadah ayat berbunga bunga.  Aku dah kasi klu pun tak faham jugak . Slow gila minah ni ! Teramat slow !

" Dah lah tak payah nak merapu . Makan bubur ni hah!"

Ujar Min seraya tangannya menghulurkan mangkuk yang berisi bubur itu pada Xiumin . Namun hulurannya itu tidak bersambut . Dahinya berkerut .

"Kenapa?"

"Nak kau suapkan lah . Jebal?"

"Huh ! Gedik!"

Gedik pun gedik lah . Aku dengan kau sorang je , cik Park Hye Min oii . Dengan orang lain memang tak lah !

Min nampak je marah marah tapi dalam hati.....berdebar hebat woi! Ala marah marah sayang je ... tak gitu dok? Dengan begitu malasnya , Min terpaksa lah menyuapkan orang yang tengah sakit sangat kononnya tu!  Segera Xiumin menyambut suapan itu . Hatinya berbunga bunga bak di dalam syurga .

"Kenapa lah susah sangat kau nak bukak hati kau untuk kau?"

Soal Xiumin dengan suara yang kendur . Dia tidak pasti sama ada Min mendengar atau tidak . Kalau ye , mampus lah aku . Kalau tidak , Huh selamat den hehe. ....

" Apa dia kau cakap?"

Min rasa telinganya tidak silap mendengar bahkan jelas sekali apa yang diperkatakan oleh Xiumin itu . Nak kata pekak , hari hari aku dok korek telinga ni . Sasau kot mamat ni!

"Aniyo. ..."

"Hurm....."

Sah lagi jelas yang Min ni memang slow lah ! Takpe satu hari nanti mesti minah ni sedar yang orang depan dia ni sudah angau kan dia . Takpe lah Park Hye Min , mungkin bukan masanya . Belum tiba masanya .

------------

To be continued c;






Musuhku , Kekasihku  [Xiumin Fanfic]Where stories live. Discover now