Part 30

681 36 0
                                        

Sebaik sahaja Xiumin meletakkan kenderaanya di tempat meletak kereta ,mereka berempat terus menuju ke kedai yang menjual pakaian lelaki .

"Selamat datang!"

Ucap juruwang yang berada di mesin kaunter itu . Dia tersenyum ke arah Xiumin . Handsome jugak mamat ni ? Tapi dia dah kahwin ke ? Ala melepas aku kali ni . Senyuman hanya mampu dibalas oleh Xiumin. Terpana seketika si gadis yang bekerja sebagai juruwang tu .

"Kau pilih baju untuk aku boleh?"

Soal Xiumin sambil meletakkan Soyeon di kerusi yang disediakan tu . Tak larat deh nak dukung budak tu lama lama . Mak diaorang ni bagi makan apa ye ?

"Mwo ? Aku? Baju kau , kau pilih la sendiri !"

Jawab Min ,tangannya masih lagi memegang erat jari jemari Seojin itu. Erat . Seakan tak mahu melepaskannya . Mungkin dah jatuh sayang pada budak ni .

"Ala tolong la!"

"Ish yelah yelah !"

Mulut kata lain , tapi hati tetap menurut . Kenapa dengan aku ni ? Apakah aku terpana kerana pemakaian dia yang begitu tampan pada harini ?

Dicapainya baju berwarna hijau dan seluar jeans yang berwarna merah . Idea jahat dah mari ! Hehhe tadi kau buat aku kan , sekarang aku buat kau balik .

"Nah !"

Min menghulurkan baju dan seluar yang dipilihnya tadi . Terbuntang mata Xiumin . Dia ni betul ke tak ni?

"Kau ni masuk ke apa ? Ni dah serupa badut kau tau!!!"

"Okay apa . Kau nampak s.....segak lah!"

'Lah sangat!' Sambung Min di dalam hati. Terasa hendak membuat tangan dibahu , mata ke langit . Tadi nak sangat aku pilihkan , sekarang banyak soal pulak mamat ni . Hempuk dengan hanger baru tau!

"Oit perempuan , beragak lah sikit ! Jatuh macho aku macam ni!"

"Kau yang suruh aku pilihkan ? So ni lah pilihan aku . Cepat ah gi fitting room tu!"

Min menggunakan cara halus untuk menghalau Xiumin , bukan halus tapi kasar adalah . Hahaha meluat lah hadap muka mamat tu lelama .

"Ish !"

Xiumin beralah ,lalu terus masuk ke fitting room itu sempat lagi dijeling ke arah Min ,dilihatnya sekadar tersengih sahaja .

Setelah beberapa minit........

"Woi mana kau ?"

Teriak Xiumin sebaik sahaja mencuba baju itu . Mana pulak perempuan ni? Adoi takkan lah aku nak keluar macam ni pulak . Jatuh macho aku camni!

"Oit perempuan di mana kau!?"

Matanya melilau mencari kelibat Min ,Soyeon dan Seojin . Takkan lah lari pulak ? Cis ! Tak guna ! Sedang dia mengutuk gadis itu di dalam hati , matanya tertangkap kelibat gadis itu yang sedang menilik dress yang menempatkan pakaian wanita .

"Sini pun kau!"

Xiumin bahu gadis itu . Dilihat gadis itu sedang gigih mendukung Soyeon , manakala sebelah kiri pula memegang erat jari Seojin . Wah ada ciri ciri keibuan lah minah ni!

"Oppocot omma kau!"

Min melatah ,dia terkejut apabila seseorang menepuk bahunya . Nasib baik dia tak backhand Xiumin kalau tak mesti berlubang perut mamat tu!

"Kau nak beli ke ?"

"Mana ada lah !"

"Habis yang kau tenung macam nak tembus baju ni kenapa ?"

"Aku ada mata suka hati lah aku nak tengok apa apa . Takkan lah tercongok nak tunggu kau je !"

Min terus menarik lengan sasa lelaki itu . Malas nak bergaduh la sebab hal yang remeh temeh ni ! Takde guna pun .

"Amacam dengan pilihan aku tu ? Kau suka ?"

"Hurmm not bad lah !"

"Jinjja ?"

"Ye !"

"Okay lah aku nak pergi bayar baju dengan seluar . Kau dengan twins ni duduk lah kat luar dulu ye!"

Arah Xiumin , Min mengangguk . Lantas dicapainya tangan Seojin itu . Sebenarnya Xiumin sengaja je suruh Min keluar kerana dia hendak membelikan dress yang Min lihat tadi . Dia menyuruh juruwang itu membalut dress itu dengan kertas pembalut hadiah . Dia hendak membuat special kepada pujaan hatinya .

SELESAI sahaja membayar kesemuanya termasuk dress itu , dia berlalu keluar . Dilihatnya Soyeon sedang lena diulit mimpi di paha Min . Lena sekali dia tidur !

"Errr Xiumin ?"

"Yes ?"

Xiumin cuba berlembut . Dia juga seperti gadis itu . Rasa penat jika asyik bertengkar sahaja .

"Aku nak pergi ladies kejap , nak basuh rambut ni kejap dah melekit tau akibat 'kerja' kau tu!"

Sinis Min ,perlahan perlahan dia mengangkat Soyeon yang berada diribanya itu agar anak kecil ini tidak terjaga diberinya kepada Xiumin . Kemudian dia terus berlalu pergi ke ladies .

Sebaik sahaja dia keluar dari tandas , Min memdengar rengekan Seojin seakan sedang memujuk Xiumin supaya memenuhi permintaannya .

"Kenapa ni yeobo?"

Min melutut di hadapan Seojin . Dilapnya air mata yang mengalir di pipi anak kecil itu . Even baru sahaja berkenalan dengan anak kecil ni ,hatinya sudah jatuh sayang pada twins itu .

"Seojin nak tu mama . Mama boleh tak tolong belikan ?"

Jari telunjuk Seojin menunjuk ke arah iklan yang terpapar di dinding itu . Min terus melihat . Oh mainan rupanya ! Ingatkan apa lah sangat sampai 'papa' dia buat tak endah je kat dia .

"Okay kita pergi tengok eh?"

Min cuba memujuk . Dicapainya tangan Seojin itu . Xiumin terus melihat tingkah laku Min dengan pandangan yang tajam .

"Layan la budak tu weh!"

"Dah 'papa' dia tak nak layan dia kan , baik aku je yang layan dia !"

Min menjeling . Kalau kede kede kedekut sangat ,baik tak payah bawak twins ni . Habis cerita . Dan boleh balik cepat tau . Ish kedekut betul mamat tu . Siapa suruh cari nahas dengan bawa budak budak ni?

"Ish yelah yelah!"

Lalu diangkatnya perlahan Si Soyeon dan diletaknya kepala si kenit itu dibahunya . Dia mengorak langkah menuju ke arah Min dan Seojin .

"Dah jom lah!"

Ish mamat ni ! Aku tak faham betul dengan dia ni . Kejap okay kejap berangin . Memang dia ada lain lain angin ke apa ? Ish tak faham betul aku dengan dia . Macam mana lah Yoona unnie tu boleh tahan dengan dia ni . Angin kus kus dia tu jangan cakap lah boleh buat aku pening kepala tau .

Min berlari anak selepas menyedari dia agak ketinggalan belakang . Tercungap cungap dia mengejar lelaki itu . Langkah dia macam orang nak larikan diri je . Tak boleh ke jalan macam normal ? Ni pun aku tak faham juga!

Min bermonolog sendirian .

------------

Ff ni hampir ke penghujungnya . Hahaha

Musuhku , Kekasihku  [Xiumin Fanfic]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang