Mereka berempat masuk serentak ke dalam kedai yang menjual barang permainan . Toys R Us nama kedai itu . Pada ketika itu , Soyeon baru sahaja bangun dari lenanya . Dia merengek pada mulanya , kerap memanggil ommanya tapi mujur lah Xiumin pandai mengawal situasi . Amboi macam dah berpengalaman je ! Hahaha usik Min di dalam hati .
"Seojin nak yang mana ?"
Soal Min dengan lembut . Budak itu terus menarik tangan Min menuju ke rak yang menempatkan barang permainan kesukaanya .
"Nak yang ni!"
Dia mencapai permainan tersebut lalu menyerahkan kepada Min . Min mengambilnya dengan senyuman . Ditiliknya seketika , oh set permainan robocar polli yang kini hangat diperkatakan itu . Dilihatnya harga yang tertera disitu sudah mampu membuatkan sakit jantung bakal menjengah Min .
'Apa ?!?!?! 50,000 won ?!?!? Mahalnya !'
Xiumin yang pada mulanya hanya mendiamkan diri terus ke arah Min setelah melihat gadis itu seakan terkaku . Kenapa ni? Apahal ni?
"Waeyo?"
"Hurm takde pape"
Min cuba menyembunyikan permainan itu daripada Xiumin kerana dia sudah berjanji untuk bayar .
"Bak sini!"
Maka berlaku lah aksi tarik menarik barang permainan . Twins hanya melihat tanpa sebarang kata tika melihat 'mama papa' mereka berebutkan sebuah permainan itu .
"Ish bagi je lah!"
Akhirnya pemenang bagi 'Rebut Barang Mainan Bersama Cik Min' jatuh kepada Kim Minseok! Dia melihat harga mainan itu . Oh ini rupanya yang buatkan Min terdiam . Harga dia hurmm boleh cekik darah putih ni . Dia bukannya kejam hendak menyuruh Min membayar mainan , dia sengaja hendak menguji sejauh mana layanan Min pada kanak kanak . Yelah nak buat calon bini kan huhu perasan lah kau Xiumin !
"Takpe aku bayarkan "
Kata Xiumin dengan tersenyum seraya menggosok kepala Min . Sengaja hendak menyerabutkan kepala minah tu . Hahahah!
"Gomawopta!"
"Lek sudah kan hahahah!".
"Hurm yelah !"
"Dah la kau jangan lah sedih . Aku bukannya kejam sangat nak suruh kau bayarkan untuk benda ni . Ni tanggungjawab aku sebab aku yang bawak twins ni . Kau jangan risau eh?"
Xiumin terus memeluk Min . Dia mahu meredakan rasa risau yang bertandang di dalam hati gadis itu . Dia hairan , biasanya gadis itu akan memberontak dan menolaknya namun kali ni berbeza malah gadis itu membalas pelukannya .
Min merasakan saat dia peluk si jejaka itu , hatinya gundah tidak terkata . Jantung seakan mahu terkeluar dari tempat asalnya . Kenapa berdebar debar ? Dan kenapa aku membalas pelukannya ? Apakah aku sudah jatuh sayang padanya ?
"Okay lah aku nak pergi bayar ni lepas ni kita pergi makan pulak!"
Xiumin melepaskan pelukan itu . Terasa berat untuk melepaskannya namun sampai bila hendak menunjukkan contoh yang tidak baik kepada twins tu .
Masa untuk makan ! Kali ni mereka makan makanan yang agak berat sedikit berbanding yang tadi , hanya sekadar menjamah aiskrim dan air coke sahaja . Perut berkeroncong minta diisi .
"Nah ini untuk the twins!"
Tangan Xiumin lincah menguruskan kembar dua itu , dia menyerahkan semangkuk sup sayur dan nasi . Mereka menjamah dengan penuh selera sekali .
Manakala , Min dan Xiumin menjamah tteobokki . Suasana diam menemani mereka sehingga mereka selesai makan .
WAKTU petang menjelang jua , gendang gendut tali kecapi , kenyang perut senang hati . Masing masing sudah kekenyangan . Tiba masa untuk pulang ke rumah !
Di dalam kereta , Min melihat ke belakang lalu dia tersenyum sendirian .
'Dah tidur kembar ni mungkin sebab kenyang kot'
"Aku suka bila tengok kau senyum macam ni "
Kata Xiumin dengan perlahan namun didengari oleh Min .
"Kenapa pulak?"
"Kau nampak comel masatu"
Ujarnya lalu memaniskan muka sambil memandang ke arah Min . Min tertunduk malu .
"Aku ......sayangkan.......kau"
Ujar Xiumin dengan perlahan . Entah bila lah tiba masanya untuk dia meluahkan perasaan dia pada gadia itu . Berkias kias pun gadis itu tak faham . Lambat pick up betul! Slow sangat! Lebih baik dia berterus terang je kat minah tu lagi senang! Biar masuk sikit dalam otak dia tu!
"Mwo ? Apa kau cakap?"
"Ish takde pape lah . Perasan lah kau !"
'Ish mamat ni . Tak romantik langsung lah dia ni .'
Min mengutuk dalam hati . Dia akui hatinya berbunga tika dia bersama dengan Xiumin . Dia masih merasakan lagi betapa hangatnya pelukan si lelaki itu . Dia berasa selamat di dalam pelukan itu . Entah kenapa ,hati sudah jatuh sayang mungkin . Aku berharap aku tak bertepuk sebelah tangan kalau tak buat malu je .
"Arghhhh jam pulak!"
Xiumin menghentak pada sterring kereta . Mula dah time time camni dah jem ! Nasib baik lah kembar berdua tu tak terkejut dek hentakan Xiumin itu .
"Lek ah weh !"
Ujar Min sambil menepuk nepuk bahu Xiumin . Diurutnya belakang Xiumin agar dia tenang .
"Opsss ! Terlebih pulak!"
Min yang sedar akan kesilapannya , terus menunduk . Malu beb!
"Takpe .....aku lagi suka hahahha!"
Dia ketawa berdekah-dekah . Bahagia beb ! Aish rasa nak panggil tok kadi je kahwin malam ni juga hahahah . Kau nak kena pelangkung dengan Tuan Kim dan Puan Kim ke . Dah tak sayang nyawa ke ?
Min tersenyum sinis . Malu akan perbuatannya itu .
Setelah keadaan jalan raya seperti sediakala , mereka menarik nafas lega . Kembar , Seojin dan Soyeon masih lagi lena . Kalau letak bom kat sebelah ni confirm tak sedar lah!
"Aku hantar kau balik ye ."
"Eh tak payah lah ! Kau berhenti je kat mana mana ye . Nanti aku suh Chen hyung ambik kat situ!"
"Diam lah ."
"Ish weh berhenti lah kat bus stop tu!"
Ish perempuan ni bising lah . Hurm macam mana eh nak diamkan mulut dia yang murai tu? Xiumin terus memandu tanpa menghiraukan Min
"Depan ni ada bus stop ,kau berhenti kat situ tau . Aku turun kat sana nanti"
Dia ungkit balik da . Xiumin senyum menyeringai . Idea dah datang!
"Kau fa......."
Kata kata Min terhenti disitu apabila dia sedar yang bibir Xiumin bertaut dengan bibirnya . Entah bila masa mamat ni bertindak dia pun tak sedar . Mungkin masa dia membebel tak ingat dunia kot!
"Diam pun kau ! Hahahahahah!"
Xiumin berkata selepas dia melepaskan ciumin itu . Dia tidak pasti macam mana otak dia masatu . Seperti hilang kawalan !
"Tak guna!"
Min menunjuk penumbuk pada Xiumin . Lelaki itu ketawa berdekah . Comel!
Mujurlah ketawa Xiumin itu tidak mengejutkan kembar itu kalau tak jenuhlah nak pujuknya . Huh nasib baik lah diaorang tidur tak sedar diri .
------------
Tunggu....sambungannya ....
YOU ARE READING
Musuhku , Kekasihku [Xiumin Fanfic]
RomansaIbarat kucing dan anjing , pantang berjumpa pasti mahu bertekak . Benda kecil mesti diperbesarkan . Semuanya tidak kena di mata mereka . Hanya tahu bertekak , bergaduh dan bertikam lidah . Bergaduh kemudian berbaik semula , sudah berbaik bergaduh se...