Part 23

555 33 0
                                    

→Pada hari pementasan←

"Mana Min ni weh ?!?!? Pementasan bermula tak lama je lagi ni . Weh Xiumin camna ni ?"

Soal D.O seperti ala direktor . Dia sudah seperti cacing kepanasan kerana Min masih belum sampai sedangkan pementasan mereka bakal bermula satu jam lagi .

"Kejap lagi dia datang lah tu"

Jawab Xiumin acuh tak acuh , namun dalam hati cuak juga ni . Risau kalau kalau Min tersesat ke apa . Hatinya tak putus putus berdoa agar Min selamat .

"Okay kita tunggu lagi dalam 15 minit"

Arah D.O lalu berlalu ke kantin untuk melegakan tekaknya yang dari tadi meminta air hahaha .

Setelah D.O berlalu pergi , Xiumin terus mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya . Nombor Min didailnya .

'Tuttt......tut......tuttt......nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi , sila cuba lagi'

Cakap akak operator tu . Xiumin cuba sekali lagi namun hampa . Telefon Min sudah mati , mungkin sudah kehabisan bateri . Fikir positif Xiumin . Even dia tu kuat memberontak namun dia tidak pernah mungkir janji dia . Kalau tanpa heroin , maka kalah la mereka hari ini . Hanya Min sahaja harapan mereka .

"Xiumin......"

Satu suara perempuan menegur lelaki itu , siapa lagi kalau bukan Miss Tiffany yang gedik lagi lawa itu . Semua sudah sedia maklum dia anak datuk dan seorang yang amat pentingkan penampilan asalkan nampak lawa di mata lelaki lelaki itu .

"Apa kau nak?"

Acuh tak acuh sahaja lagak Xiumin .

"Your herion tak sampai lagi ke ? Takde dia pun takpe la . I boleh gantikan dia lah"

Kata Tiffany dengan senyuman yang begitu pelik pada pandangan Xiumin . Kelihatan seperti sinis .

"Tak payah . Aku boleh tunggu dia lah"

Laju sahaja Xiumin hendak melarikan diri dari perempuan itu . Dia bukannya lauk bagi makanan kucing itu dok mengelentis kat lengan orang.

"Takpe . Nanti mesti kau cari aku juga lepas ni . Aku tunggu"

Bebel sendirian sambil bibirnya yang mungil itu tersenyum sinis . Kesian perempuan tu kena tahan dengan orang orang aku hahaha . Biar lantak padan muka kau la ! Muahahhahahahaha (gelak jahat sikit)

Kita berbalik pada cerita Min pula ...

"Kau tak boleh lalu lah"

Kata salah sorang daripada 3 orang . Seorang bertubuh tinggi lampai namun masih rendah dari Min , seorang pula bertubuh gempal dan berkepala botak dan sorang lagi hampir sama ketinggian dengan Min . Ketiga-tiganya lelaki namun Min beranggapan diaorang ada pelajar sekolah rendah dalam lingkungan 11 atau 12 tahun . Wah kecil kecil sudah jadi samseng jalanan !

"Apasal pulak??!?!"

"Kami ikut arahan bos kami !"

Jawab budak yang tinggi lampai itu . Mukanya agak kelihatan serious berbanding yang lain seperti kelihatan sedang ketawa dalam hati . Wah dia ingat aku takut ke dengan dia ? Bapak sailang budak ni!

Matanya terbuntang apabila budak 3 ekor tu sedang menendang skuter kesayangan dia tu .

"Tendang lagi weh!"

Arah seseorang.

"Siapa bos korang?"

Soal Min sambil memandang tepat ke anak mata ketiga tiga budak itu .

"Mana boleh kami bagi tau ."

"Hah bagitau sekarang!!!!!!!!!"

Min separuh menjerit , terdiam terus budak tiga ekor tu . Geram dihati jangan cakap lah . Kecil kecil dah pandai buat camni , siapa ajar pun tak tau lah .

"Nama dia Tiffany "

JAWAB salah seorang . Otak Min ligat memikirkan siapakah gerangannya . Tiffany? Macam pernah dengar nama orang tu . Jap.......Bukan ke Tiffany yang serang aku tu sebab watak heroin tu . Wah perempuan main kasar ye kau ! Tunggu kau ni anak misai melentik akan lesing kepala kau tu biar bagi betul sikit!

"Berapa umur korang semua ni?"

"12 tahun"

Jawab mereka bertiga serentak . Min menilik sorang demi sorang . Muka nampak je baik , disebabkan hanya kerana wang sanggup melakukan camni . Nasib baik la hati aku ni baik sikit kalau tak memang aku humban kat lokap tu .

"Apa nama korang ?"

"Minguk"

Jawab budak yang berkepala botak dan berbadan gempal itu.

"Manse"

Jawab pula budak yang rendah sikit dari Min

"Daehan"

Yang ini pula yang hampir sama tinggi dengan Min . Min sedar yang dia ni kemetot . Takpe redha jelah .

"Korang sekarang ni buat ulangkaji kat rumah bukannya jadi samseng jalanan . Kalau kecik kecik dah macamni , besar nanti nak jadi apa ? Perosak bangsa ke ? Tak kesian kat mak bapak korang ke ? Please la jangan sebabkan duit , korang buat camni . Menganiaya life orang lain . Mula mula memang la best sebab dapat upah tapi boleh jadi ketagih tau ."

Hah berjangkit dengan Chen hyung la ni terus berceramah kat budak budak ni pula . Haiya macam mana ni do ? Handphone mati dah sebab kehabisan bateri . Hurm fikir Min fikir lagi 20 minit je lagi pementasan tu nak bermula .

Diotaknya memikirkan reaksi Xiumin mengamuk akibat tiba lewat . Dia bayangkan jua kepala Xiumin yang seakan hendak meletup seperti gunung Himalaya itu . Dia rasa bersalah sangat . Hurm.....dikerlingnya ke arah budak bertiga yang asyik menunduk ni , mungkin sedar akan perbuatan diaorang .

Korang panggil aku , Kak Min je. Kau boleh bantu akak tak sekarang ?korang tau mana tempat ni? "

Tanya Min sambil menunjukkan peta itu . Semua ahli teater yang terlibat perlu ke tempat yang ditetapkan iaitu Universiti Ilkook . Sepatutnya Min sudah tiba sekarang namun disebabkan dia mendapat peta yang salah ,dia tersesat .

Mereka bertiga mengangguk kepala serentak ,hendak membantu Min . Nasib Min baik harini , mujurlah ada orang hendak membantunya even pada awalnya mereka diibaratkan samseng jalanan .

Min terpaksa menanggung skuter perlahan lahan memandangkan mereka bertiga hanya menaiki basikal . Dah tu takkan la nak naik motor empat orang pulak ? Mahu appa kena stok bila surat saman sampai kat rumah nanti .

Maka , mereka berempat memulakan perjalanan dengan selamat .

-----------

Maaf la agak ringkas ....... idea sudah hilang terbang dek tiupan angin yang menyapa diri ini . Hahahahhaha

To be continued !

Musuhku , Kekasihku  [Xiumin Fanfic]Where stories live. Discover now