Part 34

900 35 2
                                    

Sebaik sahaja tiba di pintu pagar Min , Xiumin melaung nama Min berkali kali . Berlari anak Chen apabila melihat muka Xiumin terjegul disitu . Dia terus memberikan Xiumin masuk ke dalam . Karang tak pasal pasal jiran ingat dia ni orang gila pulak , mana taknya melaung nama adik kesayangan aku tu macam orang gila je .

"Min mana ? Dia dah okay?"

'Aku yang depan mata ni tak nak pulak tanya . Nak pikat adik ni kena pikat abang dia dulu baru lah ada restu'

"Dia ada je kat dalam bilik dia . Kau gi lah jenguk dia tu"

Kata Chen lalu meninggalkan Xiumin sendirian di ruang tamu itu . Risau hangus nanti nasi buburnya itu .

Xiumin mengangguk lalu naik ke atas , satu persatu anak tangga dinaikinya . Sebaik sahaja dia tiba di pintu itu , dia memulas tombol pintu itu dengan perlahan agar Min tidak terjaga .

"Min...."

Perlahan sahaja suaranya , kepalanya sedikit terjegul ke dalam bilik Min . Dikerlingnya sekitar bilik Min .Kelam . Sepi . Bilik anak dara oi karang tak pepasal dapat pelangkung dengan Min karang .

"Siapa ?"

Lemah sahaja suara Min . Mungkin sudah biasa mendengar jeritan Min yang huha huha tu . Kali ni agak berbeza . Seperti tidak biasa baginya. Mungkin sudah biasa mendengar kata kata yang sinis dari mulut gadis itu .

"Aku......Xiumin"

Sebaik sahaja mendengar nama itu , muka Min seakan bersinar! Dia.....dia datang! Mati mati aku ingat takde siapa nak lawat aku . Ni mesti Chen yang bagitau kan . Adoi hyung aku ni .

"Aku nak datang melawat nie.....takpe kan?"

Langkahnya agak perlahan tika menghampiri katil yang menempatkan Min yang sedang sakit . Hampir gugur jantungnya ; merah bibir gadis itu , pucat mukanya , mata seakan sembap seperti baru lepas menangis . Oh Min kenapa kau begitu teruk sangat?

"Takpe ....,meh lah duduk sini"

Kata Min sambil menepuk nepuk bahagian kanan tepi katil itu , menyuruh lelaki itu duduk berdekatan dengannya .

"Nae...."

Terasa cangok pulak suasana begini . Mungkin malu akibat perbuatannya semalam seperti hilang kewarasan .

"Errrr....kau dah sihat?"

"Demam lagi lah . Belum kebah lagi lah"

Xiumin meletakkan tapak belakang tangannya di dahi Min . Memang panas sekali! Pada perkiraannya mungkin dalam 39-40 darjah celcius . Dia berharap demam itu akan kebah tidak lama lagi. Risau dihati tidak diluah olehnya .

"Dah gi klinik?"

"Takpe nanti lepas makan ubat , baik lah tu . Kau jangan lah risau eh?"

Min cuba memaniskan mukanya walaupun pada masatu kepalanya berat seakan dihempap batu besar .

Jangan risau kau kata ? Aku ni bagai orang gila bila dapat tau kau demam . Nasib Chen hyung bagitau , kalau tak sampai ke sudah aku tak tau yang kau jatuh sakit. Xiumin membalas dengan anggukan , dia tidak mahu terus mendesak gadis itu .

"BUBUR dah siap!"

Satu suara mencelah yang boleh spoilkan mood kita , ye itu dia Kim Jongdae kita ye .Bersama dia membawa dulang yang mempunyai nasi bubur , ais mineral dan ubat-ubatan Min . Sila berikan tepukan ye .

"Xiumin kau tolong suapkan eh? Lepas tu bagi dia makan ubat ye ? boleh kan ? Aku ada kerja lah sikit"

Xiumin tersenyum sambil mengangguk . Dia mengambil dulang itu dari Chen . Lalu Chen itu terus keluar dari bilik itu . Dia sengaja hendak melihat sejauh mana Xiumin menyayangi adiknya.

"Meh aku suapkan kau...."

"Ish takpe lah . aku dah besar lah . Malu lah dah besar besar pun orang tolong suapkan juga."

"Baik kau diam sebelum aku........"

Min kehilangan kata bila melihat Xiumin sedang menyeringai . Dia terimbau kenangan semalam , kenangan yang membawa kepada kebahagiaan dan berharap ia akan kekal selamanya .

"Bagus tau pun takut.....hahahahha!"

"Bukak mulut kau!"

Arah Xiumin lalu menyuakan sudu ke arah Min . Gadis itu membuka mulut lalu menelannya . Muka Min berkerut-kerut tika menelan makanan , mungkin tekaknya terasa sakit .

Xiumin terus menyuap sehingga ke titisan bubur yang terakhir . Dia sabar menunggu walaupun masa yang diambil untuk menghadam makanan itu agak lambat . Dia faham . Kali ni turn dia pula untuk menjaga Min , kerana sebelum ni Min pernah menjaganya tika dia demam masa dia menetap sementara di rumah ini .

Selesai sahaja Min menelan yang terakhir itu , Xiumin terus menyerahkan gelas yang mengandungi air mineral kepada Min . Dia membantu gadis itu meneguk air itu .

"Makan pulak ye"

Dicapainya ubat yang ditulis 'Ubat Demam' . Dituangnya ke sudu lalu menyuakan ke arah Min . Gadis itu menelannya dengan rela hati . Fakta , dia benci ubat!

Selesai sahaja memberi ubatan kepada Min , Xiumin menarik selimut yang ada disitu lalu menyelimutkan gadis itu sehingga ke paras dada . Dia menggosok gosok kepala Min yang berhaba panas itu .

"Tidur ye ....." 

Min tersenyum lalu tangannya mencapai jari jemarinya Xiumin . Dia mengenggam dengan erat . Erat sekali . Seakan tidak mahu melepaskannya . Terasa bahagia bila dimanjakan sebegini . Sebelum ni dia ada merawat Xiumin namun layanannya tidak seistimewa seperti yang Xiumin lakukan padanya .

Lalu dia memejamkan matanya dengan perlahan , kepalanya yang berat perlu rehat yang cukup . Xiumin yang memerhatikan Min tanpa henti itu , dia tersenyum . Dia ....nampak comel bila tengah tidur !

Akhirnya , perasaan mengantuk yang mula menguasainya membawa Xiumin untuk tidur sekali . Dia menongkat dagunya dan duduk bersimpuh berdekatan dengan Min . Mimpi mereka berdua.

Terpisat pisat mata Xiumin apabila sedar dari tidur . Dah lama dia tidur! Dia kena pulang sekarang memandang waktu petang sudah menjelang!

Dia terus mencium dahi Min lalu bergegas keluar dari bilik Min .

"Jangan tinggalkan aku.....Xiumin...."

Min yang terjaga akibat dicium oleh Xiumin terus berkata demikian . Dia tidak mahu berjauhan dengan lelaki itu . Dia mahu lelaki itu sentiasa bersama dengannya . Kata kata Min itu tetap didengari oleh telinga Xiumin . Bahagia . Dia tersenyum .

---------

Nanti saya akan sambung kembali . Atau patutkah saya update part terakhir selepas ini? Terasa sedih sebab saya akan menyambung part terakhir . Jadi selamat bersekolah kepada semua pelajar sekolah . Selamat menempuh alam persekolahan . Kepada yang sudah pulang ke asrama , belajar baik baik .

Musuhku , Kekasihku  [Xiumin Fanfic]Where stories live. Discover now