"Hyung !!!! Makanan dah siap ni jemput lah kawan hyung tu sekali!!!"
Jerit Min disebalik dapur . Tangannya lincah meletakkan lauk-pauk diatas meja makan . Tetamu yang datang harus dilayan dengan baik tak kira musuh ataupun kawan . Min masih lagi tidak tahu siapakah gerangan tetamu itu .
"Jom weh ke meja makan . Bibik dah bising dah tu"
Pelawa Chen seraya bangun dari sofa . Tetamu itu segera bangun setelah melihat Chen . Dia membontoti langkah Chen dibelakang . Otaknya ligat memikirkan kata kata Chen itu , aik tadi dia tak sebut pun perkataan 'bibik' . Tak faham aku dengan manusia bernama Kim Jongdae ni .
"Masak apa bibik?"
Ujar Chen sebaik sahaja dia tiba di meja makan . Min merenungnya dengan tajam . Suka hati nenek moyang acik ayah pak hang dia je panggil aku bibik . Apa ingat aku ni apa ? Karang mogok tak nak masak lagi baru tau!
Terhenti lamunan tetamu itu dek suara dinasour itu . Dia cuba melihat dengan siapa Chen bercakap itu , namun pandangannya terhalang dek tubuh badan Chen yang lebih tinggi darinya .
"Mianhae . Hyung tak panggil lagi dah . Janji . Sumpah"
Min hanya bersahaja . Matanya melilau mencari kelibat tetamu itu .
"Ni hyung nak kenalkan kawan hyung ni "
Chen seperti dapat membaca fikiran adiknya , lantas memperkenalkan tetamu itu kepada adiknya . Dia segera mengalihkan badannya supaya Min dapat melihat kawannya itu .
"K-k-kau!"
Kata mereka serentak . Min terkejut melihat tetamu itu . Abang aku berkawan dengan Xiumin ?!?!? Hajima !!! Adakah aku sedang bermimpi ? Min menampar pipinya beberapa kali dan dia berharap dia sedang bermimpi .
Xiumin juga seperti sukar untuk terima kenyataan bahawa Park Hye Min itu merupakan adik kepada sahabatnya , Kim Jongdae . Oh begitu kecil dunia ini!
"Opppppsssss! Korang memang kenal antara satu sama ke ni?"
"TAAAAAAKKKKK !"
Sekali lagi mereka menjawab dengan serentak . Chen sudah mula menggaru kepalanya yang tidak gatal . Kata tak kenal tapi muka masing masing macam nak bertumbuk je . Dah lah jawab sama sama lak , cam ada jodoh je . Chen tersenyum sendirian .
Min masih lagi dengan muka kelatnya , tetapi berbeza dengan Xiumin . Mukanya kelihatan bersahaja seolah olah tidak mengenali manusia di hadapan matanya itu .
"Dah dah meh makan"
Chen cuba menceriakan keadaan yang kelihatan suram itu . Seolah olah bakal bermulanya perang . Perang dunia ke 5 . Namun ,krik krik krik krik
Cengkerik tumpang lalu ye nak ..
CHEN masih memerhatikan Xiumin dan Min . Wajahnya jelas menunjukkan rasa tidak puas hati .
Diperhatinya wajah mereka berdua selang seli .
"Korang memang dah kenal kan?!"
"TAAAAAKKKK !"
Sekali lagi , serentak mereka menjawab. Chen terasa mahu ketawa namun dibuatnya dengan muka serious . Tak faham betul aku dengan berdua ni . Masalah mental kowt -.-"
"Habis kalau tak kenal kenapa muka masing masing macam nak bertumbuk je "
Chen menyuarakan isi hatinya . Lauk pauk di atas meja tidak terusik langsung . Dia lebih menfokuskan apa yang berlaku di hadapan matanya . Mereka berdua menundukkan wajah lebih rela memandang ke lantai berbanding antara satu sama lain . Bukan kerana malu tapi bimbang , kemungkinan meja ini akan terbalik tak lama lagi .
![](https://img.wattpad.com/cover/18395353-288-k362905.jpg)
YOU ARE READING
Musuhku , Kekasihku [Xiumin Fanfic]
RomansaIbarat kucing dan anjing , pantang berjumpa pasti mahu bertekak . Benda kecil mesti diperbesarkan . Semuanya tidak kena di mata mereka . Hanya tahu bertekak , bergaduh dan bertikam lidah . Bergaduh kemudian berbaik semula , sudah berbaik bergaduh se...