Sedang Min nyenyak tidur bermimpikan Jung Kook dari kumpulan Bangtan Boys (BTS) pada pagi yang aman dan damai sekali ........
DUMMMMMMMMM ! Bunyi pintu bilik dibuka dengan kasar oleh hyung aku..Keamanan aku dicemari oleh beruk beruk aku .
"Woi bangun lahhh , nak jadi anak dara apa ni hah? bangun lambat bagai...kata ada kelas harini .." bebel hyung aku . Dia bebel perh mengalahkan nenek aku je lagaknya ..Nenek aku pun takde lah camtu .
"Ala hyung ni....kalau tak membebel cam pengetua sekolah tak boleh ke walaupun sehari . watlek ah ..appa pun tak bising cam hyung" malas aku nak layan abang aku tu ..
"appa tak bising apanya ....dia lah yang suruh hyung kejutkan Min . Ikutkan hati hyung memang malas nak panggil anak dara tak cam anak dara" jawab hyung aku lalu aku terus memberikan air mineral yang kebetulan berada di atas meja solek aku . saje je nak kasi dia diam sikit haha .
"yelah..hyung ni membebel je kerja . mesti penat kan ? sebab tu lah Min kasi air mineral tu supaya senyap sikit mulut abang yang macam bontot ayam tu ' perli aku .
"Kejadah punya adik... dah dah hyung nak turun bawah dulu ni" akhirnya hyung aku keluar gak dari bilik aku ni . Aman sikit dunia aku jap . Sekejap je . Lalu Hye Min terus menyapai tuala lalu terus ke bilik air untuk membersihkan diri .
Setelah selesai membersihkan diri , Hye Min memilih baju yang paling cun untuk pakai harini . Senang cite lah , paling rock lah ! baru orang takut sikit haha .
Sedang Hye Min bersolek , tiba tiba beruk mana datang menyergah bilikku , syurgaku ini .
"Perhhh kau tengok tu Chen , adik kita dah pandai bergaya bhai" perli Tao .
"Tu lah dah maju dah adik kita ni . Haihh rasa nak menangis lak . Dah besar dah rupannya adik kita ni ." bisik Chen walaupun perlahan namun kedengaran di telingaku ini . Aku tak pekak lah hyung !
"Yang hyung ni sebak bagai ni dah kenapa ? Macam Min nak kahwin esok je lek ah ..takkan nak pakai huduh je nanti pakwe handsome tak nak pandang Min lah bang .Hyung kena faham tu " bebel aku panjang lebar .
"Tak sangka adik kita ni dah pandai bergaya , dah pandai bersolek . Kau ingat tak Tao , kita teruk kena smackdown dengan adik kita ni sebab tak dapat masuk badminton tu . Lepas tu kita lah jadi mangsa lepaskan kemarahan dia " panjang lebar Chen mengingati sejarah lama . Aku hanya tersenyum sahaja mengingat kembali sejarah lama.
- FLASHBACK -
Masatu waktu aku sekolah menengah mengadakan pemilihan pertandingan badminton untuk peringkat daerah , so cikgu pilih lah aku . Punya lah aku merayu punya merayu siap menangis bagai , appa aku tetap tak kasi . Aku siap lancarkan mogok pun tak berjaya . Dia risau katonyoo takut aku jatuh lah itu lah ini lah . Jadi sebab aku marah sangat ditambah tolak bahagi darab semua dengan sedih , aku lepaskan ia kat hyung hyung aku . Sian gak diaorg kena belasah teruk dengan aku . Tapi beruk beruk aku ni jenis okay . Diaorang pun faham perasaan aku macam mana masatu.
- END OF FLASHBACK -
Aku tergelak besar teringat perkara yang lepas . Tak sangka aku macam tu sekali . Tapi itu Park Hye Min yang dulu , sekarang yang lain. Aku yang sekarang bukan yang dulu.... cewahhhh!
" Dah kenapa gelak sorang sorang lak tu?!" soal hyung aku.
"Suka hati lah. Sibuk jelah" marah aku .
"Dah dah jom lah turun bawah . Makan pagi nanti appa bising lak . Korang ni.." bebel hyung aku ,Chen .
"Yelah...orang nak turun lah ni" aku terus menyapai beg tangan dan membelek diriku segalanya . Okay dah cun dah kau wahai Hye Min sama taraf dengan YoonA , Ahli Girl's Generetion yang comel lote tu . Aku melihat pulak pada sudut rambut aku . Okay dah nampak comel dah atototo...
" Woii dah dah lah tu ...dah cukup cun dah !" perli hyung aku ,Tao ..cemburu cakap jelah cemburu deyyy !
"Cemburu lah tu ..." balas aku . bengkeknya hati aku . Wahai hati , bersabar je lah .
"Kejadahnya ...malas nak layan kau lah dik . Buang masa , duit , tenaga je lah " balas Tao . Aikk ada kene mengena dengan duit ke ? apa apa je lah hyung aku sekor ni .
![](https://img.wattpad.com/cover/18395353-288-k362905.jpg)
YOU ARE READING
Musuhku , Kekasihku [Xiumin Fanfic]
RomansaIbarat kucing dan anjing , pantang berjumpa pasti mahu bertekak . Benda kecil mesti diperbesarkan . Semuanya tidak kena di mata mereka . Hanya tahu bertekak , bergaduh dan bertikam lidah . Bergaduh kemudian berbaik semula , sudah berbaik bergaduh se...