Part 21

746 38 4
                                    

"Eh motor siapa lak yang bertenggek sebelah motor aku ni ? Dah lah tak boleh nak keluar langsung . Agak agak lah woi ingat ni jalan bapak dia ke ?"

Min membebel sendirian , matanya masih lagi tertancap pada motor yang berada disebelahnya , dia merenung tajam .....Ikutkan hati mahu saja hendak menendangnya biar bagi kemik . Time time macam ni lah ada yang nak buat dajal kat dia , sepatutnya sekarang dia dah selamat sampai di rumah dah tapi tergendala pulak disebabkan hal ni . Memang appa dia makin risau lah kan . Eeeeee aku bengang tau !

"Disini pun kau , puas aku dok mencari kau "

Seseorang bersuara mengejutkan Min yang sedang bermonolog dengan dirinya sendiri . Lantas dia menoleh , dilihatnya muka tahap cipan Kim Minseok di hadapannya sambil tersengih-sengih minta penyepak darinya , apahal lak cari aku ? rindu ke ? Aktuihhhh kahak hijau kau tau xD 

"Apa hal kau ?"

Soal Min dengan kasar , tangannya disilangkan . dia memandang tetap ke arah Xiumin . Xiumin ketawa kecil . Comelllll !

"Aku nak jadi watak heroin dalam persembahan teater nanti "

"Apa dia ?"

'Hish minah ni muka je comel tapi pekak badak nak mampus lah . Dah lah pekak, poyo lak tu'

"JADI HEROIN LAH PEKAK !!!!!"

'Ewah ewah sesedap mak ayah acik kepala kambing dia je panggil aku pekak , bukan pekak tapi saje saje buat pekak je'

"Tak nak ......"

"Nak jugak ! "

''Aku kata TAK NAK , TAK NAK LAH ! T-A-K N-A-K ! TAK NAK !"

Hah ambik ko aku siap mengeja dah ni . Kalau tak faham lagi , aku rasa aku kena ambik kelas bahasa tamil , biar kasi faham mamat tu . Kalau dia paksa aku juga , aku ganyang dia dengan sambal belacan buatan aku yang pedas kaw kaw tau .

 "Oh tak nak ye ?"

"Yelah tak nak , kau nak buat apa lagi ?"

"Hurmmm, tak nak ~~~"

Lalu Xiumin mengeluarkan sekeping surat dari poket seluar dia . Dia berdehem beberapa kali sebelum memulakan pembacaannya . Anak mata Min menjadi kecil , aik macam kenal je surat berwarna merah jambu ni ? Hah ! Aku pernah bagi kat Park Chanyeol sebelum ni lah ! Ah gasak aku camni wehh . Terbuntang terus mata Min . Elok elok kecil terus jadi besar gedabak !

"Kepada ........Park Chanyeol .......yang disayangi ......uwek uwek ! Nak muntah aku baca ayat kau yang penuh dengan jiwang karat ni . Tak sangka kan perempuan maskulin cam kau ni , pandai jugak berjiwang karat kan ? Hahahahahahah !"

Terbuntang besor mata Min apabila mendengar kata Xiumin itu . Mana.....mana dia dapat surat tu ?

"Mesti kau tertanya kan mana aku dapat surat ni ?"

Tanya lelaki itu, dia dapat mengaga apa yang hendak ditanya oleh si gadis itu namun soalan itu tak terluah olehnya . Tengok dari muka pun dah tau hahahahah. Sebenarnya lah , untuk pengetahuan korang semua lah , Al-kisah dia camni .....sebenarnya aku dengan Park Chanyeol ni sepupu lah . Semua rahsia Chanyeol tu berada di dalam poket aku la weh ~ . Dia lah yang bagitau aku pasal surat ni , mula mula kecewa gak la tapi aku saje je egokan diri . Tak gitu ? 

Min hanya mengangguk , dadanya berdebar menunggu jawapan dari Xiumin itu . Jangan cakap surat tu tercicir kat jalan sudah la , mau aku pindah rumah nanti !

 "Kau letak kat dalam loker aku memang lah , sebab tu aku tau surat tu dari kau . Hahahaha amboi kemain jiwang ye kau . Siap bersayang sayang dengan Chanyeol tu "

Musuhku , Kekasihku  [Xiumin Fanfic]Where stories live. Discover now