BAB 1

63K 1.4K 73
                                    

Espoir means hope. 

-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-

SUASANA malap dan romantik restoren yang hanya menghidangkan makanan barat menjadi tempat pilihan Kamelia berjumpa dengan kedua sahabat baiknya memandangkan hampir lima tahun mereka berpisah dek angkara masing-masing yang sedang sibuk menyambung pelajaran sehingga menara gading sejurus tamat Sijil Pelajaran Malaysia.

Noah Qaiser dan Amanda Rose, sudah hampir lima tahun, dia tidak bersua muka dengan mereka. Rindu sungguh hatinya dengan gurauan dan gelak tawa mereka, tapi sejujurnya di hati Kamelia lebih merindui Noah, lelaki yang dalam diam menjadi pujaan hatinya.

Sebenarnya Kamelia dan Noah sudah menjadi kawan baik sejak darjah dua lagi, kalau dia kenang kembali kisah permulaan mereka bersahabat, pasti dia akan tertawa sendiri. Dialah lelaki pertama yang tidak memandang kemiskinan Kamelia malah Noah juga yang menyelamatkan Kamelia saat gadis itu dibuli dengan rakan-rakan sekelas angkara dirinya yang datang dari keluarga miskin.

Bagi Kamelia, Noah adalah shining knight in armor nya. Sudahlah kacak, baik pula. Tetapi saat mereka sama-sama melangkah ke alam persekolahan menengah, muncul seorang gadis. Amanda Rose namanya, dia seperti Noah yang juga berasal dari keluarga berada. Sama seperti Noah, Amanda juga sudi berkawan dengannya tanpa menilai keluarganya. Kerana itu, Kamelia bersyukur kerana Amanda dan Noah sudi berkawan dengannya memandangkan ada perbezaan besar status diantaranya dan mereka.

Selepas sahaja mendapat keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia, Noah dan Amanda terus melanjutkan pelajaran mereka ke universiti manakala Kamelia pula terpaksa menguburkan hasratnya untuk mengikuti mereka menyambung pembelajaran di universiti memandangkan abahnya, Encik Ismail bukanlah orang berada. Tambahan pula, dia tidak mahu membebankan sang ayah untuk menanggung pembelajarannya memandangkan kosnya bukanlah murah. Ada juga Noah dan Amanda bertanya kepadanya perihal isu sambung belajar namun dia terpaksa berbohong. Berbohong mengatakan bahawa dia tidak minat belajar sedangkan hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa Kamelia ingin bersama-sama dengan mereka menuntut ilmu sehingga ke menara gading.

Kerana Kamelia tahu jika dia jujur, mereka pasti akan menghulurkan bantuan. Cukuplah, orang kampung mengata dirinya yang suka mengambil kesempatan terhadap mereka. Kamelia sudah tidak mahu hidup termakan budi orang, dia tidak sanggup memandang Puan Nora yang berendam air mata mendengar tohmahan orang kampung terhadap keluarga mereka, Kamelia juga tidak sanggup melihat Encik Ismail yang susah hati memikirkan dirinya.

Sejak dari hari mereka berjanji untuk bertemu sebulan yang lalu, Kamelia sudah berhasrat bahawa malam ini dia akan mengatakan perasaan sebenarnya pada Noah memandangkan sudah bertahun-tahun lamanya dia menyimpan perasaan cintanya terhadap lelaki itu. Tambahan pula, firasat Kamelia juga kuat mengatakan bahawa Noah turut menyukai dirinya. Jikalau tidak, mana mungkin lelaki itu tidak putus-putus menghantarnya mesej berserta gambar-gambarnya.

ESPOIR [EBOOK]Where stories live. Discover now