BAB 2

27.2K 1K 9
                                    

NOAH yang sedang menunggu di pangkin rumah didekati, keluhan kecil meniti di bibir tua milik Puan Nora. Jelas wajah anak muda itu nampak seperti sangat berharap dengan jawapannya. Gelengan yang diberikan mematikan senyuman dan harapan lelaki muda tersebut.

"Umi minta maaf pada Noah, umi sendiri tak tahu kenapa dengan Lia tu sejak kebelakangan ni. Asyik terperap je dalam bilik, bila umi atau abah panggil baru dia nak keluar itupun kalau dia nak keluar. Umi minta maaf sebab buat Noah tertunggu-tunggu sedangkan Lia tu tak nak pun jumpa dengan Noah." ujar Puan Nora perlahan, serba-salah dia dengan Noah kerana perangai anak perempuannya memandangkan hubungan keluarga mereka dengan Noah sangat utuh, Noah sudah dia anggap seperti ahli keluarganya juga.

Noah menggeleng lemah bersama senyuman tipis.

"Takpe umi, mungkin Lia tengah merajuk dengan Noah kot. Nanti Noah datang lagi ya, umi..." tangan wanita separuh baya itu digapai lalu disalam penuh hormat, Puan Nora hanya mengangguk.

Kepergian Noah dihantar dengan sorotan mata, tanpa disedari keluhan kecil sekali lagi dikeluarkan.

KAMELIA yang sedang menikmati hidangan mi goreng dipandang oleh Puan Nora sebelum punggungnya dilabuhkan di atas kerusi kayu berhadapan dengan anak daranya. Sejak kebelakangan ini, anak perempuannya terlihat sedikit berbeza dari yang dia kenali. Selalunya gadis itu banyak tertawa tapi sekarang raut wajahnya sentiasa tampak keruh. Sudah puas ditanya jika ada masalah di tempat kerja tetapi gadis itu sekadar diam tidak membalas.

"Lia dengan Noah tu gaduh ke? Pertama kali umi tengok Lia tak nak jumpa dengan Noah, Lia marah tentang dia rahsiakan perkahwinan tu ke? Bukan salah Noah dengan Amanda pun, dah takdir Tuhan macam itu. Siapa kita hendak menyangkalnya, Lia? Sudah-sudahlah layan Noah macam itu, kesian umi tengok dia. Dah seminggu lebih datang nak jenguk Lia, tapi Lia langsung tak sudi nak jumpa dia." Puan Nora membuka bicara, nada suaranya terdengar lembut.

Kamelia terdiam, terhenti tindakannya menikmati mi goreng yang berada di dalam pinggan. Lambat-lambat kepalanya diangkat menatap wajah umi kesayangannya sebelum kembali menikmati sarapan paginya.

Umi tak faham perasaan Lia! Umi tak tahu kecewanya Lia sebab tak dapat memiliki cinta orang yang sudah lama Lia tunggu. Umi, umi takkan faham sebab umi tak tahu Lia cintakan Noah, kata-kata itu cuma mampu Kamelia luahkan di dalam batinnya.

"Lia tengah takde mood nak jumpa sesiapa, umi. Umi cakap sahaja pada Noah, jangan datang jumpa Lia lagi." Ujarnya dengan nada tegas, jelas berkerut dahi tua Puan Nora. Mungkin pelik dengan sikap anak daranya seorang ini.

"Umi sekarang ini hairan sangat dengan Lia, nak kata gaduh, Lia kata tak. Tapi Lia tak benarkan Noah datang sini lagi. Cuba cerita dengan umi kenapa? Ada masalah ke?" pujuk Puan Nora.

Kamelia mengetap bibir.

Sudu besi diletakkan ke dalam pinggan, tulang punggung diangkat tanda Kamelia ingin pergi. Soalan uminya dibiarkan tergantung sepi kerana Kamelia takut. Takut yang dia akan luahkan semuanya pada Puan Nora. Kamelia tak nak, dia nak simpan perasaan ini. Biar dia seorang sahaja yang tahu, Kamelia lebih suka memendam. Dari dulu sehinggalah sekarang, disebabkan itu dia menderita.

Padan dengan kau, Kamelia. Bisik hati kecilnya.

"Lia pergi kerja dulu, umi tolong cakapkan pada abah juga." Tangan Puan Nora disalam penuh hormat. Tanpa menunggu balasan dari Puan Nora, Kamelia terus berlalu pergi.

Wanita separuh baya itu mengeluh.

Mungkin penat hendak memujuk orang degil seperti anak daranya.

NOAH menarik ikon terima sejurus matanya membaca nama si pemanggil, bibir merah delimanya sudah mengukirkan senyuman lebar sejurus suara orang yang dia rindui dan kasihi selama ini kedengaran.

Sungguh lunak dan merdu di halwa telinganya.

Boleh terbawa-bawa mimpi!

"Biy dah dapat pujuk Lia ke? Sayang banyak kali juga cuba telefon dia tapi semuanya tak berangkat. Mesej tak berbalas. Kenapa? Lia ada masalah ke biy?" soal si pemuja hati dari hujung corong. Nadanya jelas kedengaran risau, sudah beratus-ratus panggilan dan mesej dibuat pada Kamelia, malangnya satu pun tidak berjawab.

Noah menghembus nafas berat.

"Biy dah pergi rumah dia nak dekat dua minggu dah sayang tapi umi je yang keluar. Lia langsung tak nak keluar bilik atau rumah kata umi. Tentang telefon, jangan kata sayang. Biy pun dah berjuta kali buat panggilan, langsung tak berjawab. Biy tak tahu kenapa Lia macam ini, pertama kali dia ada masalah, dia simpan sendiri." Luah Noah kesal.

Sebagai kawan baik, dia sangat kesal kalau sahabat baiknya sendiri tidak meluahkan padanya tentang masalah yang dihadapi. Apa guna persahabatan mereka kalau begini?

"Biy, sayang risau dengan Lia. You tak risau ke?" soal Amanda lagi.

"Gila tak risau, kawan baik I juga tu, sayang." Amanda terdiam, masing-masing risau dengan keadaan Kamelia yang tiba-tiba menyepi sejurus pertemuan mereka selepas lima tahun berpisah.

"Sayang jangan risau, esok biy pergi rumah dia sekali lagi. Kalau dia tak nak keluar, biy paksa dia keluar juga. Okey? You jangan risau pula. I tak nak kesayangan I ni risau macam ini, hal Lia biar biy uruskan. Sayang uruskan perkahwinan kita, tak lama lagi kita bakal berkahwin sayang." Sempat lagi isu pernikahan mereka dipertengahkan.

Amanda tergelak kecil.

"Sempat you lagi selit benda ni kan biy? I tahu, itu memang urusan sayang pun. Tugas biy sekarang pujuk Lia tu sampai dapat. I tak nak hal ni berlanjutan sampai majlis nikah kita nanti, sayang nak kita bertiga bersama masa hari bahagia tu nanti." Ugut Amanda.

Noah tersenyum.

"Baiklah tuan puteri, patik akan menuruti semua perintah tuan puteri." Sengaja Noah berloyar buruk, Amanda tertawa kecil. Kalau Noah ada depan mata dia sekarang ini, sudah dia tarik hidung mancung kepunyaan lelaki itu.

KAMELIA membelek buku-buku diari zaman sekolah menengah miliknya, di situ terdapat banyak contengan dan luahan hatinya. Antaranya luahan perasaan sukanya terhadap Noah. Sejak dia berusia dua belas tahun lagi, Kamelia sudah mulai menulis diari memandangkan pada tahun itu, hobi ini menjadi perkara yang popular di kalangan kanak-kanak lingkungan usia gadis itu.

Dibuka satu persatu helaian muka surat sehingga satu keping gambar yang terselit di antara helaian tersebut terjatuh ke lantai rumah kayunya. Segera Kamelia meraihnya dan menatap lama gambar tersebut sebelum keluhan kecil kedengaran keluar dari bibir merah jambunya.

Gambar kelas ketika dia, Noah dan Amanda berada di tingkatan dua. Jelas ketika itu, dirinyalah yang paling selekeh di antara mereka. Masih Kamelia ingat, gambar kelas tersebut di tangkap ketika jamuan hari raya. Ketika hari itu juga, pertandingan pakaian raya paling cantik dipertandingkan.

Pasangan pakaian raya paling menarik turut dipertandingkan.

Kamelia masih ingat di saat itu dia berharap bahawa dia dan Noahlah yang dinobatkan sebagai pemenang acara pasangan pakaian raya yang paling menarik walaupun Kamelia sedar pakaiannya kurang menarik dan peluang untuk menang itu ibarat menanti bulan jatuh ke riba.

Tanpa disangka, rupanya Amanda dan Noah yang dinobatkan sebagai juara acara tersebut. Kecewa, hanya Tuhan yang tahu. Tapi ketika itu, Kamelia tidak memikirkannya sangat kerana baginya, mereka bertiga adalah kawan baik. Tidak mungkin Amanda suka pada Noah.

Wajah Noah yang terdapat di gambar tersebut Kamelia elus kasih, air mata yang entah bila mengalir membasahi kedua belah pipinya. Teresak-esak gadis itu sendiri tanpa dia sedari.

"Kenapa? Kenapa bukan aku yang kau pandang Noah?"

ESPOIR [EBOOK]Where stories live. Discover now