BAB 5

30.2K 824 76
                                    

HOODIE baggy berwarna hitam Kamelia sarungkan ke tubuh badan kecilnya, turut dinaikkan sarung hoodie tersebut menutup rambut paras bahu miliknya. Dompet berserta telefon usang berjenama Motorola miliknya juga turut diambil lalu dimasukkan ke dalam saku hoodie yang dipakainya.

Kamelia sudah bertekad. Malam ini dia akan berjumpa dengan Noah dan memberitahu rasa suka terhadap lelaki itu yang selama ini dia pendam berserta menjelaskan kepada Noah perkara sebenar mengapa dia bertingkah sebegini, Kamelia tidak sanggup lagi memendam rasa sakit ini seorang diri.

Nafas ditarik dalam sebelum Kamelia menghembusnya perlahan.

Perlahan-lahan daun pintu biliknya dibuka, kelihatan Encik Ismail dan Puan Nora sedang menonton siaran televisyen Al-Hijrah. Sudah menjadi kebiasaan mereka menonton ceramah-ceramah setiap malam bersama seusai pulang dari surau.

Kedua-dua mereka memaparkan seribu kerutan di dahi sejurus kelibat anak daranya melintasi ruang tamu, Puan Nora segera bangun dari kerusi kayu yang didudukinya lalu menapak mendekati Kamelia yang sudah berada di ambang pintu rumah mereka.

"Lia nak ke mana ni? Hari ini bukan Cik Syima tak meniaga ke? Nak ke mana lagi Lia lewat-lewat malam ni?" soal Puan Nora sedikit khuatir dengan anak daranya memandangkan hari sudah lewat dan Kamelia tidak pernah keluar malam selain dari urusan kerja.

Kamelia mengaru kepala tidak gatal. Macam mana umi boleh tahu aku tak kerja malam ni? Bisik hati kecilnya. Dia baru sahaja hendak menggunakan alasan tersebut, nampaknya dia terpaksa kerah jawapan lain.

"Erm... Lia nak jumpa kawan kejap umi." Bohongnya, walaupun perasaan bersalah itu mengunung memandangkan selama 22 tahun Kamelia hidup, belum pernah lagi dia menipu orang tuanya tapi demi Noah, Kamelia sanggup melakukannya.

"Kawan? Siapa je kawan yang rapat dengan Lia selain Noah dengan Amanda? Abah tak pernah tahu pun." Kini abahnya pula bersuara membuatkan gadis yang berambut paras bahu itu meneguk air liur pahit. Wajah serius Encik Ismail dipandang bersama senyuman tipis.

"K...kawan masa sekolah dulu, dia ajak Lia jumpa, katanya rindu. Umi, abah izinkan Lia keluar jumpa dengan dia, boleh? Lia, Lia rindu nak keluar rumah. Dah lama sangat rasanya Lia duduk terperuk dalam rumah ni, malam ni aje izinkan Lia jumpa dengan kawan Lia. Jangan risau, kawan Lia tu perempuan!" tangannya diangkat separa bahu. Wajahnya terlihat bersungguh-sungguh seakan bait bicaranya itu benar-benar jujur.

Maafkan Lia, abah, umi. Lia terpaksa. Bisik batinnya.

Puan Nora dan suaminya berpandangan lama sebelum lelaki separuh baya itu mengangguk bersetuju untuk membenarkan anak daranya pergi. Kamelia sudah tersenyum lebar, tanpa menunggu lama tangan umi dan abahnya disalam lalu dikucup kasih.

"Lia pergi dulu..."

"Balik awal tau Lia, sekarang ni dah pukul 9.00 lebih. Umi tak nak apa-apa jadi dekat anak dara umi seorang ini, kalau apa-apa jadi dekat Lia, umi dengan abah tiada nak tolong. Jaga diri," Pesan Puan Nora risau, Kamelia mengangguk kepala akur.

"Iya, Lia balik awal..." Ujarnya sambil menyarungkan helmet kepunyaan Encik Ismail ke kepala, sempat diberikan lambaian kepada kedua orang tuanya yang setia menunggu di anjung rumah sebelum dia menekan minyak dan bergerak pergi.

Pasangan separuh baya itu sama-sama melabuhkan punggung kembali ke kerusi kayu sejurus anaknya dihantar pergi dengan ekoran mata, sebagai ibu bapa, mereka pasti dihambat dengan rasa risau walaupun mereka tahu Kamelia seorang yang pandai menjaga diri.

Encik Ismail pantas memeluk bahu isterinya.

"Abang, abang rasa takpe ke kita lepaskan Lia pergi tu? Nora risaulah, abang... hati Nora ni rasa tak sedap semacam aje." Ujar Puan Nora jujur, rasa tidak enak dari tadi menjengah hatinya seakan tidak rela dengan kepergian anak perempuannya.

ESPOIR [EBOOK]Where stories live. Discover now