BAB 11

20.2K 819 18
                                    

KAMELIA menapak keluar dari bas sejurus bas yang dinaikinya tiba di Terminal Bersepadu Selatan di Kuala Lumpur, punggungnya terasa kebas kerana duduk berterusan selama 1 jam 30 minit tanpa bangun. Matanya meliar memandang kawasan sekeliling yang tampak asing di kornea matanya. Kali terakhir dia datang ke Kuala Lumpur ketika majlis perkahwinan Noah dan Amanda.

Telefon jenama Motorola miliknya yang sudah benar-benar usang dikeluarkan dari beg sandang yang disangkutkan ke bahu. Alamat rumah sewa yang sudah disimpan tadi dicari kembali sebelum aplikasi grab dibuka. Memandangkan teksi mahal harganya di bandar metropolitan ini dibandingkan dengan grab, jadi, dia putuskan untuk menempah grab sahaja. Lagi pula, kawasan rumah yang dia bakal sewa ini tidak jauh dari sini jadi harga bayarannya tidak terlalu mahal.

Hampir lima minit menunggu, kereta Proton Ixia yang ditunggu-tunggunya sejak tadi akhirnya tiba. Seorang lelaki berbangsa India keluar lalu membantunya mengangkat beg pakaiannya lalu diletakkan ke dalam boot kereta.

"Terima kasih."

"Sama-sama cik,"

Kamelia pantas melabuhkan punggung ke tempat duduk penumpang. Saat kereta yang dinaikinya sudah bergerak, bebola matanya meliar memandang bangunan-bangunan pencakar langit yang megah berdiri.

Sekali-sekala tangannya naik dan mengelus lembut perutnya yang masih nipis.

Sekarang hanya tinggal mama dengan baby je. Bicaranya di dalam hati pada nyawa yang masih tidak bergerak tersebut.

KERETA Proton Ixia yang dinaikinya berhenti di hadapan sebuah rumah teres 1 tingkat, Kamelia pantas menapak keluar dari kereta sebelum dia disapa seorang lelaki yang mengenakan cermin mata petak.

"Awak ni Lia ke?" Kamelia laju mengangguk membenarkan, senyuman tipis menghiasi bibirnya.

"Ini duitnya, bang." Sekeping not RM 10 ringgit diberikan kepada lelaki berbangsa India sejurus lelaki itu meletakkan beg pakaiannya di sisinya.

"Terima kasih."

"Awak nak tengok dulu ke rumahnya?" soal lelaki berkaca mata itu lagi. Kamelia menggeleng kecil.

"Takpe Encik Rahim. Deposit masuk rumah untuk sebulan RM 500 ringgit kan, encik?" Dompetnya yang sudah usang dikeluarkan dari beg sandang yang disangkut ke bahu. Laju sahaja lelaki itu mengangguk mengiyakan, senyuman menghiasi bibir yang jelas terlihat celaan berwarna hitam milik lelaki berusia 30-an itu.

"Cuma saya nak pesan dekat awak, saya tak suka orang bayar lewat walaupun cuma sebulan. Kalau awak gagal penuhi syarat, saya terpaksa halau awak serta-merta." Pesannya sambil tangannya ligat mengira jumlah wang yang diberikan Kamelia barusan. Kamelia mengangguk akur.

Nampaknya aku kena cepat-cepat cari kerja, desis hati kecilnya.

Duit gaji yang diberikan Natasya pun sudah tinggal RM 450 sahaja. Itu pun cukup sekadar sehingga hujung bulan ini sahaja. Kalau dia lengahkan masa, dia akan dihalau keluar dari rumah sewa tersebut.

"Kalau macam itu, saya minta diri dulu. Kunci rumah saya ada tinggalkan dalam peti surat."

"Eh sekejap Encik Rahim... kalau encik tak keberatan. Encik ada tahu mana-mana tempat nak pakai orang? Saya baru je datang Kuala Lumpur, tak tahu lagi nak cari kerja dekat mana." Rahim terdiam, kumis halus miliknya diurut perlahan.

"Dekat luar taman ni, hujung simpang nak masuk ke taman ini ada warung char kuey teow basah. Namanya Warung Haji Samat, hari itu saya ada dengar dia nak pakai pelayan. Awak cuba pergi tanya, mana tahu kalau dia orang masih nak pakai orang." Kamelia mencarik senyuman lebar. Laju kepalanya dijatuhkan, sempat badannya ditundukkan berulang kali sebagai ucapan terima kasih.

ESPOIR [EBOOK]Where stories live. Discover now