BAB 4

21.6K 926 34
                                    

"Love is blind. You don't see it, you don't hear what people are saying, or what you're saying. You don't see what you're doing. All you see is the person in front of you. That's it."

KAMELIA melabuhkan punggung di atas pangkin rumah, lengannya diramas perlahan bagi hilangkan rasa sejuk yang menyapa tubuhnya. Cardigan yang dipakainya juga tarik merapati tubuhnya agar ruang-ruang udara yang tersisa tertutup bagi mengurangkan rasa sejuk yang mencengkam sehingga ke tulang putihnya. Sudah beberapa hari berlalu sejak kali terakhir Noah datang ke rumahnya. Baguslah dia dah tak datang. Bisik hati batinnya.

Sekurang-kurangnya rasa sakit di hatinya ini berkurangan, tak sanggup lagi dia fikirkan betapa bahagianya Noah di luar sana dengan Amanda, sedangkan dirinya? Kamelia menderita dengan air mata di sini. Selama bertahun-tahun dia simpan cinta bodohnya ini terhadap Noah? Tapi akhirnya, Amanda juga yang menjadi pilihan hati lelaki itu!

Kamelia hanya dianggap sebagai kawan baik sahaja padanya. Kamelia benci!

Terasa tempat duduk di sebelahnya diduduki oleh seseorang, tanpa berkalih Kamelia sudah tahu siapa figura tersebut. Dari bau haruman perfume yang dipakainya sudah gadis berambut paras bahu itu kenal, siapa lagi kalau bukan Encik Ismail, abahnya. Minyak wangi attar sudah menjadi pilihan lelaki separuh baya itu setiap kali dia pergi ke surau ataupun ketika mahu menunaikan solat.

"Dah tiga hari berlalu, Lia masih merajuk dengan abah dan umi ke? Bosan betul abah rasa sebab Lia dah tak banyak cakap macam dulu. Rindu dengan anak abah yang ceria..." ujar Encik Ismail, walaupun nada suara lelaki tua itu terdengar tenang namun Kamelia yakin abahnya terkesan dengan perubahannya. Perasaan sebak tiba-tiba menyinggah di hatinya.

Bukan salah abahnya tapi abahnya turut kena sekali tempiasnya.

Abah, maafkan Lia. Bisik hati kecilnya.

"Abah minta maaf sebab tak pernah kisah dan cuba nak tanya keadaan anak dara abah seorang ini, abah minta maaf kalau selama ini abah nampak macam tak pernah hirau apa perasaan Lia. Abah minta maaf kalau abah tak jadi seorang abah yang Lia inginkan, abah minta maaf atas segala kekurangan yang abah berikan selama abah bergelar abah kepada Lia. Abah minta maaf." Nada Encik Ismail berubah kendur.

Kamelia segera mengalihkan pandangan ke arah lelaki tua di sebelahnya, dalam kesuraman cahaya lampu yang menerangi pangkin rumah kayunya, Kamelia dapat melihat dengan jelas mata Encik Ismail yang berkaca tapi tidak pula mengalirkan air mata. Kuatnya abahnya menahan tangisnya.

Tanpa berkata-kata apa-apa, tubuh tua Encik Ismail terus ditariknya ke dalam pelukan. Abah dan uminya adalah kelemahan Kamelia, setiap kali dia cuba memarahi mereka tapi pada akhirnya Kamelia tidak mampu. Mereka syurganya. Tanpa mereka, mungkin dia tidak wujud di muka bumi ini.

Teresak-esak Kamelia sendiri di bahu Encik Ismail.

"Abah, Lia minta maaf. Lia, Lia tak berniat nak buat abah sedih. Lia, Lia juga tak berniat nak tengking abah dengan umi masa tu. Lia juga tak berniat nak abaikan abah dengan umi selama tiga hari ini. Lia, minta maaf abah. Bukan salah abah, tiada satu kekurangan pun dalam pemberian abah kepada Lia. Lia minta maaf, abah jangan minta maaf. Semua ni bukan salah abah..." ujar Kamelia sambil teresak-esak teruk. Rasa berdosa menghimpit sekeping hatinya.

Habis basah jubah abahnya kerana tangisannya.

Encik Ismail tersenyum nipis dan melepaskan pelukan mereka, ibu jari tuanya naik dan menghapuskan sisa air mata anak perempuannya penuh kasih.

"Abah tahu anak abah tak sengaja, abah tahu anak perempuan abah baik orangnya. Lia, jangan risau. Abah maafkan Lia. Lia sahaja anak perempuan abah. Permata abah dan umi, kita lupakan perkara yang dah lalu ya sayang." Rambut anak daranya dielusnya penuh kelembutan.

ESPOIR [EBOOK]Where stories live. Discover now