BAB 7

20.3K 814 20
                                    

2 minggu kemudian,

KAMELIA memandang dari jauh pasangan sejoli yang sedang bermesraan sambil menyuap makanan di antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, raut wajah mereka yang tampak sangat bahagia membuat sekeping hatinya bagai ditikam-tikam dengan pisau yang tajam. Pada akhirnya, lelaki yang dia cinta menjadi milik sahabat baiknya sendiri.

Sakit? Iya, ia nya sangat menyakitkan kerana dia melihat dengan mata kepalanya sendiri pasangan sejoli itu sedang berbahagia di majlis perkahwinan mereka.

Kamelia menyesal kerana masih berdegil menghadiri majlis perkahwinan lelaki yang dia cintakan walaupun dia tahu perkara itu akan menyakitkannya.

Kenapa kau bodoh, Kamelia? Kenapa kau buat keputusan yang bodoh ni? Jerit batinnya.

Kedua belah pipinya sudah terasa basah dengan air mata tanpa dia sedari. Pantas topeng muka yang dipakainya dibuka sebelum diseka air matanya.

"Eh... Lia, kan?" satu suara yang sudah lama tidak menjengah halwa telinganya membuatkan Kamelia pantas menutup semula wajahnya menggunakan topeng muka berwarna hitam. Wajah Datin Zahira dipandang sekilas sebelum Kamelia bertindak melarikan diri. Ugutan Noah padanya dua minggu lalu masih jelas di ingatannya jadi kerana itu dia senyap-senyap mendatangi majlis perkahwinan ini. Dia tidak sangka pula akan terserempak dengan Datin Zahira, mama kepada Noah Qaiser.

"Eh Lia... tunggu jap,"

"Ira, sini sekejap,"

Suara Dato' Azam menghalang niat wanita elegan itu hendak mengejar langkah Kamelia. Dia yakin matanya tidak silap orang!

"Baik, bang."

Kamelia melabuhkan punggung ke tempat duduk Perodua Myvi yang sedari tadi setia menunggunya tidak jauh dari rumah agam keluarga Noah. Jantungnya yang sudah berdetak hebat digosok perlahan bagi menenangkan dirinya. Hampir sahaja dirinya ditangkap oleh wanita elegan itu. Selepas apa yang berlaku, dia malu hendak bertentangan mata dengan Datin Zahira secara langsung.

Air matanya kembali mengalir sejurus kereta grab yang dinaikinya sudah bergerak dari kawasan rumah agam tersebut. Teresak-esak Kamelia sendiri.

Tekad dibina. Dia akan cuba melupakan Noah, lelaki itu sudah berbahagia dengan pilihan hatinya. Dia juga tidak sanggup hendak merampas suami kawan baiknya sendiri. Walaupun hubungan persahabatan mereka sudah diputuskan Noah tetapi dia masih sayangkan persahabatan mereka. Dia masih menganggap Noah dan Amanda sebagai kawan baiknya walaupun Noah sudah membencinya.

"You ada okay ke, adik?" pemandu grab yang berdarah Cina itu bersuara memandangkan dia perasan wanita yang dibawanya ini menangis teresak-esak sejak tadi. Rasa kasihan terbit di sekeping hatinya.

Kamelia menyeka air mata bersama gelengan.

"Iya, saya okay. Sorry kalau saya menganggu abang memandu." Laju sahaja mendapat gelengan dari lelaki berdarah Cina tersebut. Air botol mineral yang sudah disediakan khas buat penumpangnya diambil lalu dihulurkan ke Kamelia, senyuman manis kecil menghiasi bibir merah delimanya.

"You takde menganggulah I, adik. I cuma risau olang perempuan macam you menangis macam ini teruk. Apa you punya boyfriend kasi tinggal you ke?" Kamelia memandang air botol yang masih setia dihulurkan lelaki berbangsa Cina tersebut, hatinya ragu-ragu hendak menerima huluran tersebut.

"You jangan risau sama I, I olang baik-baik punya. Kalau you takde trust, ini..." gambar keluarganya yang diselitkan pada cermin kereta ditunjuk Kamelia.

"I ada adik perempuan, I rasa my little sister sama umur sama you. I sayangkan family I, kalau I buat jahat dekat orang... pastu I masuk lokap. Siapa mahu tanggung family I? Jadi, you adik... jangan risau. I olang baik punya." Dengan pelatnya, dia berbicara lagi.

ESPOIR [EBOOK]Where stories live. Discover now