BLURB

26.3K 323 7
                                    

Nur Kamelia Inani,

Kerana rasa cemburu dan sakit hati, dia sanggup melakukan perkara terkutuk. Harga diri yang disanjung tinggi diberikan kepada lelaki yang dicintainya begitu sahaja, langsung tidak dipedulikan maruah keluarganya yang akan hancur kerana perbuatannya.

"Haih! Perempuan zaman sekarang ni murah, kan? Demi cinta, sanggup bagi benda berharga dalam diri dia pada lelaki. Contohnya, perempuan macam kau inilah. Perempuan murah. Ingat sini Lia, sampai bila-bila aku takkan cintakan kau. Perempuan yang aku cinta hanyalah Amanda seorang. Dia je yang layak dapat cinta aku, bukan kau! Mulai hari ini, aku nak kau ingat. Aku, Noah Qaiser, putuskan hubungan persahabatan kita. Antara kau, aku dan Amanda dah tiada apa-apa. Aku nak mulai dari hari ini, kau pergi dari hidup aku. Aku. Benci. Kau. Ingat tu!" – Noah Qaiser

3 bulan berlalu, kejadian malam itu mewujudkan seorang nyawa yang tidak berdosa. Lahirnya nyawa tersebut membawa Kamelia kepada permulaan penyeksaan hidupnya. Dihalau sang abah dari rumah, dicemuh orang kampung malah dia harus membesarkan nyawa itu seorang diri di bandar tanpa bantuan orang lain.

Kejadian ragut mempertemukan Kamelia dengan Tengku Ian, lelaki yang tidak pernah menghina dirinya mahupun anak yang dikandungnya. Kata cinta dari lelaki itu membuatkan dia terkedu namun rasa sayangnya tidak melebihi seorang adik kepada abang.

"Saya tahu Lia akan cakap jangan tunggu Lia sebab berharap pada sesuatu perkara yang tidak pasti itu menyakitkan tapi saya tak kisah! Saya dah buat keputusan untuk tetap tunggu Lia dengan Arsalan sampai saya benar-benar yakin Lia dan Arsalan bukan milik saya." – Tengku Ian.

Azam hendak membina hidup bersama anak lelakinya sudah diputuskan, namun dia hendak mempertemukan Arsalan dengan ayah kandungnya untuk pertama kali dan terakhir tetapi niatnya disalahertikan. Rahsia kisah silamnya bersama Noah terbongkar. Rumahtangga Noah dan sang isteri bergolak manakala Kamelia pula hidup di dalam rasa bersalah.

2 bulan berlalu, Noah muncul bersama lamaran. Niat lelaki itu hendak bertanggungjawab pada anak mereka. Kamelia dipalu rasa aneh. Tidak mungkin lelaki itu tiba-tiba menyayangi anak mereka begitu sahaja.

Di saat lamaran diterima, rahsia di sebalik lamaran diketahui pada malam pernikahan mereka. Kamelia benar-benar kecewa! Hatinya hancur, nasib anak lelakinya seakan dipermainkan.

Apa yang akan berlaku kepada Kamelia seterusnya? Akankah dia bahagia bersama Noah dengan rumahtangga yang dibina atas niat yang tersembunyi atau dia terus kekal berduka kerana kisah silam di antara mereka? 

ESPOIR [EBOOK]Where stories live. Discover now