BAB 12

20.5K 938 67
                                    

KAMELIA sekadar menikmati roti jenama Gardenia perisa jagung sambil matanya tidak berhenti menoleh ke arah jam tangannya, waktu rehatnya hanya 5 minit sahaja memandangkan orang yang tidak berhenti berpusu-pusu datang ke warung ini. Sarah yang perasan raut wajah Kamelia tampak tergesa-gesa segera memegang bahu wanita itu lembut.

"Makan je Lia, jangan difikirkan si Pidah tu. Baik kau fikir kesihatan diri kau, kau kan ada nyawa yang nak dijaga." Tegurnya, kasihan melihat Kamelia yang seakan cacing kepanasan setiap kali waktu rehat. Kamelia menggeleng perlahan.

"Aku bukan apa, Sarah. Sekejap lagi dia akan sound aku lagi depan kau orang semua kalau aku lambat ni, aku penat nak kena marah hari-hari. Lagi pun, kau tahu aku perlukan kerja ni." Balasnya, hanya Sarah sahaja yang tahu dia sedang mengandung dan gadis bertudung bawal itu juga tahu cerita sebenar di sebalik kehamilannya. Untungnya Sarah tidak menghina sebaliknya bersimpati dengannya.

"Sekarang ni Lia, dia bukan panas sebab kerja kau. Dia panas sebab dia tahu laki dia banyak menyendeng dekat kau, baru-baru ni semua orang dekat sini tahu Pak Mat hadiahkan kau telefon baru pasal kes telefon kau rosak kan? Tapi sebaik kau tak terima hadiah orang tua miang tu. Geli aku dengan dia tu, dah tua tapi sibuk nak merasa yang muda." Bahunya bergidik geli memikirkan kegatalan majikannya sendiri.

"Aku tak layan pun suami dia, Sarah. Kau pun sendiri tahu."

"Memang aku tahu tapi si Pidah tu buat-buat tak tahu. Kerana sayangkan sangat laki miang dia tu, dia sanggup salahkan orang yang tak bersalah. Kau tahu tak, orang tua miang tu ada kes sebelum kau datang sini? Nama perempuan tu Elisya, dia dulu kerja tempat kau ni sebagai pelayan. Si orang tua miang ni hari-hari try dia, macam situasi kau sekarang ni. Sampaikan satu hari itu dia buat pencabulan dengan Elisya tu. Lepastu, Zarif member kami semua cuba nak pertahankan si Elisya tu, last-last dua-dua kena buang dan kes senyap macam itu aje. Ada orang kata dia orang suap pihak polis." Cerita Sarah, Kamelia tersentak. Wajah gadis itu dipandang raut wajah yang tidak percaya.

"Pak Mat..."

"Apa lagi buang masa dekat belakang ni? Pelanggan dah makin ramai sekarang ni, kau orang boleh pula berborak macam warung ni kau orang yang punya ya?" suara Rafidah memetir kuat membuatkan kedua mereka segera bangkit dari duduk. Kamelia sudah menundukkan kepalanya berulang kali.

"Maaf Puan Rafidah... saya akan masuk kerja sekarang."

"Tahu pun! Ingat gaji kau bayar pakai daun ke?! Gerak sekarang!" sekali lagi dia menjerkah kuat, Kamelia terangguk-angguk kecil sebelum mengatur langkah ke hadapan untuk melayan pelanggan, diikuti dengan Sarah. Gadis bertudung labuh itu hanya mengetap bibir menahan geram.

Manakala Rafidah memandang tajam ke arah sosok yang melintasinya. Sakit hati memikirkan peristiwa suaminya menghadiahkan telefon buat wanita itu masih tersisa dan tidak mungkin akan terpadam. Semakin lama, semakin meluat dia ingin memandang wajah yang ingin merampas kebahagiaan rumahtangganya.

KAMELIA menunggu dengan sabar lelaki berkumis sederhana tebal yang sedang tersenyum-senyum seakan kerang busuk sambil matanya melirik ke arah Kamelia untuk memberitahu pesanannya. Kamelia menghembus nafas lemah, dia sebenarnya malas hendak melayan pelanggan lelaki ini memandangkan dia sedar lelaki itu cuba menggatal dengannya.

Kamelia berdehem kecil.

"Bang nak order apa? Maaf tak boleh lambat, saya ada banyak lagi orang nak ambil pesanan ni." Kamelia bersuara, dia ingin cepat-cepat pergi dari sini. Tidak selesa rasanya jika tubuhnya dipandang bagai hendak dimakan.

"Lia free tak hujung tak minggu ni? Abang Jefri nak bawa Lia pergi tengok wayang ke? Dating ke? Lia takde boyfriend kan? Biar abang Jefri jadi boyfriend Lia." Kamelia mengeluh, setiap hari soalan yang sama dituturkan kepadanya walaupun sudah berbuih mulutnya menolak ajakan lelaki itu.

ESPOIR [EBOOK]Where stories live. Discover now