"D?"
Satu suara mencelah lamunannya. Serta-merta bahu D terjongket kerana terkejut.
"Eh? Kau dah habis bincang dengan klien ke?" soalnya dalam nada hairan.
Beberapa minit yang lalu dia melihat Aura Aisyah masih berbincang bersama seorang lelaki di meja. Kini, wanita itu berada di sisinya pula.
"Dah. Jauh kau termenung. Fikir apa?" soal Aura Aisyah sambil menarik laci di kaunter untuk menyimpan buku catatannya.
"Tak ada apa-apalah."
"Tak ada apa-apa orang perempuan ni selalunya memang ada apa-apa. Kau fikirkan calon jodoh daripada mak kau tu ke?" teka Aura Aisyah.
Pagi tadi, D telah menceritakan hal tersebut.
D menghela nafas berat. Beban dan masalah hidupnya semakin berat untuk dipikul.
"Entahlah, Aura. Aku malas nak fikir. Tapi, aku tahu sangat perangai mak aku tu. Mesti dia akan paksa aku."
"Dia risau, D."
"Nak risau apa? Umur aku baru 29 tahun. Mak aku tu dengar sangat cakap orang. Lagi-lagi cakap laki dia tu."
"Orang tua memang macam tu. Risau orang tua ni tanda dia sayang," pujuk Aura Aisyah.
Raut D jelas tidak berpuas hati.
"Masalah aku dengan mak aku pun tak selesai. Ni bertambah lagi. Tiba-tiba pasal jodoh aku pulak jadi isu. Itu satu hal. Yang aku bertambah sakit hati, boleh pula suami mak aku tu nak calonkan anak kawan dia."
Aura Aisyah tidak bersuara. Dia membiarkan sahaja D melepaskan apa yang terpendam dalam hatinya.
"Perlu ke hidup aku ni kena ada kaitan dengan dia? Kenapa dia nak sangat atur masa depan aku? Konon-konon nak jadi ayah yang baik untuk aku, macam tu? Dengan dia pun aku dah benci, lagi nak suruh aku kahwin dengan pilihan dia."
"Agak berat juga masalah kau ni, D." Aura Aisyah memberi ulasan memandangkan dia tahu sejarah dan kisah hidup rakan baiknya itu.
"Dahlah, Aura. Aku memang malas nak fikir semua ni."
"Bila kau malas nak fikir, maksudnya kau mengelak. Bila kau mengelak, masalah takkan selesai. Macam mana kalau mak kau dah terima rombongan meminang tanpa pengetahuan kau?" Aura Aisyah cuba membentangkan segala kemungkinan.
"Kau janganlah takutkan aku. Habis tu, kau nak aku buat macam mana?"
"Memandangkan kau tak ada someone special, mak kau carikan calon suami untuk kau. Untuk halang perkara tu berlaku, aku rasa kau kena cari seseorang."
"Seseorang?"
"Seseorang untuk jadi bakal suami kau."
Sedikit demi sedikit riak D berubah. Bibirnya mengukir senyuman senget.
"Kau ingat cari seseorang tu macam nak cari orang kerja kat bistro kita ni ke?"
"D, aku serius."
"Kau nak aku buat apa? Iklankan kat surat khabar? Cadangan kau tu merepeklah."
"Kau selalu macam tu. Bila cakap pasal jodoh, pasal kahwin, mesti kau tak nak. Kau ni bukannya tak lawa. Kau termasuk dalam kategori tomboi cantik."
"Dah mula dah nak bahan aku."
"Kalau apa yang aku cakap ni tak betul, takkanlah petang tadi ada lelaki tenung kau," ucap Aura Aisyah dengan pandangan berbeza.
"Tenung aku?"
"Jangan ingat aku tak tahu cerita ni."
D mendiamkan diri. Fikirannya mengimbas kembali apa yang berlaku pada petang tadi.
"Ni mesti El yang cerita kat kau, kan?"
Aura Aisyah tersenyum simpul.
"Bertuah punya budak. Nasib baik dia dah balik."
"El cakap mamat tu handsome, tinggi, hidung mancung, rambut short spike."
"Amboi, budak tu siap bagi repot lengkap dekat kau. Lelaki tu ada mata. Dia tengoklah aku. Takkanlah fungsi mata nak kunyah makanan." D memberi alasan klise.
"Aku rasa, esok lusa mesti dia datang lagi." Aura Aisyah meramal tindakan lelaki tersebut.
D mencebik sebagai isyarat menidakkan kenyataan itu. Dia mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya. Saat skrin menyala, D mengerutkan dahi.
"Kenapa? Ada yang tak kena ke?" aju Aura Aisyah.
"Aku peliklah. Kenapa dia tak balas WhatsApp aku ni? Dah bluetick ha."
"Siapa?"
"Owner kereta yang aku terlanggar side mirror dia tulah."
"La... Tak settle lagi?"
"Nak settle macam mana? WhatsApp aku pun dia tak balas. Aku tak naklah tanggung kesalahan ni seumur hidup."
"Aku rasa, dia memang betul-betul ikhlas tak nak kau ganti side mirror dia."
"Kalau tak nak pun, balaslah mesej aku ni."
"Mengharap untuk berjumpa ke, Cik Dinda Andria?"
"Tak sudah-sudah nak suruh aku cari calon suamilah tu. Sudahlah. Aku malas nak layan kau. Lebih baik aku pergi refill coffee."
Telefon bimbit dimasukkan semula ke dalam poket seluar. D segera menuju ke ruang belakang bistro.
Aura Aisyah hanyatersenyum. Namun, dalam hatinya berdoa agar D mampu mengukir senyuman bahagia.
YOU ARE READING
DINDA KANDA
RomanceTajuk: DINDA KANDA Penulis: NIA QURRATUN'AINI Harga: RM25 / RM28 ISBN: 978-967-2116-24-0 Dinda Andria. Nama bukan main sedap, tapi dia suruh orang panggil dia D saja. "Jangan panggil saya dengan nama tu. Panggil saya D." "Nama Dinda sesuai untuk aw...