PART 1

1.4K 108 58
                                    


“Jimin!! turun cepat, ikut eomma pergi rumah kawan eomma kejap” panggil Puan Gaeyu

“malaslah, kenapa perlu teman pulak?” balas Jimin sambil menuruni tangga

“kalau kamu tak ikut, eomma takkkan beli set hi-fi untuk kamu nanti, ingat tu!” balas eomma nya sambil berlalu ke muka pintu. Dah bersiap-siap nak pergi

“ish, yelah-yelah, sikit-sikit ugut. Mengugut boleh diklasifikasikan sebagai perbuatan jenayah tau” balas Jimin sambil menuju ke arah eomma nya. Eomma nya hanya tersenyum.

Sementara Jimin tengah memandu....

“depan sikit tu ada simpang, masuk belah kanan” ucap eomma nya

“ye” balas Jimin pendek

****

Jimin akhirnya sampai di rumah kawan eomma nya, kelihatan seorang perempuan sebaya eomma nya sedang menunggu di muka pintu sambil tersenyum

“maaflah kami lambat, anak saya kalau bawa kereta mengalahkan orang yang baru dapat lesen” kata Puan Gaeyu

“takpe, biar lambat asal selamat, betul tak Jimin?” balas Puan Shinri sambil tersenyum

“betul betul betul, tepat sekali. He he he” balas Jimin sambil tersengih.
Setelah menjemput tetamu itu masuk dan berbual-bual.. puan Gaeyu membuat isyarat mata kepada kawan nya. Kawan nya mengangguk faham lalu memanggil anaknya.

“seo hyun, turun sekejap, ada tetamu ni!” laung Puan shinri

“kejap!” laung seo hyun dari tingkat atas Seketika kemudian, seo hyun menuruni tangga untuk ke tempat eomman nya. Seo Hyun dan Jimin sama-sama terperanjat kerana tak sangka eomma mereka berdua merupakan kawan baik. Siapa yang tak kenal dengan Jimin, dia tu merupakan playboy yang ‘berjaya’ dekat Universiti. Dah ramai perempuan frust menonggeng disebabkan sikap Jimin yang suka mempermainkan perasaan perempuan, dan salah seorangn mangsanya adalah kawan baik Seo Hyun. Sebab itu Seo Hyun begitu bencikan Jimin, tambahan pula sejak tewas dalam pertandingan catur di tangan Jimin, perasaan bencinya semakin bertambah

“Apa playboy sewel ni buat kat sini. Mana-mana aku pergi ada je dia ni. Menyampah pula aku tengok” ujar Seo Hyun di dalam hati.

“eh, makhluk asing ni anak kawan eomma ke? Menyesal aku datang sini” ucap Jimin di dalam hati. Mereka saling berbalas pandangan benci

“dah mari duduk kat sini, ada benda nak bincang ni” tegur Puan Shinri sambil menarik Seo Hyun.

“sebenarnya kami nak jodohkan kamu berdua” ujar Puan Gaeyu memecah kesunyian Disebabkan sama-sama terkejut, Jimin dan Seo Hyun tersembur air yang diminum oleh mereka. Mereka berpandangan sesama sendiri

"tak nak! Seo Hyun tak nak kahwin dengan makhluk ni!" ujar Seo Hyun sambil menuding tepat ke arah Jimin

"Jimin pun tak nak kahwin dengan spesies makhluk asing macam dia ni!" balas Jimin

"apa kau kata?! Ulang balik!" ujar Seo Hyun sambil berdiri di depan Jimin

"makhluk asing! Wuekk!" balas Jimin yang turut berdiri di depan Seo Hyun. Seo Hyun sudah mengenggam penumbuk. Kolar baju Jimin dipegangnya, dia dah hilang sabar. Perangai gangsternya dah muncul

"kenapa? Nak tumbuk? Tumbuklah!" balas Jimin. Sengaja membakar perasaan Seo Hyun. Muka Seo Hyun sudah merah menahan marah

"shut up!" tengking Puan Gaeyu dan Puan Shinri. Baru Jimin dan Seo Hyun tersedar yang aksi hilang kawalan mereka telah menjdi tontonan Eomma mereka. Kalau dekat universiti boleh la nak bertumbuk sebab takde orang nak marah. Dah selalu sangat mereka berdua diberi kaunseling oleh pihak Universiti. Telinga Jimin dan Seo Hyun menjadi mangsa tarikan Eomma mereka.

"apa kena dengan kamu berdua ni? Baru berjumpa dah nak bertumbuk?" soal Puan Shinri. Puan Gaeyu dan Puan Shinri tidak mengetahui yang anak mereka merupakan musuh seteru di Universiti. Jimin dan Seo Hyun tidak menjawab sebaliknya sedang menggosok telinga masing-masing, sambil menjeling antara satu sama lain.

"kalau macam ni, kita patut cepatkan tarikh tu. Setuju Shinri?" kata Puan Gaeyu

"setuju sangat" ucap Puan Shinri. Jimin dan Seo Hyun hanya mampu mendiamkan diri, tak berani menyampuk. Nanti tak pasal-pasal makan pelempang.

-To Be Continue-


Okey tak guys for part 1? Please vote and comment! 😌🥰😍

 [C] HATE : PARK JIMIN : 박 지민 Where stories live. Discover now