Sudah sebulan berlalu namun Seo Hyun tetap dingin dengan Jimin, kalau jumpa di universiti pun dia buat- buat tak kenal. Call dengan mesej apatah lagi. Eomma-Eomma mereka sendiri sudah mencuba pelbagai cara untuk menjernihkan hubungan Jimin dan Seo Hyun namun masih gagal. dah bermacam-macam-macam cara Jimin cuba untuk bersemuka dengan Seo Hyun namun Seo Hyun sendiri asyik mengelakkan diri dari Jimin. Perasaan marah dan bencinya kepada Jimin masih belum hilang.
******
Jimin dan Jin sedang berbual di kafe..
"dah settle masalah kau dengan dia?" soal Jin. sedih juga melihat keadaan Jimin yang macam orang mati isteri. Termenung sepanjang masa. Jimin hanya mengeleng perlahan.
"Dia asyik mengelak dari jumpa aku. Nampak aku pun dia cabut lari. Aku pun tak tau nak buat macam mana dah" balas Jimin.
"aku rasa kau kena cari peluang juga untuk berbaik dengan dia. Cuba kau pujuk dia dengan benda yang dia suka, mesti dia cair juga nanti" kata Jin.
"lupakan jelah. aku call and mesej pun dia tak layan. Memang betul-betul keras kepala dia tu. Aku rasa dia betul-betul bencikan aku" ujar Jimin sambil mengusutkan rambutnya.
"Dulu bukan main kau tak suka dia, sekarang kau sendiri dah terjerat dengan perasaan. Sekarang siapa yang susah?" balas Jin sambil tersenyum sinis
"aku pun tak tau sejak bila aku mula sukakan dia. Semuanya berlaku tanpa sedar" ujar Jimin.
"jangan risau. Nanti kita cari plan untuk pujuk dia. Kau kena rebut hati dia balik, kalau terlambat nanti si Seungri tu kebas. Aku tengok dia macam ada perasaan dekat Seo Hyun tu" balas Jin.
"janganlah takutkan aku!" marah Jimin. Jin hanya ketawa melihat muka tegang Jimin.
"tau takut...." perli Jin. Jimin hanya menjeling.
*****
Seo Hyun berjalan berseorangan menyusuri koridor yang kosong, jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Rata-rata kelas dah banyak kosong. Sedang dia berjalan berseorangan tiba-tiba mulutnya ditekup dari belakang. Seo Hyun meronta-ronta ingin melepaskan diri. Dia ditarik masuk ke kelas kosong.
"lepaslah!" jerit Seo Hyun kepada lelaki yg memakai mask di hadapanya.
"kau?!" ucap Seo Hyun.
"yes. Ini aku" ujar Jimin sambil mengunci pintu kelas. Seo Hyun ingin keluar dari kelas tersebut namun sempat dihalang Jimin.
"lepaslah! Sakit tau tak!" ujar Seo Hyun apabila Jimin memegang erat tanganya.
"aku tak akan lepaskan selagi kau tak dengar apa aku nak cakap!" ujar Jimin.
"aku dah malas nak dengar hujah mengarut kau. Lepaslah!" kata Seo Hyun sambil berusaha merungkaikan pegangan Jimin.
"kalau kau asyik mengelakkan diri dari aku, bila perkara ni nak selesai? Kau langsung tak bagi peluang untuk aku jelaskan segalanya. Adil ke macam tu?" ujar Jimin sambil memandang Seo Hyun dengan tajam.
"dah la. Aku dah penat dengan semua ni. Kau buatlah apa yang kau suka. Aku malas nak ambil tahu hal kau lagi. Lagipun kita kan dah buat perjanjian, yang aku takkan masuk campur dalam urusan kau. Kau boleh buat apa yang kau suka " jawab Seo Hyun. Dia ingin membuka pintu kelas namun tanganya masih dipegang erat dan dihalang oleh Jimin.
"kau jangan paksa aku buat benda yang tak sepatutnya. Kau nak aku ikat kau dekat sini supaya kau tak boleh lari lagi? Kau nak macam tu?" ugut Jimin.
"ikat lah! Kau ingat dalam kelas ni takde cctv ke? Buatlah kalau berani" ujar Seo Hyun sambil memandang ke arah cctv.
"please dengar dulu apa aku nak cakap. Aku merayu. Please, demi anak kita" ujar Jimin sambil merenung mata Seo Hyun. Seo Hyun sedikit tersentak apabila Jimin menyebut perkataan 'anak'. Jimin dah tau.
"ok fine! Cakaplah sekarang. Aku dengar" balas Seo Hyun sambil merentap tanganya.
"apa yang kau nampak tu bukan seperti yang kau sangkakan. Sumpah! Aku tak de apa-apa pun hubungan dengan dia. Aku jumpa dia haritu pun sebab nak bagi amaran pada dia supaya tak kacau aku lagi. Tolonglah percayakan aku. Aku minta maaf kalau aku dah sakitkan hati kau. Aku betul-betul sayangkan kau. Aku rindukan hubungan kita yang dulu" ujar Jimin
"dah habis cakap? Itu semua salah kau sebab kau sendiri yang bagi harapan kat dia dulu. Semuanya berpunca daripada kau, bukan perempuan tu, atau orang lain. Don't give false hope to girl .Jimin, you'll break her heart really bad" ujar Seo Hyun sambil berpeluk tubuh. Jimin terdiam.
"tapi itu dulu, selepas aku kahwin dengan kau, aku dah tak berhubung dengan mana-mana perempuan dah" terang Jimin.
"dulu atau sekarang semuanya dah takde beza. Semuanya dah hancur berkecai" balas Seo Hyun.
"bukan dulu kau dah janji tak akan tinggalkan aku?" soal Jimin. Cuba untuk memujuk Seo Hyun.
"sekarang janji tu dah tak wujud. Kau yang paksa aku melanggar janji tu. Tolong jangan munculkan diri kau depan aku lagi. Aku tak nak jumpa kau dah. Aku benci kau!" ucap Seo Hyun sambil menolak Jimin sehingga terjatuh. Jimin hanya mampu memandang kelibat Seo Hyun yang semakin menjauh. Air matanya menitis .
Kesian Jimeng kena reject hohoho
YOU ARE READING
[C] HATE : PARK JIMIN : 박 지민
FanficBila kau lebih memilih untuk berdamai dari bermusuh. Tapi,... Tak sangka perdamaian itu mencetuskan 'bala' "Kau pun mesra semacam dengan budak tu. Ke teringin nak anak? Aku boleh bagi"