PART 2

1K 99 12
                                    


(Di rumah Seo hyun…)

“Seo Hyun, mari makan dulu. Ada perkara nak bincang ni” tegur Puan Shinri

“ermm, apa dia?” jawab Seo Hyun sambil menuang air ke dalam cawan

“pernikahan kamu dengan Jimin akan berlangsung dalam tiga bulan lagi, semasa kamu berdua cuti semester nanti. eomma dah bincang dengan Puan Gaeyu, dia pun setuju” terang eommanya. Tersedak Seo Hyun yang ketika itu sedang minum.

“Tolonglah Emma, Seo Hyun tak suka dia. Seo Hyun lebih rela kahwin dengan Uncle Muthu sebelah rumah kita ni daripada kahwin dengan budak sewel dan berlagak tu" ujar Seo Hyun

“jangan benci sangat. satu hari nanti kamu jatuh cinta dengan dia baru tau” ujar eommanya Selepas selesai sarapan, Seo Hyun menuju ke arah motosikalnya untuk ke universiti. Ketika sampai di selekoh, sebuah kereta melintasinya dan melanggar lopak air hingga terpercik air ke arah Seo Hyun. Habis kotor kasut Seo Hyun. Pemandunya pula hanya tersengih

“lain kali bawak motor tu tepi sikit, kan dah kena” ujar Jimin sambil ketawa. Jin yang duduk di sebelah Jimin hanya ketawa. Dia cukup maklum tentang permusuhan diantara Jimin dengan Seo Hyun. Kecoh satu Universiti apabila mereka 'berperang' di tengah hujan lebat sehingga kedua-duanya demam selsema dan didenda pihak Universiti.

“eiii geram aku dengan Playboy sewel ni, menyakitkan hati betul la”ujar Seo Hyun geram.

Lima minit kemudian, Seo Hyun tiba di universiti, tanpa membuang masa dia terus menuju ke kelasnya dan duduk di sebelah sahabatnya, suzy

“kenapa kasut kau kotor? Ni mesti kau merempit kan?” soal suzy

“bukan merempit la, tapi playboy sewel tu yang buat. Naik kereta sampai terpercik air sampai kena kat aku. Mata letak kat lutut kot” ujar Seo Hyun sambil menyapu kasutnya

“tapi playboy tu handsome la, kalau aku, sanggup kena simbah air dengan dia hari-hari” balas suzy sambil ketawa

Uncle Muthu sebelah rumah aku lagi handsome, menyampah aku dengan perangai playboy dia tu” balas Seo Hyun
“alah, nanti dia berubah la” ucap Suzy sambil membuka buku

“tak de maknanya. Kalau dia tu gangster terbesar kat Korea ni ataupun buat business seludup senjata api secara haram ke, aku boleh terima lagi. tapi kalau playboy, memang aku tak boleh terima” balas Seo Hyun

"yang kau benci sangat kat dia tu kenapa? Apa salah dia?" soal Suzy. Dia pun pelik kenapa Seo Hyun begitu bencikan Jimin

"apa salah dia kau tanya? kau tak ingat ke apa yang dia buat kat Ho Min? Kalau bukan sebab dia, tentu Ho Min ada dengan kita sekarang" balas Seo Hyun. Suzy yang mendengarnya ketawa terbahak-bahak

"betul ke pasal Ho Min? atau kau masih tak puas hati sebab dia tewaskan kau dalam pertandingan catur dulu?" soal Suzy sambil tersenyum sinis. Memang dia faham sangat dengan perangai Seo Hyun, sukar menerima kekalahan.

"stop sebut pasal playboy sewel tu. Mendidih darah aku dengar" balas Seo Hyun

**

"tepi!..tepi!" jerit Seo Hyun sambil berlari laju di sepanjang koridor. Habis segala tong sampah dan pelajar dilanggarnya. Pelajar lain yang melihatnya hanya mengeleng kepala, faham sangat kalau nampak student tu lari macam kena kejar harimau. Kadang-kadang lecturer pun sama. Tu mesti kes lambat kelas. Kebetulan di satu simpang dia terlanggar Jimin dan Jin yang sedang membawa air dan air tersebut terkena di baju Jimin.

"ma..huh! kau rupanya, tak jadi la nak minta maaf" ujar Seo Hyun ingin berlalu namun sempat begnya ditarik Jimin

"ish geramnya aku dengan budak ni! Aku saman kau nanti!" balas Jimin

"eleh, samanlah! Ingat aku takut? Sekarang boleh tak kau ke tepi?" ujar Seo Hyun

"lepas apa kau dah buat, nak blah macam tu je? Tak tau nak minta maaf?" soal Jimin

"masa kau basahkan kasut aku ada kau minta maaf? Now let me go!" marah Seo Hyun

"selagi kau tak minta maaf, jangan harap kau boleh lepas" balas Jimin dengan sinis

"woo korang, jangan gaduh kat sini. Kalau guard nampak habis kita" sampuk Jin
Jimin segera melepaskan pegangan nya dan Seo Hyun cepat-cepat beredar dari situ

"mesti dia sengaja! Macam mana nak pergi kelas kalau basah macam ni" marah Jimin sambil mengelap bajunya.

"dia tak sengaja la. Pakai ni" ujar Jin sambil menghulurkan jaketnya ke arah Jimin

"what?" soal Jin apabila Jimin melihatnya dengan pandangan yang curiga

"sejak bila kau pandai backup dia ni? Sangsi aku" soal Jimin

"Jom, kelas nak mula dah, nanti lambat" ucap Jin sambil menarik Jimin

****

Seo Hyun dan Suzy sedang memilih makanan di kafe, maklumlah masa makan tengah hari. Tiba-tiba Seo Hyun terpandang Jimin a.k.a Playboy sedang berbual mesra sambil menyuap makanan dengan seorang perempuan. Seo Hyun tengok pun rasa nak muntah, geli sangat-sangat. Rasanya ni bukan perempuan yang sama seperti yang selalu dilihat Seo Hyun.

“kau tengok tu, minggu lepas keluar dengan orang lain, hari ni dengan orang lain pula. Memang dia tu tak boleh hidup dengan seorang perempuan agaknya” bisik Seo Hyun sambil menyiku tangan Suzy

“kau ni, dah nama pun playboy. Memang macam tu, pedulikan dia tu. Jom kita makan” ucap suzy.

Selepas makan, Suzy bangun. “aku nak pergi jumpa kawan dulu, kau balik dululah”

“ok”  balas Seo Hyun

Setelah habis makan, Seo Hyun bergerak ke tempat parking motosikal. Kelihatan Jimin sedang bertenggek di atas motornya sambil membelek telefon.

“Sesedap dia je bertenggek atas motor aku” bisik Seo Hyun

“apa kau buat kat motor aku ni? nak pancitkan tayar pula?” soal Seo Hyun

“aku banyak lagi kerja lain yang boleh dibuat selain dari pancitkan tayar motor kau ni. Ni Eomma kau ada cakap ke yang kita akan berkahwin dalam 3 bulan lagi?” kata Jimin sambil menanggalkan kaca mata hitamnya.

“ada” balas Seo Hyun pendek. Malas nak bercakap dengan Jimin

“Aku tahu kau pun tak setuju kan? so, aku nak kita fikirkan rancangan untuk batalkan pernikahan ni, tapi jangan sampai Eomma kita tahu. kau setuju tak?” soal Jimin

"ok setuju. Tapi macamana?" ujar Seo Hyun


Yeah game baru nak start heheheh. Kita tengok berjaya tak plan diorang untuk cancelkan perkahwinan tersebut?  Stay tune!

 [C] HATE : PARK JIMIN : 박 지민 Where stories live. Discover now