PART 14

905 79 6
                                    


Seo Hyun sedang membelek buku di perpustakaan. Hari ni dia berseorangan kerana Suzy keluar dengan kawan-kawanya.

"keluar lah kau dari kepala aku!” jerit Seo Hyun sambil memegang kepala. Perbuatanya itu telah menarik perhatian orang yang berada di dalam perpustakaan. Segera dia menundukkan kepala tanda meminta maaf. Sakit kepala pula bila perkara tersebut asyik bermain di fikirannya. Tiba-tiba Seung Ri datang menyapa,

"hai awak, lama tak jumpa. Lepas ni jom gi makan nak? Saya tunggu awak tempat biasa eh?" ucap Seungri sambil bangun dari tempat duduknya.

"oh Seungri, ermm boleh je. Pukul 12 kejap lagi saya datang" balas Seo Hyun. Bunyi deringan menandakan mesej masuk, lalu dia membaca mesej tersebut.


'kau jangan keluar dengan dia! Aku saman kau nanti!"--Jimin.

Tergelak Seo Hyun membaca mesej tersebut, macam mana Jimin boleh tahu dia nak keluar dengan Seungri ni. Stalker dia ke apa? Sempat juga matanya melilau mencari Jimin, tapi batang hidung pun tak nampak. Sikit-sikit saman, sikit-sikit saman tu je dia tahu, tanpa membuang masa, Seo Hyun mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula menghubungi seseorang.

'maafkan saya Seungri, saya ada hal. Tak dapat nak jumpa awak. Nanti lain kali lah kita keluar' kata Seo Hyun lalu menamatkan panggilan.

Semasa sedang mengemaskan buku-bukunya, baru Seo Hyun teringat yang dia ada temu janji dengan Suzy. Segera Seo Hyun ke restoran berdekatan untuk berjumpa dengan Suzy katanya ada benda penting yang Suzy nak bagitau.

"mana Suzy ni, haih budak ni janji tak pernah nak betul" bisik Seo Hyun. Bunyi telefon berdering mengejutkan Seo Hyun.

'sorry Seo Hyun, aku tak boleh datang. Emergency ni" suara Suzy kedengaran di talian.

"ish kau ni, aku ah sampai la. Ok lah. Bye".
seo hyun segera keluar dari restoran tersebut. Semasa hendak keluar dari restoran, Seo Hyun ternampak Jimin berpelukan dengan seorang gadis lain. Hatinya hancur berkecai mengenangkan sikap playboy Jimin yang masih tak berubah. Tanpa membuang masa Seo Hyun segera beredar untuk meninggalkan teempat tersebut tapi malangnya dia tersepak botol kaca sehingga mengeluarkan bunyi. Bunyi tersebut telah mengejutkan Jimin dan segera berpaling,

"Seo Hyun! Nanti dulu! Aku boleh explain" jerit Jimin apabila Seo Hyun melangkah laju ke arah motornya.

Tanpa sepatah kata, Seo Hyun memecut motor menuju ke rumah eommanya. Eomma nya hanya memandang pelik dengan kelakuan anaknya yang menangis- nangis sambil menuju ke biliknya. Baru sahaja Puan Shinri ingin melangkah ke bilik anaknya, sebuah kereta berhenti di luar rumah. Jimin keluar dengan tergesa-gesa.

"Eomma, Seo Hyun mana? Saya nak bagitau sesuatu dengan dia" ujar Jimin dengan muka resahnya.

"apa yang berlaku sebenarnya ni? Cuba kamu cerita dekat eomma" balas Puan Shinri. Jimin menceritakan segalanya pada Puan Shinri. Puan Shinri menyuruh Jimin berjumpa Seo Hyun yang ketika itu sedang berada di dalam biliknya. Jimin hanya menurut.

"seo hyun!, buka pintu ni. Kau dah salah faham ni, let me explain! Seo Hyun! Buka pintu!" jerit Jimin sambil mengetuk pintu.

"tak nak! Baik kau pergi sebelum aku bunuh kau! Go away!!" jawab Seo Hyun.

"dengar dulu apa aku nak cakap! Tolong jangan buat aku macam ni. Buka pintu ni!" kata Jimin.

"aku dah malas nak percayakan kau lagi!. Kau buat la apa yang kau suka. Memang dasar playboy! Aku benci kau!" jerit Seo Hyun dari dalam. Puan Shinri datang menghampiri Jimin yang berada di luar pintu bilik seo Hyun.

"Eomma, spare keys ada tak?" soal Jimin. Memang dia perlu bersemuka dengan Seo Hyun untuk menjelaskan perkara sebenar.

"kamu balikla dulu, dia tengah marah tu. tunggu dia sejuk dulu. Kalau kamu masuk nanti tak pasal-pasal kena libas dengan kayu besbol. Walaupun dia jenis orang yang cepat marah, tapi dia juga cepat sejuk. nanti bila dia dah tenang, kamu datang semula" ucap Puan Shinri sambil memegang bahu Jimin.

*****

Jimin berasa serba tak kena saat berada berseorangan di rumah, di mana-mana sahaja dia bagaikan ternampak bayangan Seo Hyun di rumah. Dah banyak kali dia cuba untuk menghubungi Seo Hyun tapi semuanya tak pernah berjawab. Mesej pun tak berbalas. Nampaknya Seo Hyun begitu marah dan benci kepadanya, silapnya juga kerana tidak memberitahu perkara sebenar kepada Seo Hyun.

( di bilik Seo Hyun)

~you never thought we got to war, after all the thing we saw, it's april fool day~

-bunyi telefon-


Telefon dari tadi berdering menandakan panggilan dan mesej masuk membuatkan Seo Hyun berasa semakin sedih. Sanggup Jimin berpelukan dengan orang lain di depan nya, kalau nak peluk perempuan lain pun cover la sikit, jangan nak tunjuk depanya. hatinya berasa sakit sangat-sangat. Sempat dia membaca mesej yang masuk,

'kau dah salah faham, aku berjumpa dengan dia sebab aku nak suruh dia berhenti kacau aku lagi, tapi dia yang tak boleh terima dan tiba- tiba peluk aku. Please percaya aku. Aku sayangkan kau'

-Jimin-


"jangan harap aku nak percaya kata-kata kau lagi. Playboy tak guna" bisik Seo Hyun.

******

Seo Hyun mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang,

'Hello Suzy, I need you so bad right now. Can we meet? Ok tempat biasa' ucap Seo Hyun dan menamatkan panggilanya.

(Di restoran)

"kenapa kau menangis ni? Cuba cerita kat aku. Ada orang meninggal ke?" ujar Suzy sambil memegang tangan Seo Hyun. Pelik melihat Seo Hyun yang menangis-nangis.

"actually I got something to tell you, hope.. hope you dont mind" balas Seo Hyun sambil mengesat air matanya.

"sebenarnya aku dah kahwin"

"what?!" jerit Suzy. Separuh pelanggan dalam restoran memandang ke arah mereka.

"bi..bila? Dengan siapa?"

*please drop off your comment ok?!

 [C] HATE : PARK JIMIN : 박 지민 Where stories live. Discover now