PART 3

917 90 10
                                    


Episode 3

Seo Hyun menuruni tangga sambil membawa beg besar, Eommanya yang sedang menyiapkan makan malam ketika itu segera menegur Seo Hyun.

"kamu nak ke mana dengan beg besar tu?" soal Eommanya sambil menghampiri anaknya. Seo Hyun segera berhenti


"Kalau Eomma masih nak jodohkan Seo Hyun dengan Jimin tu, Seo Hyun nak keluar dari rumah ni" ucap Seo Hyun dengan muka serius. Eommanya hanya ketawa, Ini mesti taktik Seo Hyun untuk mengelak dari rancanganya.

"Eomma tak halang kalau kamu nak keluar dari rumah ke apa, tapi sekarang tengah heboh pasal kes pembunuh bersiri yang masih bebas tu. Kalau kamu nak jadi mangsa pergilah keluar" balas Eommanya sambil meninggalkan Seo Hyun berseorangan di muka pintu. Serta merta Seo Hyun menelan liur, sekarang tengah kecoh pasal kes pembunuh bersiri. Kalau dia keluar dari rumah ni bermakna dia sengaja membunuh diri. Segera dia menuju ke arah Eommanya dan memeluk kaki Eommanya.


"Eomma tolonglah, Seo Hyun tak nak kahwin dengan Jimin tu. Dia tu jahat, Seo Hyun tak suka dia. Tolonglah tarik balik rancangan tu!" ujar Seo Hyun sambil menangis. Mati hidup balik dan mati hidup balik pun dia tak nak kahwin dengan Jimin.


"satu hari nanti kamu akan faham kenapa Eomma buat macam ni" ujar Eommanya sambil menyapu air mata Seo Hyun.

******

(Sewaktu Seo Hyun berjalan keluar dari kelas bersama Suzy……)

“hai Seo Hyun, Suzy. Jom kita pergi makan sekali, kelas awak berdua dah habis kan? tegur Seung Ri

“jomlah. Dah lama kita tak makan sekali” balas Seo Hyun Mereka bertiga bergerak beriringan ke kafe sambil berbual-bual. Seo Hyun boleh dikatakan agak rapat dengan Seung Ri sejak semester pertama lagi, Cuma berbeza course sahaja. Suasana di kafe agak sibuk walaupun jam baru sahaja pukul 11 pagi. Setelah memilih makanan, mereka mencari tempat duduk untuk makan.

sayang, bukak mulut. Oppa nak suap ni”


“macam kenal suara ni, sape ek?” ujar Seo Hyun di dalam hati. Tanpa membuang masa, Seo Hyun pusing belakang dan dia ternampak Jimin a.k.a Playboy sewel sedang makan bersuap. Seo Hyun yang tengok pun rasa geli geleman. Serta-merta muncul idea di kepalanya

“kalau aku ambil gambar and send dekat eomma dia, confirm berbuih mulut eommanya tengok anak dia berperangai macam ni. Depan eomma kemain lagi kau, sopan nak mampus. Belakang macam setan” bisik Seo Hyun perlahan Tanpa membuang masa Seo Hyun mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menangkap beberapa keping gambar.

“barang baik ni, boleh aku ugut dia nanti” ucap Seo Hyun sambil gelak jahat


“kenapa kau gelak sorang-sorang ni? Kepala kau dah tak betul ea?” kata Suzy sambil memandang pelik. Seung Ri pula hanya ketawa berdekah-dekah


“ni, ada kasut keluaran terbaru. Cantik juga” ujar Seo Hyun sambil menyimpan telefon bimbitnya.

**********

Selesai memarkir keretanya, Jimin masuk ke dalam rumah dengan gembira. Kertas di tanganya dipegang erat, harap- harap rancanganya berjaya.


"yang kamu nampak happy semacam ni kenapa?" soal Puan Shinri sambil duduk di sebelah anaknya. Jimin memberikan kertas yang dipegangnya kepada Eommanya untuk dibaca.

"Jimin jadi wakil universiti untuk pertandingan catur yang akan datang. Mestilah happy, bukan calang-calang orang tau dapat jadi wakil universiti" balas Jimin dengan gembira

"tapi waktu pertandingan ni semasa cuti semester. Kan masa tu majlis perkahwinan kamu. Mana boleh tunda" balas Eommanya


"tapi Jimin nak sangat masuk competition tu. Kalau tak sia-sia je selama ni Jimin berlatih. Ini kan minat Jimin. Eomma tolonglah faham. Lagipun ini arahan dari Universiti, mana boleh nak batalkan. Mungkin pasal kahwin tu Eomma boleh tunda" ucap Jimin sambil membuat muka kesian dan memandang Eommanya. Harap-harap Eommanya percaya. Kalau lah Eommanya tahu itu surat palsu, confirm dia kena belasah dengan Eommanya.


"nantilah Eomma fikirkan" balas Eommanya. Jimin yang mendengarnya menjerit gembira di dalam hati. Kalau tak dapat batalkan, tunda pun dah kira ok.

(keesokanya di fakulti)

Jimin dan Jin berada di fakulti untuk berjumpa dengan pensyarahnya. Baru Jimin dengan Jin ingin keluar dari bilik pensyarahnya, terserempak dengan Eommanya yang juga ingin memasuki bilik yang sama

"eh! apa Eomma buat kat sini? Macamana eomma boleh masuk!?" soal Jimin kaget. Terkejut tiba-tiba melihat kelibat Eommanya di situ

"Eomma nak jumpa penasihat kamu. Nak bincang dengan dia pasal pertandingan catur tu la. Nak minta dia gantikan dengan orang lain" balas Eommanya

"pertandingan catur a.." belum sempat Jin menghabiskan ayatnya, mulutnya ditekup Jimin. Jin meronta-ronta minta dilepaskan


"kamu berdua ni kenapa?" balas Eommanya sambil memandang dengan curiga


"err tak de pape. Pasal competition tu biar Jimin uruskan" balas Jimin sambil menarik keluar Eommanya dari kawasan fakulti. Memang dia mencari nahas jika Eommanya tahu perkara sebenar.

"tak pelah. Alang-alang dah sampai ni biar Eomma jumpa dia" balas Eommanya sambil meluru masuk ke dalam fakulti. Jimin segera menahan Eommanya.

"eh..eh tak payahlah. Lagipun dia takde kat bilik. Eomma balik dulu lah" balas Jimin sambil menarik Eommanya. Eommanya hanya mengangguk dan meninggalkan mereka

"pertandingan catur apa? Bukan dah lepas ke?" soal Jin apabila mereka keluar dari kawasan Universiti


"aku pun tak tahu macam mana nak jelaskan kat kau. Aku tengah serabut ni" balas Jimin sambil menggaru kepala, pening dengan masalah yang menimpa.


"aku rasa kau ada sembunyikan sesuatu. Kalau ada masalah, bagitau aku. Jangan simpan sorang-sorang, nanti jadi mental" balas Jin. tanpa membuang masa mereka berdua menuju ke kelas.

******

"jom kita balik jelah. Aku tak sedap hati ni" ujar Jimin sambil memandang kiri kanan

"kau jangan nak buat hal. Kita dah sampai ni" balas Seo Hyun. Mereka berdua sedang berdiri di hadapan kedai 'Kim Event Planner'. Mereka ingin pecah masuk kedai tersebut dan padamkan data tempahan yang telah dibuat oleh Eomma mereka. Biar majlis tu tak jadi


"aku takutlah. Kalau kantoi dengan polis macamana?. Aku tak nak masuk penjara" ujar Jimin


"Eh gemuk, penakut betul kau ni. kau kan bakal peguam, nanti kau putar belit jelah hujah kau nanti. Dah pakai sarung tangan cepat, nanti tertinggal bukti" jawab Seo Hyun sambil mengumpil pintu kedai

"mana kau belajar buat benda-benda macam ni? Entah-entah locker aku kau yang jahanamkan. Betul kan?" teka Jimin

"dekat internet la. Pasal locker kau aku minta maaf. Tak sengaja" balas Seo Hyun sambil tersengih


"kalau Eomma aku tahu, habislah aku kena belasah dengan dia" ujar Jimin


"diamlah! Jangan bising. Nanti orang dengar" jawab Seo Hyun. Tanganya masih mengumpil pintu kedai. Sedang mereka khusyuk mengumpil. pintu,








"berhenti!!. Jangan bergerak!!"



Bersambungggggg hehhee. Jangan lupa vote guys! And for those nak exam tu, good luck!

Gambatte kudasai!

Fighting!

 [C] HATE : PARK JIMIN : 박 지민 Where stories live. Discover now