PART 6

914 93 40
                                    


“Aku nak bilik ni, kau ambil bilik dekat sana tu” kata Seo Hyun sambil menunjuk ke arah tangga

“ewah, kau ambil bilik besar, aku ambil yang kecil. Mana adil!" balas Jimin sambil bercekak pinggang.

“boleh tak kau mengalah sikit dengan aku? Kalau tak aku tunjuk gambar ni dekat eomma kau, mesti dia terkejut” balas Seo Hyun sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Bulat mata Jimin melihat gambarnya sedang makan bersuap dengan perempuan lain.

“sanggup kau gunakan cara keji macam ni semata-mata nak dapatkan bilik tu? Aku saman kau nanti!” ujar Jimin dengan muka tak puas hati. main-ugut-ugut pulak


“tak kisah lah keji ke, kejam ke ataupun tak berperikemanusiaan sekalipun, sekarang keputusan terletak dekat tangan kau. Up to you” balas Seo Hyun sambil tersenyum sinis Akhirnya Jimin mengalah dan memberikan bilik itu kepada Seo Hyun. Tanpa membuang masa, mereka berdua menuju ke bilik masing-masing

*****

Jam menunjukkan pukul 6.30 petang, Seo Hyun turun ke dapur untuk mengambil minuman. Sampai sahaja dekat peti sejuk, Seo Hyun hampir melakukan aksi lompat kijang. Terkejut melihat Jimin yang selamba tidak berbaju berdiri sambil meneguk minuman berhampiran peti sejuk.


“eeiii, boleh tak kau berpakaian sopan sikit?. Habis rosak la mata aku tengok” jerit Seo Hyun sambil menutup mata dengan kedua belah tangannya. Geli pula melihat Jimin yang selamba tak pakai baju


“sejak bila dekat rumah ni ada dress code pulak? Kalau kau tak suka kau boleh jalan sambil tutup mata” balas Jimin sambil tersengih dan berlalu ke meja makan. Sementara itu Seo Hyun menyelongkar peti sejuk untuk mencari sesuatu untuk dimakan. Tapi hampa kerana tiada satu pun makanan di dalam peti sejuk. Hanya ada
sebungkus mi segera sahaja.


“ermm, bolehlah ni, daripada tak de langsung” bisik Seo Hyun. Jimin hanya memerhati

“kita makan mi segera jelah malam ni, makanan lain takde” ujar Seo Hyun memecah kesunyian

“ermm, bolehlah” sahut Jimin. Semasa sedang makan Seo Hyun asyik rasa gelisah, mana taknya, si Jimin asyik memandangnya. Tak berkelip pulak tu, membuatkan Seo Hyun nak makan pun tak tertelan.


“memandangkan kita kahwin atas dasar terpaksa dan dipaksa, aku nak kita teruskan hubungan ni sebagai kawan. Aku pun dah malas nak bermusuh dengan kau lagi. Deal?" ujar Jimin.

“Ok, Tapi lepasni harap kita buat hal masing-masing. Aku takkan masuk cmpur urusan kau dan aku harap kau dapat buat benda yang sama" balas seo hyun. Jimin mengangguk dan selepas itu mereka berdua hanya diam tanpa bersuara

“yang kau tengok aku macam lembu pakai lipstik tu kenapa?” tanya Seo Hyun tanpa memandang Jimin. Jimin bagaikan baru tersedar


“jangan nak perasan, bila masa pulak aku pandang kau, aku tengok TV belakang kau tu. ” balas Jimin sambil menyuap mi segeranya

****

Jam menunjukkan pukul 2 pagi, Seo Hyun masih tekun menyiapkan assigmentnya di ruang tamu, manakala Jimin pula asyik ke hulu hilir bersama buku di tanganya

"ish! boleh tak kau duduk diam? Pening la aku tengok" ujar Seo Hyun sambil menghempaskan kertas di tanganya. Dahla dia tengah berserabut dengan assignment yang berlambak boleh pulak Jimin asyik mundar mandir di depanya. Macam sengaja nak cari gaduh


"suka hati akulah. Ni rumah aku juga. Kalau kau pening, pergi buat tempat lain" balas Jimin sambil meneruskan hafalanya


"ish, kalau perbuatan membunuh tu tak salah, dah lama aku letak racun dalam makanan kau. Biar mati terus. " bisik Seo Hyun. Jimin yang mendengarnya segera mengambil tempat di sebelah Seo Hyun, mukanya didekatkan dengan muka Seo Hyun

 [C] HATE : PARK JIMIN : 박 지민 Where stories live. Discover now