PART 10

917 91 11
                                    


Seo Hyun yang khusyuk bermain PS2 berasa terganggu dengan bunyi bising dari dapur(sebenarnya Jimin yang selalu ajak Seo Hyun bermain PS2 sampai Seo Hyun terpengaruh dengan game tersebut).

"dia ni masak ke renovate dapur? Bising betul" bisik Seo Hyun. PS2 diletakkan di atas sofa dan dia menuju ke dapur. Sampai sahaja di dapur, matanya membulat. Dengan segera dia berlari ke halaman rumah.

"betul la ni rumah aku" bisik Seo Hyun sambil masuk ke dalam rumah dan menuju ke dapur,

"kau masak ke main lempar barang ni? Bersepahnya!" ujar Seo Hyun apabila melihat dapur mereka. Dah macam tongkang pecah. Sayur-sayur bertaburan di atas lantai.

"memang macam ni kalau orang lelaki masak. Baik kau tolong aku, cepat sikit siap" kata Jimin. Tanganya sibuk memotong sayur. Tapi Seo Hyun buat dek dan tinggalkan Jimin sorang-sorang.

" Boleh tak batalkan perjanjian tu. Aku penat la, kau dengar tak ni?" soal Jimin. Mendengar Seo Hyun tak menjawab, segera dia pusing belakang and tengok takde orang pun.

"laaa, aku cakap sorang rupanya. Memang takde hati perut betul la dia tu" ujar Jimin geram.

(selepas selesai memasak)

"erm, not bad. Boleh tahan" puji Seo Hyun. Jimin apa lagi, kembang hatinya kena puji.

"ok, lepasni aku nak kau buat ni pula" ujar Seo Hyun sambil menghulur sekeping gambar.

"kau memang tak berperikemanusiaan kan?" soal Jimin apabila melihat gambar pizza di tanganya.

"Sorry Mr Park, perjanjian kita belum tamat lagi. Nak tak nak, kau kena buat jugak" paksa Seo Hyun.

"boleh je kau nak suruh aku buat, tapi kena la bagi upahnya dulu" ucap Jimin.

"Okey, aku belanja aiskrim nanti" jawab Seo Hyun.

"Aku tak nak aiskrim. Aku nak kau" ujar Jimin sambil mengenyitkan matanya dan tersenyum nakal.

Segera dia menarik kerusi dan duduk lebih dekat dengan Seo Hyun.

"back off. One step closer, you're dead!" ugut Seo Hyun. Garpu di tanganya dihalakan ke arah Jimin.

"main-main je. Garang betul kau ni. Macam ni lagi aku suka" ujar Jimin dan menuju ke dapur. Melihat kelibat Jimin dah takde, Seo Hyun menyentuh dadanya. Berdebar-debar!

********

(di sudut koridor)

"apsal yang kau nak jumpa aku ni? Macam tak boleh cakap kat rumah je" soal Seo Hyun sambil memandang kiri kanan. Takut pertemuan tersebut dinampak Suzy, nanti kantoi.

“malam ni eomma-eomma nak datang rumah. Diorang dah call aku tadi” balas Jimin.

“hah?! Apsal pula tiba-tiba mereka nak datang? Mesti ada sesuatu ni” balas Seo Hyun gelabah

"yang kau gelabah sangat ni kenapa?" soal Jimin.

"kau tak rasa pelik ke? Tiba-tiba je. Ni mesti ada sesuatu yang diorang nak" kata Seo Hyun.

"takde apa yang pelik la. jangan lupa petang ni pindahkan barang aku masukkan dalam bilik kau. Ambil yang perlu je. Harini kelas aku full, jadi aku balik lambat, tak sempat nak pindahkan. Ni kuncinya" ujar Jimin sambil memberikan kunci biliknya.

"apsal pula? Mana boleh!" tegas Seo Hyun.

"kau nak Eomma-Eomma tahu perkara sebenar? Kau rasa apa diorang akan buat kat kita kalau diorang tahu perkara sebenar? Diorang boleh belasah kita tau tak" ujar Jimin. Seo Hyun mula membayangkan muka garang Eommanya.

 [C] HATE : PARK JIMIN : 박 지민 Where stories live. Discover now