Selepas selesai urusan pendaftaran dan mengambil kunci, seo hyun bertanya kepada receptionist."err miss, bilik kosong ada lagi tak?"
"maaf cik, bilik penuh. Errr cik, hati-hati dengan bilik ni ye, bilik ni ‘keras’ sikit" bisik receptionist.
“hah? Hati-hati? keras? Maksudnya?” soal Seo Hyun. Serius dia tak faham.
“kau buat apa lagi tu? cepatlah!” panggil Jimin.
“sabarlah kejap!" balas Seo Hyun. Nampaknya seo hyun terpaksa juga berkongsi bilik dengan Jimin.Dengan langkah yang kecewa, Seo hyun mengikuti Jimin untuk ke bilik mereka. Sampai sahaja di bilik, Seo Hyun menarik nafas lega kerana katil tersebut mempunyai dua katil. Baguslah, tak payah berebut katil lagi. Setelah memilih katil masing-masing, mereka berdua tertidur keletihan. Bunyi telefon berdering mengejutkan Seo Hyun yang sedang tidur.
Jam menunjukkan pukul 6 pm'hello, ye eomma. Dah sampai dah ni, ha? Jimin keluar beli makanan kot. Ok eomma, bye' kata Seo Hyun mematikan telefon bimbitnya. Serentak itu, TV yang berada di penjuru bilik terpasang dengan sendiri. Seo Hyun memang gelabah gila sebab dia memang sangat takutkan hantu. Baru je dia hendak bangun menutup TV, bunyi air mengalir dari bilik air. Bila dibuka memang tak ada sesiapa di dalam. Muka Seo Hyun sudah pucat. Serta-merta dia teringat pesanan receptionist tadi. Terus dia melompat di atas katil menyelimutkan badanya sambil menangis teresak-esak. Jimin yang ketika itu baru pulang sambil membimbit makanan segera menuju ke arah Seo Hyun.
"eh kenapa kau menangis ni? Kau sakit ke? Ke kau lapar?" soal Jimin sambil duduk di sebelah Seo hyun.
"tadi tv tu terpasang dengan sendiri, lepas tu aku bunyi macam ada orang dalam bilik air, tapi bila aku bukak tak de orang pun. Aku takutla. Kau jangan tinggalkan aku lagi" balas Seo Hyun sambil menangis teresak-esak.
"ye, aku janji takkan tinggalkan kau lagi. Dah, jangan takut. Aku ada ni" ujar Jimin sambil menggosok kepala Seo Hyun.
"dah la nangis. Dah macam Pink Panther muka kau aku tengok. Aku tak boleh la tengok perempuan menangis ni. please stop crying" pujuk Jimin. Tanganya laju mengesat air mata Seo Hyun. Seo Hyun akhirnya termakan pujukan Jimin dan berhenti menangis.
"aku lapar, nak makan" ucap Seo Hyun.
"jom makan, aku beli makanan kegemaran kau" kata Jimin.
*****
Keesokanya, mereka hanya berjalan- jalan di sekitar pulau sambil membeli sedikit cenderahati. Sempat juga ambil beberapa keping gambar, itu pun sebab eomma mereka yang suruh, sebagai bukti yang mereka betul-betul pergi ke tempat tersebut. Kalau tak jangan haraplah diorang nak bergambar bersama. Di pertengahan jalan mereka terserempak dengan Jin,
"eh apa korang buat kat sini?" soal Jin pelik. Jimin dan Seo Hyun sudah mula gelabah. Tak sangka akan terserempak dengan Jin di sini. Nampaknya rahsia mereka dah pecah.
"err kau pula, buat apa kat sini?" soal Jimin pula.
"inikan hotel Appa aku. Sementara cuti ni aku datang la sini. Apa korang buat kat sini?" soal Jin lagi. Jimin menepuk dahinya, macam mana dia boleh lupa ni hotel Appa Jin?
"err sebenarnya kami..." Jimin teragak-agak ingin meneruskan kata-katanya.
"kami...?" soal Jin.
"dah kahwin" sambung Seo Hyun.
"Jom aku explain kat kau" ujar Jimin sambil menarik bahu Jin apabila melihat gaya Jin macam baru lepas kena sampuk, tak berkelip-kelip. Jimin dengan Seo Hyun menerangkan segala-galanya kepada Jin, tentang rancangan Eomma mereka. Jin hanya mendengar dengan penuh khusyuk.
"bagus betul tindakan Eomma-Eomma korang. Aku sokong. Tak sangka pandai betul korang sembunyikan rahsia " ujar Jin sambil ketawa.
"so, kiranya korang dah fall in love la ni? Siap bercuti sama-sama lagi" soal Jin lagi. Selalunya Jimin dan Seo Hyun akan bercakar bila jumpa. Tak pernah nak baik.
"tak!"
"mana ada!"
"I'm just asking. Janganlah marah" kata Jin sambil ketawa terbahak-bahak. Lawak melihat muka merah Jimin dan Seo Hyun.
"ok lah. Aku tak nak kacau korang. Have fun" ujar Jin. Jimin dengan Seo Hyun hanya mengangguk.
Sedang mereka berjalan-jalan di tepi pulau,
"Auchh!, sakitnya" jerit Seo Hyun. kakinya tercucuk duri. Darah meleleh keluar dari lukanya.
"itulah, lain kali jalan tengok depan. Bukan tengok belakang. Kan dah kena, ni mesti kau tengah berangan kan? sekarang tengok, aku juga yang susah. Kalau cacat macamana? Mati aku kena marah dengan Eomma. Nanti dia tuduh aku tak jaga kau elok-elok" bebel Jimin.
"boleh tak kau jangan membebel? Aku tengah sakit ni boleh pula kau bising" balas Seo Hyun.
"Kau boleh jalan ke tak ni? Give me your hand" kata Jimin. Melihat Seo Hyun yang masih menahan kesakitan, Jimin mengangkat Seo Hyun dan mengendongnya.
"eh!, apa kau buat ni?!. Turunkan aku sekarang!" jerit Seo Hyun sambil menarik rambut Jimin.
"diamlah! Malu tau orang tengok. Nanti diorang fikir aku buat benda yang bukan-bukan pula. kau nak jalan macam mana dengan kaki luka macam ni? Baik kau duduk diam-diam, Kalau kau bergerak lagi aku campak kau dalam air ni" ugut Jimin apabila Seo Hyun meronta-ronta nak turun. Automatik Seo Hyun diam apabila mendengar ugutan Jimin.
***
"dah siap. Sakit lagi tak?" soal Jimin apabila selesai melekatkan plaster di kaki Seo Hyun.
"kurang sikit, terima kasih" ucap Seo Hyun sambil berbaring si atas katil.
"sama-sama. Kau rehatla dulu. Aku pun nak tidur ni, penat" balas Jimin
*****
'berapa kali aku nak cakap dengan kau supaya kau faham?! Nak aku cakap bahasa Jepun? Tamil? Mandarin? Tolong jangan ganggu aku lagi boleh tak?! Suka hati kau la!!' tengking Jimin apabila suara di hujung talian masih tak faham-faham bahasa. Sementara itu Seo Hyun tersedar kerana terdengar suara orang bergaduh, macam suara Jimin.
"gaduh dengan girlfreind kot" fikir Seo Hyun. Tanpa membuang masa, Seo Hyun menuju ke bilik air. Semasa membuka bilik air, Seo Hyun tergamam kerana melihat susuk tubuh yang dipenuhi darah berada di dalam bilik air. Lututnya terasa lembik.
"arghhhhh!!!!!"
jgn lupa komen and please support ok?!
And I'm trying to end it as soon as possible
YOU ARE READING
[C] HATE : PARK JIMIN : 박 지민
FanfictionBila kau lebih memilih untuk berdamai dari bermusuh. Tapi,... Tak sangka perdamaian itu mencetuskan 'bala' "Kau pun mesra semacam dengan budak tu. Ke teringin nak anak? Aku boleh bagi"