PART 12

855 84 19
                                    


Jimin segera mematikan telefon bimbitnya tatkala terdengar jeritan Seo Hyun. Segera dia berlari masuk ke dalam bilik. Masuk sahaja ke dalam bilk dia terlihat Seo Hyun sudah tertiarap di depan pintu bilik air. Segera dia menerpa ke arah Seo Hyun.

"Seo Hyun! bangunlah, jangan takutkan aku. Seo Hyun!" jerit Jimin. Namun Seo Hyun tetap tidak sedarkan diri. Tampa membuang masa, Jimim mengangkat Seo Hyun dan meletakkan di atas katil.

10 minit kemudian, Seo Hyun tersedar.

"arghhh tolong!! Eomma!! ada hantu! Lepaskan aku!" jerit Seo Hyun sambil meronta-ronta.

"Tenang! ini akula, Jimin! Kenapa dengan kau ni?" soal Jimin sambil memegang Seo Hyun.

"aku...aku nampak mayat perempuan dalam bilik air, penuh dengan darah. Aku takut, kenapa kau tinggalkan aku?" ujar Seo Hyun sambil menyapu air matanya.


"aku ada dekat luar bilik tadi, tengah bercakap dengan telefon" terang Jimin.

"aku nak balik! Aku takut ada dekat sini!"

"ok..ok, kita balik sekarang juga. Biar aku kemaskan baju kita dulu" kata Jimin.
Dalam perjalanan pulang, Seo Hyun hanya diam sahaja. Membuatkan Jimin resah kerana perubahan sikap Seo Hyun. Dalam hatinya menyesal kerana meninggalkan Seo Hyun sorang-sorang. Setelah satu jam memandu, mereka tiba di rumah. Jimin segera mengangkat beg-beg masuk ke dalam rumah. Seo Hyun segera berlalu ke biliknya.

****

Jimin mundar-mandir di ruang tamu, sejak dari tadi dia tidak nampak bayang Seo Hyun. Makan pun tidak. Tanpa membuang masa Jimin menuju ke bilik Seo Hyun, setelah membuka pintu bilik, terlihat Seo Hyun sedang berbaring di atas katil. Segera dia menyentuh dahi Seo Hyun. Panas.

"Seo Hyun, bangun. Kau demam la, badan kau panas ni. Kau belum makan lagi kan? Kejap aku masakkan bubur untuk kau" ujar Jimin sambil bangun. Seo Hyun mengangguk lemah. Setengah jam kemudian, Jimin datang bersama semangkuk bubur dan segelas air.

"aku dah masakkan bubur untuk kau, aku suapkan. Cepat buka mulut" arah Jimin. Seo Hyun hanya menurut.

"sedap tak aku masak?" tanya Jimin sambil tersengih.

"erm rasanya tawar sikit, lepastu beras ni macam keras sikit, ayam pun hancur sangat, bla bla bla……"


"amboi, banyaknya komen kau. Berterima kasih sikit aku tolong masakkan untuk kau ni" jeling Jimin

"tadi kau juga tanya sedap ke tak. Bila aku jawab banyak songeh pula" jeling Seo Hyun

"feel better now? " tanya Jimin setelah Seo Hyun menghabiskan semangkuk bubur. Seo Hyun hanya mengangguk. Jimin segera bangun untuk ke dapur meletakkan mangkuk bubur. Tetapi sempat ditahan Seo Hyun.

"Erm boleh tak malam ni kau tidur sini? Aku takut" ucap Seo Hyun malu malu kucing

"errm, boleh" Jimin meletakkan mangkuk di atas meja & baring. Namun dia perasan Seo Hyun yg kelihatan agak tak bermaya. Mungkin kesan demamnya masih ada.

"Sini" Jimin menarik Seo Hyun ke dalam pelukanya. Seo Hyun hanya membiarkan.

"Tak lama lagi kita nak habis belajar, so kau dah plan ke nak kerja kat mana?" soal Jimin.

"Entah. Aku ingat nak kerja dekat-dekat sini. Takkan aku nak tinggalkan Eomma" jawab Seo Hyun. Jimin mengangguk.

"Kau pulak?" soal Seo Hyun.

"Erm aku ingat nak kerja kat mana-mana firma sebelum aku buka firma guaman aku sendiri" jawab Jimin.

"Wow, aku tak pernah terfikir nak ada businness sendiri. Takpe lepas kau ada firma sendiri, aku pinjam duit kau jelah buat modal nak bukak businness" usik Seo Hyun.

"Boleh tapi kau kena bayar 2 kali ganda" jawab Jimin. Mereka sama-sama ketawa.

"Dah- dah tido. Aku ngantuk ni" Jimin memejamkan matanya.

"Thanks Jimin, atas segalanya" ucap Seo Hyun.

"Sama-sama" jawab Jimin dengan mata terpejam.

*******

Jam menunjukkan pukul 7 pagi, dentingan bunyi kuali dan sudip di dapur membuatkan Seo Hyun tersedar. Jimin sudah tiada di dalam bilik. Segera dia turun ke dapur, dilihatnya Jimin sedang menggoreng telur. Di atas meja sudah tersedia roti bakar bersama coklat panas.

"ah, kau dah bangun? Macam mana demam kau? Dah ok?" Tanya Jimin sambil memegang sudip.

" ok dah, thanks sebab masakkan bubur semalam" jawab Seo Hyun.

"it's ok. Kalau jadi apa-apa dekat kau, Eomma marahkan aku. Kau kan 'anak' kesayangan dia" perli Jimin.


"eleh, Eomma aku pun asyik lebihkan kau dari aku tau, sedangkan aku ni anak kandung dia. Aku rasa dah macam anak tiri. " jeling Seo Hyun.

"Jomlah makan, aku dah masak ni. Kau ada kelas ke harini?" soal Jimin. Malas nak berbahas dengan Seo Hyun.

"harini tak de kelas, esok pagi baru ada. Kau?" tanya Seo Hyun sambil menyuap roti bakar "aku pun tak de kelas harini.

Free" jawab Jimin

"Seo Hyun, kau dah ada boyfriend ke? atau orang teristimewa?" soal Jimin. Seo Hyun yang ketika itu sedang minum, tersembur air yang berada di dalam mulutnya ke muka Jimin.

"eii pengotor la kau ni!" ujar Jimin sambil mengelap mukanya.

"Sorry, apsal yang kau tanya soalan spesies bulan mengambang ni?" soal Seo Hyun sambil mengesat mulutnya.


“just curious. Aku rasa bersalah untuk teruskan perkahwinan ni kalau kau dah ada orang lain. Aku tak nak jadi......" belum sempat Jimin menghabiskan ayatnya, Seo Hyun sudah berdiri

"aku dah kenyang" potong Seo Hyun dan beredar dari situ


***********

(di kafe)

“ada apa nak jumpa saya?” soal Seo Hyun kepada Seung Ri. Beria-ria Seung Ri menghantar mesej kepadanya untuk berjumpa.

“saya sebenarnya suka kan awak. Sudi tak awak menjadi orang istimewa dalam hidup saya?” ujar Seung Ri sambil memandang Seo Hyun. Manakala Seo Hyun pula dah tergamam mendengar pengakuan berani mati Seung Ri.

"eh! Awak ok ke tak ni?" soal Seung Ri apabila melihat keadaan Seo Hyun macam baru lepas kena sampuk. Tak berkelip-kelip dan kaku.

“err...saya ok. Saya ok. .saya... saya tak boleh terima cinta awak. Saya anggap awak sebagai kawan je. Tak lebih dari tu pun” ujar Seo Hyun sambil memandang Seung Ri.

“tapi kenapa? Awak dah ada orang lain ke?” soal Seung Ri. Masih tak mahu mengalah.

“ya, saya dah ada orang lain. I’m sorry” Seo Hyun meminta maaf.

“nampaknya saya terlambat. Tapi kita masih boleh jadi kawan kan?” balas Seung Ri dengan nada kecewa.

“of course la boleh. Awaklah kawan baik dan saya dah anggap awak macam abang saya” balas Seo Hyun. Seung Ri hanya mengangguk.

“ok lah Seung Ri, saya ada kelas ganti ni. Jumpa lagi” ujar Seo Hyun. Sebenarnya sengaja ingin mengelakkan diri dari Seung Ri

"Even you ignore me, even you act cold. aku takkan berputus asa Seo Hyun. Tengoklah nanti" ujar Seung Ri dengan senyuman sinis.



*story ni tnggal beberapa part  je lagi. So, jangann lupa komen + vote ok?!

 [C] HATE : PARK JIMIN : 박 지민 Where stories live. Discover now