1

7.9K 124 2
                                    

Jangan lupa vote and comment okey 😉

Lepas habis baca cerpen ni bolehlah baca cerpen lain pula
Jom baca

Jejaka sejuk beku dan nak suami ustaz

Dah completed tau

Okey...
Jom baca cerpen ni

----------

"Assalamualaikum... Daurah. Tahniah dah timang cucu kau ya". Mereka bersalaman dan melagakan pipi masing-masing. Senyuman tidak lekang dari bibir.

"Waalaikumussalam... Aku ingat kau tak datang tadi... Terima kasih... Moga kau pon menyusul lepas ni... Eh mari duduk dulu". Pelawa daurah

Mereka mengambil tempat di meja bulat.

"Aku mana boleh tak datang... Kitakan bestfriend... Hem. Aku lama lagilah nak timang cucu. Firas tu baru habis STPM itupun nak sambung lagi tu". Sakan mereka bersembang. Nasib baiklah tetamu sudah beransur pulang. Hanya tinggal beberapa orang sahaja. Itupun kawannya anak daurah.

"Ibu... Kawan adik dah nak pulang ni". Sampuk mawar Lutfiah. Bahu ibunya di sentuh lembut. Dibelakangnya tersembul wajah rakan-rakan sekelas yang tersengih.

"Balik dulu makcik". Satu persatu menyalami tangan tua daurah.

"Terima kasih makcik". Kata seorang lagi rakan mawar Lutfiah.

"Sedap makcik masak... Nanti ada kenduri lagi saya mai lagi". Anis cuba berlawak. Dia hanya melemparkan senyuman manis buat daurah.

"Biasa-biasa sahaja... Sama-sama juga... Kamu semua balik hati-hati". Lambaian diberi buat mereka.

"Eh aunty... kawan ibu ya? Apa khabar sihat?" Mawar Lutfiah beramah mesra.

"Alhamdulillah sihat... Anak nama apa? Manis saja aunty tengok". Hati Humaira sudah terpaut melihat seraut wajah lembut milik gadis di depannya ini. Ayu berbaju kurung moden dengan tudung bawal chiffon.

"Saya anak ibu yang bongsu... Mawar Lutfiah". Dia memperkenalkan diri.

"Lupa aku nak kenalkan kau... Ini mawar Lutfiah... Anak bongsu aku... Kau tak pernah jumpa sebab setiap kali kau datang sini dia tak balik... Duduk asrama... Kau pernah jumpa pun masa dia umur 10 tahun... lepastu mana ada dah korang jumpa. Ini baru habis belajar sebulan lepas... Tengah tunggu results SPM". Sampuk daurah memperkenalkan anaknya. Mawar Lutfiah tersenyum apabila Humaira memandang nya.

"Patutlah tak pernah nampak... lupa dah aku. Yang selalu aku nampak tu si melur tu... Lain sikit mukanya". Balas Humaira

"Melur nombor dua... Mawar pergi ambilkan kuih untuk aunty Ira". Mawar mengangguk dan berjalan ke meja buffet. Pinggan diambil dan beberapa ketul kuih berlainan jenis diletakkan di atas pinggan.

Humaira tersenyum sahaja melihat kesopanan dan kelembutan mawar Lutfiah.

_______

"No... Mummy tak setuju Iyas nak sambung belajar dekat Amsterdam... Banyak lagi tempat yang bagus. Kenapa mesti Amsterdam?" Bantah Humaira. Firas Farhan sudah masam mukanya.

"Please mummy... Iyas janji Iyas boleh jaga diri... Tak terjebak dengan perkara-perkara negatif dekat sana... Please". Raju Firas Farhan. Jari jemari si ibu di raih. Wajah dicomelkan bagi meraih simpati. Maklumlah anak tunggal.

"No... Mummy tahu sangat kenapa Iyas nak ke sana... And my answer is no". Humaira masih berkeras. Ditarik tangannya dari pegangan Firas Farhan.

"Apa bising-bising ni? Daddy balik pon takde siapa perasan". Potong Wasim sambil melangkah kearah ruang tamu banglo mereka.

"Daddy... Izinkan Iyas ke Amsterdam... Mummy kongkong Iyas daddy... Iyas nak sambung sana". Pujuk Firas Farhan pada daddynya pula.

"Bagi sahajalah Ira anak tu dah besar. Tahulah dia jaga diri... Didikan agama PON dah cukup kita beri". Wasim cuba berlembut.

"Besarlah sangat... No... Saya taknak dia terpengaruh dengan anasir-anasir buruk dekat luar negara sana... Banyak dah yang saya dengar". Bantah Humaira lagi. Keputusannya memang sudah muktamad.

"Jangan samakan anak kita dengan orang lain".

"Betul kata daddy... Mummy jangan samakan Iyas dengan orang lain... Iyas boleh bezakan baik buruk... Halal haram lagi mummy... Please".

"Boleh bezakan lah sangat... Kalau boleh bezakan baik buruk takdenya kamu bercinta dengan minah tak cukup kain tu... Entah apa-apa Pakaiannya... Serabut kepala mummy". Bebel Humaira. Wasim angkat bahu. Itu dia tidak boleh tolong. Memang anaknya salah memilih kawan istimewa. Dia juga tidak berkenan dengan kawan anaknya itu.

Karipap diatas meja diambil seketul dan disua ke mulut. Bibir masih muncung.

"Mummy tak sayang Iyas". Katanya perlahan. Humaira mengeluh.

"Mummy boleh lepaskan Iyas pergi sana dengan satu syarat... " Firas Farhan angkat kepalanya menatap wajah Humaira dengan mata yang bersinar. Lama Humaira berjeda. "Kahwin dengan pilihan mummy". Hilang terus senyuman Firas Farhan.

"What!". Bukan Firas Farhan sahaja yang terkejut. Daddynya turut terkejut. Humaira tersenyum kemenangan.

________

"Gila... Gila... Aku muda lagi kot. Baru 20 tahun... Mana nak jaga anak orang pula... Habis Fina macam mana? Takkan nak putus... Memang taklah. Aku sayang dia kot". Runsing firas Farhan dibuatnya. Kehulu-kehilir dia di dalam bilik tidur.

Sudah seminggu dia memikirkan permintaan tidak masuk akal mummynya. Bukan permintaan tapi lebih kepada terma dan syarat untuk ke Amsterdam.

"Tapi aku nak ke Amsterdam juga... Macam mana ni... Ya Allah tolong aku".

Tok! Tok! Tok!

Pintu diketuk dari luar. Terhenti bebelan Firas Farhan apabila suara ibunya kedengaran.

"Ya mummy... Kenapa?". Tersembul wajah serabai Firas Farhan.

"Jom turun... Mummy nak kenalkan dekat seseorang". Lengan si anak ditarik. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Firas Farhan hanya mengekori langkah si ibu menuruni tangga. Muka masih dicemberutkan.

"Maaf lambat... Anak kita ni macam anak dara pula... Tetamu datang dia menyorok dalam bilik". Semua mata yang ada di ruang makan menoleh. Firas Farhan sudah terkebil-kebil. Satu persatu wajah tetamunya dipandang. Terpena dia sebentar sebelum kalut dia berlari keluar dari ruang makan.

"Ya Allah mummy... Asal malukan aku ni... Udahlah rambut serabai... Muka sememeh.". Ditelek mukanya pada cermin besar yang ada di ruang tamu. Rambut di kemaskan dengan tangan.

"Assalamualaikum". Firas Farhan menoleh kepintu utama rumah. Satu figura yang berjaya membuatkan jantung Firas Farhan berdetak laju.

Wajah polos itu tertunduk malu apabila mata mereka bertembung.

"Waalaikumussalam". Lama baru lelaki itu menjawab.

Humaira yang baru muncul dari ruang makan berjalan ke arah mawar Lutfiah. Tergeleng-geleng kepalanya melihat mata Firas Farhan yang tidak lekang memandang si gadis.

Sudahnya mawar Lutfiah tidak berganjak dari tempat berdirinya kerana malu di perhatikan sebegitu rupa.

Ditarik lembut lengan mawar Lutfiah mengikuti langkahnya.

"Lah tercegat apa kamu berdua dekat situ... Mawar mari sini ikut aunty... Jangan dilayan teruna sorang ni... Tenung anak dara orang macam nak telan". Sengaja dia menjeling anak terunanya sambil berkata.Tersentak Firas Farhan. Dipandang sahaja figura mummy dan gadis itu melintasinya.

Permata Yang DinantiWhere stories live. Discover now