14

2.5K 73 0
                                    

Mawar Lutfiah mencapai telefon bimbit yang berada di atas kabinet dapur. Apron dibuka dan disangkut. Pantas nombor Firas Farhan didailnya.

Tut! Tut!
Tut! Tut!

Panggilan dimatikan. Mawar Lutfiah melihat jam pada telefon nya. Ikutkan jam di Amsterdam baru pukul 2 petang.

Sekali lagi nombor itu didail.

__________

Afina Batrisya yang sedang menelaah buku-buku di atas meja mengangkat kepala menatap telefon yang berdering dan bergetar itu. Telefon milik Firas Farhan yang sudah hilang mencari buku rujukan.

Telefon yang berbunyi nyaring itu membuatkan mata mata manusia yang berada di dalam perpustakaan itu merenung tajam kearah Afina Batrisya.

Segera Afina Batrisya mencapai telefon bimbit itu. Namun panggilan itu sudah mati. Dia mengangkat tangannya meminta maaf kepada mereka mereka yang berada berdekatannya.

Mereka kembali menunduk memandang buku masing-masing.

Sekali lagi mereka di kejutkan dengan deringan telefon milik Firas Farhan. Afina Batrisya yang sudah gelabah terus mencapai telefon itu. Tanpa berfikir panjang terus dijawab panggilan itu.

"Hello, May I help you?". Ujar Afina Batrisya memulakan bicara.

__________

Mawar Lutfiah menjarakkan telefon dari telinga. Dilihat nombor yang tertera di skrin telefon.

"Nombor selalu yang aku call. Tapi kenapa suara perempuan yang keluar?" Soalnya dengan suara perlahan.

"Hello... Can I know, who are you... Because this is my husband's number or I'm wrong?". Ujarnya sebaik sahaja telefon di lekapkan ke telinga kembali.

Tanpa suara dari sebelah sana, panggilan tiba tiba mati.

Lagi bertambah pelik mawar Lutfiah dibuatnya. Kenapa panggilan tiba tiba mati.

___________

Afina Batrisya mengurut dadanya. Wajah putih bersih itu pucat. Segera telefon Firas Farhan diletakkan kembali ke tempat nya.

"Mampus aku... Afina asal kau gatal sangat jawab telefon tu... Aduh! Kan wife dia yang call". Bebel Afina Batrisya sendirian dengan suara perlahan. Kepala di luku perlahan.

"Hey! Asal you ketuk kepala you tu?" Soal Firas Farhan yang baru muncul. Ditangannya terdapat beberapa buah buku. Afina Batrisya memandang Firas Farhan yang sedang meletakkan buku diatas meja.

"You... Tadi, wife you call... And, I terangkat call tu... Habislah kita". Ujar Afina Batrisya takut-takut. Membulat mata Firas Farhan dibuatnya.

"I keluar kejap". Segera telefon di capai dan dia berlalu pergi. Afina Batrisya sekadar mengangguk.

__________

Mawar Lutfiah menggenggam telefon bimbitnya itu dengan hati yang tertanya-tanya.

"Macam kenal suara tu. Dekat mana ya?" Ujarnya berteka teki seorang diri.

Kring! Kring!

Mawar Lutfiah terperanjat dengan deringan telefon sendiri. Mujur sahaja dia sempat menyambut kembali telefon yang dia lambung itu. Kalau tidak habis hancur berkecai telefon iPhone X hadiah dari ayahnya.

"Hello". Pantas dia menjawab panggilan tersebut tanpa melihat siapa yang menelefon.

"Assalamualaikum sayang... Busy ke?" Soal suara di talian membuatkan mawar Lutfiah mengukir senyuman.

"Waalaikumussalam... Abang, saya tak busy. Nak tutup kedai ni... Abang buat ape? Tadi siapa yang jawab call?" Soalnya membuat kan Firas Farhan terdiam seketika.

"Abang dekat library ni. Tadi kawan abang tolong jawabkan. Kita orang ada study group... Abang cari buku rujukan, fon tinggal dekat atas meja". Terangnya panjang lebar. Risau mawar Lutfiah sangsi dengannya.

"Oh. Patutlah... Saya ingat saya salah nombor tadi". Lega sedikit hati mawar Lutfiah yang gelisah dari tadi.

Mereka bersembang dalam 15 minit sebelum Firas Farhan meminta untuk menamatkan panggilan. Firas Farhan berjalan kearah Afina Batrisya yang melambainya di hadapan pintu masuk perpustakaan.

___________

Anisah mengeluh perlahan sambil merebahkan kepala pada meja kerja di dapur bakeri mawar Lutfiah.

"Hai, ngeluh nampak". Ujar mawar Lutfiah yang sedang memotong brownies kepada saiz yang kecil.

"Tadi pagi tiba-tiba aku kena join meeting... Tak pernah-pernah weh".

"Baguslah tu... Dapat jumpa orang-orang besar syarikat... Bukan senang. Kau patut bersyukur. Meeting apa kau join?" Soalnya. Sebaik sahaja brownies diputong kepada saiz segi empat kecil dicapai Nutella yang berada dalam paiping bag.

"Meeting pasal annual dinner sekali gus nak kenalkan CEO baharu yang  baru balik dari new York... Aku sudahlah bercadang tak mahu pergi... Sekali nama aku naik, sambut orang-orang VVIP". Ucap Anisah tidak bermaya.

"Ya Allah Nisah... Untung kau... Mana tahu naik pangkat. Pergilah". Pujuk mawar Lutfiah. Dia sudah siap menghias brownies dengan Nutella.

"Hem. Kau tahu kan aku mana ada duit nak beli baju ikut tema ni. Mesti mahal".

"Memangnya apa temanya?" Soal mawar Lutfiah ingin tahu.

"Royal's". Mawar Lutfiah tersenyum memandang wajah Anisah.

"Aku boleh settle kan masalah kau.."

"Takpayah... Kau dah banyak tolong aku... Aku tak mahulah". Potong Anisah. Dia tahu pasti mawar Lutfiah mahu menyediakan pakaian buatnya. Memang dari sekolah menengah lagi, jika ada event penting pasti pakaian yang tersarung pada badannya adalah belas ehsan mawar Lutfiah dan ibu bapanya.

"Halah, kau kena juga ambil. Bukan selalu.. kau jangan risau Sabtu ni aku teman kau cari baju. Aku sponser". Ujar mawar Lutfiah bersemangat.

Mawar Lutfiah dan Anisah sudah seperti adik beradik. Anisah juga kerap membantunya di bakeri dari dulu lagi. Sabtu Ahad jika mereka tiada hal pasti ada sahaja wajah manis Anisah yang menyarung apron dan berdiri sambil memegang dulang dan nota kecil untuk mengambil pesanan.

"Weh. Mesti mahal baju tu. Tak mahu aku" tolak anisah. Malu dia dengan Mawar Lutfiah.

"Tak ada, Sabtu ni kau ikut aku. Kita ke butik mummy untuk order baju tu... Lagipun annual dinner tu bulan depan kan?".

"Mana kau tahu? Aku belum bagi tahu lagi'. Mawar Lutfiah tersengih.

"Aku ada ilmu tinggi... Jadi jangan membantah cakap aku". Anisah mengecilkan matanya membuatkan tawa Mawar Lutfiah meletus.

"Kau main-main ya". Geram pula Anisah mendengar tawa milik mawar Lutfiah.

"Ayah akukan kawan baik Tan Sri Ismail of course kita orang di jemput. Aku tetamu VVIP tu". Ujar mawar Lutfiah membuatkan Anisah melopong.

"Kau biar betul?" Soalnya tidak percaya.

"Takde masa aku nak tipu... CEO baru kau pun aku kenal. Kita orang kawan rapat walaupun dia tua 4 tahun dari aku". Mawar Lutfiah membuka ceritanya.

"Siapa weh! Hensem tak? Maksudnya muda lagilah? Wah, ini aku excited ni". Teruja pula Anisah dibuatnya.

"Kau, kalau jumpa CEO baru tu mesti kau berkipas... Hot teruk". Tambah mawar Lutfiah.

"Siapa weh... Kau buat aku nak tahu". Ujarnya tidak sabar.

"Kalau nak tahu kau kena lah datang... Jadi Sabtu ni ikut aku pergi butik mummy tempah baju. Aku pun belum ada baju lagi ni".

"Okeylah... Aku ikut kau". Akhirnya Anisah mengalah juga.

Permata Yang DinantiWhere stories live. Discover now