"mawar... Please. Dengar penjelasan I dulu... I tahu you terluka tapi Firas turut terluka" tutur Afina Batrisya sebaik sahaja pintu apartment milik Mawar Lutfiah terbuka. nampaknya Afina Batrisya masih tidak berputus asa. Diekori Mawar Lutfiah sehingga ke apartment wanita itu.
"Takde apa yang harus di jelaskan Afina. Saya dah tak mahu ambil tahu lagi. Please, respect my privasi... And".
"Firas Farhan sakit mawar". Potong Afina Batrisya membuatkan mawar Lutfiah terdiam. Lama mereka terdiam sebelum Afina Batrisya berkata lagi.
"Ya. Firas sakit dan sekarang dia koma ". Mawar Lutfiah ketawa tetapi kedengaran sumbang.
"Awak merepek apa Afina. Jangan buang masa saya dengan lakonan ini". Dia segera masuk ke dalam apartment nya. Afina Batrisya turut mengekori langkah wanita itu.
"i tak melawak mawar... Ini betul betul... Trust me" Mawar Lutfiah memandang wajah cantik itu bagi mencari kebenaran dan kejujuran.
_________
"Tolong ambilkan ubat dalam beg I". Firas Farhan memegang kepalanya yang rasa berdenyut.
"Ubat apa?" Afina Batrisya yang tidak tahu apa gelabah menyelongkar beg galas lelaki itu.
"Ubat dalam botol kuning... Bagi I 2 biji". Akhirnya Afina menjumpai ubat yang dimaksudkan. Segera penutup ubat itu dibuka dan dikeluarkan 2 biji ubat keatas tangan Firas Farhan. Air mineral dibiak penutupnya dan di sua.
"Ubat apa ni Firas? You sakit apa? Kenapa macam teruk sahaja?" Soalnya bertalu-talu. Di belek botol ubat itu dan dia terlopong.
"Bukan sakit teruk pun" ujar Firas. Sakit kepalanya semakin berkurangan.
"Tak sakit teruk... You merepek apa ni? Ini ubat untuk tumor... You ada ketumbuhan ke? Astaghfirullah... Kenapa you rahsiakan benda macam ni?" Soal Afina Batrisya tidak puas hati. Firas Farhan merebut botol ubat yang berada di tangan Afina Batrisya lalu di simpan kembali ke dalam beg.
"Bukan urusan you... I nak balik nak rehat". Ujarnya bersahaja. meninggalkan Afina Batrisya seorang diri.
"And dari situlah I tahu yang Firas ada tumor". Ujar Afina Batrisya menamatkan ceritanya. Mawar Lutfiah terdiam. Antara percaya tidak percaya sahaja.
"You jangan reka cerita". Ujarnya terketar-ketar.
"I takde masa nak reka cerita mawar... Firas terlampau cintakan you. Setiap hari pasti nama you akan meniti di bibir dia... Every day, every hour, every minute... It's all about you".
__________
"You serious tak mahu balik ni?" Firas Farhan tersenyum lalu menggeleng.
"I serious... You boleh balik seorang diri kan?" Soalnya. Afina Batrisya mengangguk.
"But why? Tak rindu family you ke? Wife you?"
"I nak kerja... Kalau I balik siapa yang nak jaga cafe miss S tu... Lagipun i tengah kumpul duit ni... Ada misi yang harus diselesaikan".
Firas Farhan bekerja sambilan di cafe berhampiran universiti tempat dia belajar. Gaji yang agak lumayan baginya.
"Hem, sukahati lah... i pergi dulu" dia berjalan ke balai berlepas meninggalkan Firas Farhan disitu.
"You know what... Firas tak balik cuti sem hanya untuk kerja. I taktahu untuk apa duit itu sebab daddy, mummy Firas orang kaya... Takkan tak mampu and this for you". Sampul putih yang dikeluarkan dari beg tangan dihulurkan buat Mawar Lutfiah.
Mawar mencapai sampul itu dan dibuka perlahan-lahan.
Mawar Lutfiah
Assalamualaikum cinta hati abang
Pertama sekali, abang ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Maafkan segala silap dan salah abang. Maaf buat sayang terluka. Abang tahu abang bukan suami yang baik.Mawar sayang,
Abang cuma nak awak tahu, abang terlalu menyintai sayang sehingga abang tidak sanggup melihat air mata awak jatuh apabila abang pergi dari dunia ini. Abang lebih sanggup sayang membenci abang.Honey
Pertama kali bertentang mata dengan mu, hati ini tidak keruan. Ingin sahaja aku menjerit berkata aku cinta padamu. Ingat tak bila kita berjumpa buat kedua kalinya dan abang bertanya soalan yang pelik, abang bersyukur awak masih mahu terima abang. ABang cuma nak uji sayang sahaja, mujur sayang masih mahu terima abang kalau tidak gigit jarilah abang. Abang masih ingat lagi wajah cemberut sayang apabila abang ajak bergambar semasa majlis pertunangan kita.Sayangku mawar
Abang tahu Mawar terluka. Abang turut terluka dengan kata-kata abang sendiri. Abang tidak sangka betapa Teganya hati abang melontarkan kata-kata itu. Tetapi apa boleh buat, benda sudah jadi.Bidadari ku
Berkenaan anak kita, abang tidak sangka kita akan mempunyai anak. Anak yang comel seperti papa dia... Hahaha... Sayang jaga anak kita dengan baik ya bila abang sudah tiada... Janji dengan abang, didik anak kita dengan penuh kasih sayang. Beritahu dia yang abang minta maaf kerana tiada untuk melihat dia tumbuh membesar menjadi seorang anak yang baik.Mawar cinta hatiku.
Surat ini abang tulus sebelum abang memasuki ruang bedah. Abang ingat abang boleh berjumpa isteri abang sebelum pembedahan berlangsung tetapi abang silap. Abang terlambat, sayang dah pergi dulu tinggalkan abang. Terima kasih kepada Afina yang telah menyedarkan abang walaupun abang tahu abang sudah terlambat. Afinalah yang banyak memberi kata semangat dan dorongan buat abang. Dia yang paksa abang melakukan pembedahan walaupun tahu pembedahan ini mempunyai banyak kemungkinan.Mawar bunga ku
Berkenaan Afina Batrisya, dia cuma kawan abang, kami sudah lama memutuskan hubungan cinta kami sebaik sahaja sayang bersetuju untuk menikahi abang. Percayalah hanya engkau yang ku mahu.Sayang,
Di sini abang sertakan impian sayang yang terakhir. Maaf kerana tidak dapat berinya dengan tangan sendiri. Tapi percayalah ini semua hasil titik peluh abang sendiri. Maaf sebab tidak mampu menemani sayang nantti. maaf... Saya tak mampu bahagia kan isteri sayaAkhir kata,
Menangislah mawar ku jika itu dapat melegakan hatimu. Tapi, Janji pada abang, apabila semua ini berakhir. Mawar akan tersenyum dan teruskan hidup dengan anak kita, Lily Katrina. Sungguh kau istikharah ku juaYang sentiasa mencintai mu
Firas FarhanAir mata mawar Lutfiah mengalir deras. Didalam sampul itu juga terdapat 2 tiket penerbangan untuk ke Makkah.
"Bawa saya jumpa firas, Afina. Saya nak jumpa suami saya... Tolong, tolong" ujarnya lemah di dalam pelukan Afina Batrisya.
"You kuat mawar". Bahu wanita itu diusap lembut.
"Abang... Saya berdosa dengan abang... Saya tinggalkan abang... Saya berdosa abang. Afina bawa saya jumpa abang...
Saya nak minta maaf dari abang... Tolong". Rintihnya sendirian. Afina Batrisya cuba menenangkan Mawar Lutfiah."Ok... Ok. Kita jumpa Firas, tapi awak kena kuat... Awak kemas baju awak dengan Lily. Kita gerak malam ni juga" pujuk Afina Batrisya.
Mawar Lutfiah segera mengangguk. Dilepas rangkul lah Afina Batrisya dna dia berjalan masuk ke bilik.
Dikesan air mata yang berjujuran keluar dan bagasi miliknya diambil.
Beberapa helai pakaian di sumbat ke dalam bagasi. Pakaian Lily turut di kemas.
Anak kecilnya yang sedang tidur di dalam katil bayi itu di kejut perlahan.
YOU ARE READING
Permata Yang Dinanti
Short Story"kahwin dgn pilihan mummy". baru 3 bulan usia perkahwinan mereka, Firas Farhan tega meninggalkan isterinya demi mengejar cita-cita dan impian untuk menyambung pelajaran ke Amsterdam. "Saya kena pergi juga... Saya harap awak tak halang impian saya". ...