Mawar Lutfiah memulas tombol pintu biliknya. Kepala di jenguk ke dalam bilik. Sekeliling bilik pengantin itu di dipandang.
Dia melangkah masuk apabila bilik yang terang benderang itu kosong tidak berpenghuni.
Keluhan lega dilepaskan. Dia berjalan malas sambil mengheret baju songket pengantin yang meleret-leret dan tubuh dihempas ke katil.
"Baik aku mandi tumpang mamat miang tu tak ada". Lama dia merebahkan badan di atas katil baru dia teringat yang dia belum membersihkan diri.
Segera tubuhnya di bawa ke almari baju untuk mencari baju tidur dan mawar Lutfiah berjalan ke bilik mandi.
15 minit selepas itu mawar Lutfiah keluar dengan lengkap berbaju tidur lengan panjang bercorak beruang panda. Rambut dilap dengan tuala yang ada pada tangannya.
"Assalamualaikum" Firas farhan yang muncul dari luar bilik membuatkan mawar Lutfiah terkejut.
"Wa... Waalaikumussalam". Tergagap mawar Lutfiah dibuatnya. Sempat dia mengurut dada dan menghadiahkan jelingan tajam pada Firas Farhan.
"Dah mandi?" Soalnya sambil menghampiri mawar Lutfiah.
Mawar Lutfiah menjongket kening tebal nya. Apa punya soalan mamat ni tanya. Sah-sah dia tengah keringkan rambut. Takkan tak nampak.
"Em... Kenapa?" Soalnya agak cuak apabila Firas Farhan semakin menghampiri.
"Elok sangatlah tu... Jomlah". Jejaka yang berbaju melayu kuning dan berkain pelekat itu terus menghampiri si isteri apabila mawar Lutfiah semakin menjarakkan diri.
Mawar Lutfiah semakin panik apabila Firas Farhan sudah semakin hampir. Wajah tersenyum itu semakin menggerunkan. Takkan seawal ini Firas Farhan mahu menuntut hak nya. Solat maghrib pun dia belum tunaikan.
"Er... Awal lagi..." Jawabnya takut-takut. Dia yang semakin mengundur itu terhenti langkahnya apabila belakang badan melekat pada almari pakaian. Pantas Firas Farhan mengepung mawar Lutfiah dengan tangan.
"Awal apanya... Ibu, ayah and semua dah tunggu kita nak berjemaah dekat bawah". Mawar Lutfiah terkedu.
"Hah? Ooo... Solat ingatkan..." Dia tidak jadi sambung ayatnya. Firas Farhan mengecilkan matanya memandang si isteri.
"Yes... Solat maghrib berjemaah... Awak ingat apa?" Soal Firas Farhan dengan senyuman miang.
"Er... Tepi... Saya dah ambil wudhuk" ditolak dada bidang Firas Farhan yang berlapik baju itu. Dengan gelabah mawar Lutfiah mencapai telekung di penyangkut dan menyarung telekung pada tubuhnya.
Firas Farhan ketawa. Mawar Lutfiah mengutuk diri sendiri sambil memakai kain telekung dan menyangkut tualanya.
"Sayang... Cepat nanti waktu maghrib habis... Hal yang sayang teringin sangat tu malam nanti lepas Isyak kita settle". Sakat Firas Farhan sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik tidur itu. Dia mesin berdiri di hadapan bilik sambil memandang mawar Lutfiah.
Membuntang mata mawar Lutfiah. Dia segera berjalan melintasi si suami tanpa menoleh. Laju dia berjalan turun menuju ke bilik solat yang berada di tingkat bawah.
_________
Mawar Lutfiah kehulu-kehilir dihadapan pintu bilik yang tertutup rapat. Kuku digigit sambil berfikir.
"Adik. Tak tidur lagi?". Tersentap mawar Lutfiah dengan suara garau milik abangnya.
"Eh. Along. Tak tidur lagi?" Pertanyaan si abang di balas soalan juga.
Luth Muaz menutup pintu biliknya dengan perlahan dan menghampiri mawar Lutfiah.
"Abang dah tidur... Ni bangun haus... Nak pergi minum dekat bawah... Ni adik tak masuk bilik lagi kenapa?" Soalnya sambil menjongket kening. Mawar Lutfiah tersengih tawar.
YOU ARE READING
Permata Yang Dinanti
Short Story"kahwin dgn pilihan mummy". baru 3 bulan usia perkahwinan mereka, Firas Farhan tega meninggalkan isterinya demi mengejar cita-cita dan impian untuk menyambung pelajaran ke Amsterdam. "Saya kena pergi juga... Saya harap awak tak halang impian saya". ...