9

2.4K 74 1
                                    

"mana baju Melayu awak? Saya nak Ironkan". Soal mawar Lutfiah sebaik sahaja masuk ke kamar selepas mengemas meja makan sarapan tadi.

"Dalam beg tu... Ambil je warna apa-apa". Jawab Firas Farhan tanpa berganjak dari katil. Bibir dijuihkan kearah beg pakaiannya di sebelah almari baju milik mawar Lutfiah yang besar gedabak itu. Mata tidak beralih dari telefon.

Mawar Lutfiah muncung melihat reaksi suaminya. Perlahan-lahan langkah diatur ke beg itu. Dia belum sempat menyusun baju suaminya ke  dalam almari.

Terdapat tiga helai baju melayu. Diambil baju berwarna hijau zamrud itu.

"Memang takde seluar ke?" Soalnya apabila diselongkar beg itu tiada seluar baju melayu. Hanya baju sahaja.

"Abang pakai dengan jeans... Bukan nak gi kahwin kena pakai satu set". Mata tetap tidak dialihkan dari telefon.

Entah apa yang dia buat dengan telefonnya itu. Bini yang cun dekat sini pon tak mahu pandang. Monolog hati mawar Lutfiah.

Mawar kemudian membuka pintu almari baju milik nya untuk mencari baju kurung. Terus sahaja baju berwarna senada warna baju Melayu Firas Farhan diambil.

"Pakai warna sama baru sweet" ujarnya perlahan sambil tertawa kecil.

Dicapai tudung yang bersangkut di bahagian tudung pula. Tudung berwarna kuning cair diambil bagi disesuaikan dengan baju kurung hijau zamrud nya yang mempunyai lace kuning di bahagian bawah baju dan bawah lengan baju.

Dia segera melangkah ke arah bilik iron di bahagian hujung koridor tingkat atas rumah itu. Bilik kecil dimana tempat mereka iron pakaian.

"Adik... Jadi pengapit akak ya..  akak lupa kena ada pengapit" terperanjat mawar Lutfiah dibuatnya.

"Ya Allah... Dah lama hidup akak ni... Terperanjat adik...". Melur Laila tersengih.

"Boleh ya... Please" melur membuat wajah comel.

"Nasib adik pakai hijau zamrud. Kena dengan baju pengantin akak... Warna kuning kan?" Melur Laila mengangguk.

"Laki kau pakai warna apa? Sebab abang Amin pon takde pengapit ni"

"Hijau jugalah sama adik". Balas mawar Lutfiah sambil tangan sibuk menyeterika bajunya.

"Good... Huh. Tak sia-sia akak terjah bilik adik tadi... Nasib tak nampak yang bukan-bukan". Mawar Lutfiah menjeling sekilas.

"Eee... Tak senonoh terjah bilik orang". Melur tersengih.

"Jangan risau... Laki adik tengah main game... Akak tanya adik ke mana dia ckp iron baju... Nasib betul adik dekat sini... Thanks adik. Selamat akak dah ada pengapit". Terang melur Laila.

"Itulah sibuk sangat nak jadi beauty and the beast sampai pengapit lupa". Perli mawar Lutfiah. Memang gaun melur Laila bertemakan princess Disney beauty and the beast.

"Eh budak ni... Dahlah kita nak siap. Nanti mak andam datang" dia terus beredar dari situ. Mawar Lutfiah meneruskan kerjanya.

_________

"Eh... Eh... Kita nak kemana ni? Rumah ayah ikut belah sana" soal mawar Lutfiah apabila kereta jazz milik Firas Farhan terpisah dari rombongan yang menghantar kakaknya tadi.

"Kita nak pergi honeymoon... Tapi abang mampu bawa dalam Malaysia je... Kita gi pulau perhentian". Ujar Firas Farhan yang sedang menumpukan perhatian pada pemanduan nya.

"Tapi saya tak bawa baju".

"Abang dah tolong packingkan baju sayang... Jangan risau yang adik-adik PON abang dah pilihkan". Dikenyit mata sebelah kearah mawar Lutfiah dengan senyuman miang.

Permata Yang DinantiWhere stories live. Discover now