"Saya rindu awak Firas... Yayang ni pun rindu babah dia". Ucapnya sendirian sambil menatap gambar selfie Firas Farhan yang ada di dalam galeri telefon bimbit nya.
"Awa... Jom makan. Ibu dah siapkan makanan ayah pun dah tunggu dekat bawah". Mawar Lutfiah memandang ibunya yang melangkah masuk ke dalam bilik nya.
"Awa tak lapar ibu". Air mata yang jatuh dikesan dengan hujung baju. Daurah melabuhkan punggung di sebelah mawar Lutfiah. Bahu anak bongsunya di usap lembut.
"Jangan macam ni Awa... Kesian anak dalam perut tu". Tangan diletak diatas perut mawar Lutfiah yang sudah semakin membesar itu.
"Hem, jom ibu makan". Diletak telefon bimbit diatas meja dan dia bangun. Daurah turut bangun. Jemari mawar Lutfiah daurah sambut.
"Macam Nilah anak ibu. Kuat, dan dengar kata". Mawar Lutfiah tersenyum tawar.
" Awa tak kuat ibu... Ini hanya lakonan. Hakikatnya Awa lemah, Awa rindu abang". Rintih hantinya sendiri.
Mereka jalan beringin turun dari tangga. Sebelah tangan mawar Lutfiah memaut jemari daurah dan sebelah lagi mengusap anak di dalam perutnya. Sungguh dia berlagak kuat demi sikit kecil di dalam perut ini.
"Saya harap abang baik-baik sahaja di sana... Jangan lupakan saya abang".
Monolog hati kecilnya.__________
Beberapa bulan kemudian...
"Mana Firas Farhan kau ni? Dia tak mahu tengok ke anak kau ni?" Soal Anisah tidak puas hati. Jemari runcing dibawa mengulus pipi gemuk anak mawar Lutfiah.
Mawar Lutfiah tertawa melihat wajah Anisah yang berkerut semacam itu. Gadis ini suka menunjukkan ekspresi muka yang melebih-lebih.
"Jangan marah-marah... Tak elok untuk kesihatan, awak tu baru balik honeymoon". Anisah menjeling rakan baiknya itu.
Inai di jarinya masih merah menandakan dia baru sahaja berkahwin. Dengan siapa? Pasti ramai yang tidak menyangka. Mawar Lutfiah turut tidak menyangka yang Anisah akan bertemu jodoh dengan musuhnya sendiri, Iman Benjamin. Entah bila masa mereka bercinta mawar Lutfiah juga tidak tahu.
"Habis dah husband kau tu menyakitkan hati siapa suruh... Dah dekat setahun dia tak beritahu khabar apatah lagi pulang".
"Aku ingat nak pergi cari abang firas lepas habis pantang ni kalau abang tak pulang raya ni". Anisah melabuhkan punggung pada kerusi yang disediakan.
"Aku teman kau". Terus Anisah menawarkan diri untuk menemani mawar Lutfiah untuk ke Amsterdam.
"Abang iman macam mana?" Soal mawar.
"Ah! Pasal husband aku kau jangan risau... Dia bagi punya". Mawar Lutfiah mengangguk.
"By the way, petang ni aku dah boleh discharge". Ujar mawar Lutfiah teruja. Iyalah sudah 3 hari di hospital naik jemu dia.
"Good... So kau berpantang di mana?" Soal Anisah sambil menongkat dari pada katil mawar Lutfiah.
"Rumah ibulah, senang sikit dekat pun dekat dengan klinik". Anisah mengangguk.
"Eh kau tunggu sini kejap... Aku nak cari husband aku ni, lama benar beli makanan dekat kantin. Takut tersangkut dengan makcik yang menjual dekat kantin tu aja". Anisah bangun dan ingin berlalu sebaik sahaja mawar Lutfiah mengangguk.
Mawar hanya tertawa kecil melihat gelagat Anisah itu.
Anak kita sudah lahir abang... Ibu, ayah, mummy, daddy pun tak tahu abang di mana" pipi anak kecil itu diusap lembut. Comel sahaja wajah putih itu.
_____"Firas Farhan... You kena bagitahu family you... Wife you, about this... You tak boleh sorok benda ni sampai bila-bila". Bengang Afina Batrisya dengan sikap sambil lewa Firas Farhan.
"Takde apa yang harus di beritahu... Mereka tak perlu tahu... Rahsia ni akan tetap tersimpan sampai I bersedia beri tahu mereka". Ujarnya bersahaja tanpa memandang Afina Batrisya yang berpeluk tubuh itu.
"You ni memangkan... I tak mahu timbul masalah di kemudian hari. Bila semua benda ni dah bocor, you pasti menyesal". Firas Farhan tersenyum sahaja.
"Not a biggest problem. I belum bersedia untuk kecewakan family I, untuk lukakan hati mawar Lutfiah. Dia terlampau baik untuk I. I harap dia akan lupakan I". Firas Farhan meraup wajahnya.
"Kalau you tak mahu beri tahu. Biar i sahaja yang buat". Afina Batrisya melabuhkan punggung disebelah Firas Farhan.
"No fina... Don't you dare. Itu akan selesaikan masalah ini sendiri".
"Up to you... You memangkan keras kepala dari dulu". Firas Farhan tersenyum. Pandangan dihalakan ke hadapan. Melihat bunga-bunga indah ditaman ini bersama Afina Batrisya.
__________
"kau yakin ke dia masih ingatkan kau? Entah-entah dia dah ada yang lain... Itu yang dah setahun tak balik".
Sengaja Taufik memanaskan hati mawar Lutfiah."Sebab aku yakinlah aku nak pergi sana cari abang firas". Ujar mawar Lutfiah bersungguh.
"Kau jangan risau afik. Aku ada untuk temankan mawar". Sampuk Anisah pula.
"Aku bukan apa... Aku tak mahu mawar kecewa... Aku tak mahu kau nampak benda yang akan lukai kau". Terang Taufik.
"Kau ni lawaklah afik. Benda apa yang akan buat aku kecewa? Aku akan Bahagialah nampak wajah husband aku". Mawar ketawa kecil sambil mengagah anaknya di atas pangkuan Anisah.
"Okey... Kau pergilah ke taman bunga Berdekatan universiti husband kau jam 6 petang... Dia selalu lepak situ".
Anisah dan mawar Lutfiah berpandangan sesama mereka sambil menjongket kening."Mana kau tahu?". Soal Anisah.
"Kau stalk husband aku ke?" Soal mawar Lutfiah pula.
"Kan aku dah cakap aku kenal mereka dulu dari kau". Taufik terus bangun dari duduknya dan berlalu pergi.
Anisah jongket bahu apabila mawar Lutfiah menjongket kening sebelah kearahnya.
"Bila kau nak pergi cari husband kau?" Soal Anisah.
"Maybe next week". Sebab lusa Lily ada check up untuk umur 5 bulan". Anisah mengangguk.
"Okey... Abang Iman follow kita juga tau. Sebab lepas je kau jumpa husband kau aku dengan abang Iman. Nak kena fly ke dubai, kita orang terus menetap dekat sana... Maybe 4 to 5 years". Mawar Lutfiah terlopong.
"Alah... Kau nak tinggal aku juga ke?" Soalnya dengan nada sedih. Sudahlah Rasyidah dan wani jarang berhubung dek kekangan masa belajar. Jumpa pun setahun sekali ketika waktu raya.
"Aku tak boleh buat apa... Abang iman kena jaga syarikat yang dekat sana... And kita orang akan tinggal dengan nenek abang iman... Aku takkan lupakan kau mawar... You are my best bestfriend ever". Terang Anisah. Didakap tutuh kecil itu. Mereka berpelukan.
"I will miss you... Lily pun mesti rindu aunty Nisah dia yang banyak mulut ni". Anisah mencubit lembut pipi gebu Lily.
"Aunty PON akan rindu dengan budak bambam ni". Lily tertawa apabila di sakat Anisah. Mawar Lutfiah tersenyum.
YOU ARE READING
Permata Yang Dinanti
Historia Corta"kahwin dgn pilihan mummy". baru 3 bulan usia perkahwinan mereka, Firas Farhan tega meninggalkan isterinya demi mengejar cita-cita dan impian untuk menyambung pelajaran ke Amsterdam. "Saya kena pergi juga... Saya harap awak tak halang impian saya". ...