12

2.4K 82 0
                                    

Hari ini mood mawar Lutfiah terlebih baik. Usai sahaja menunaikan solat subuh dia turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan.

"Sayang masak apa?". Soal Firas Farhan sambil memeluk mawar Lutfiah dari belakang. Terperanjat mawar Lutfiah yang sedang membasuh udang.

"Abang. Baik lepas saya nak buat kerja ni". Mawar Lutfiah pura-pura marah. Tangannya lincah mengasingkan kepala udang dengan badannya. Di biarkan tangan Firas Farhan yang masih memeluknya.

"Garangnya sayang abang ni... Sudahlah wangi-wangi ni". Di sedutnya tudung sarung yang tersarung pada kepala si isteri.

Mawar Lutfiah menegliat kegelian.

"Ehem!" Terlepas pautan pada pinggang mawar Lutfiah. Kedua-dua mereka menoleh. Wajah mawar Lutfiah sudah membahang.

"Amboi... Sakan adik ni. Dekat dapur pun boleh jadi". Lagi merah wajah mawar Lutfiah dibuatnya.

"Eh. Apalah akak ni... Mana ada". Gelabah mawar Lutfiah dibuatnya. Firas Farhan tersengih.

"Apa pasal ni". Muncul amin dari belakang.

"Ada orang buat drama pagi-pagi ni... Yelah. Esok dah mula puasa... Dah tak boleh buat drama macam ni". Melur Laila tertawa. Amin memandang adik ipar bersama suaminya silih berganti.

"Eh. Mana ada... Akak pun sama. Adik nampak semalam dekat buaian". Terus mawar Lutfiah memecahkan rahsia itu. Terus melur Laila terdiam.

"Oh! Kantoi. Cakap orang". Kini giliran Firas Farhan pula ketawa.

"Mana ada!". Terus dia meluru ke arah mawar Lutfiah dan dicubit manja lengan adiknya.

"Aduh!" Dibalas cubitan si kakak.

"Adik masak apa ni?" Soal Malik yang masuk ke dapur. Dia jalan beriringan dengan Si isteri.

"Eh ayah... Adik nak masak mee je". Hilang segala lamunan mawar tadi.

Lamunan yang mengingatkan perkelahian kecil dia dan kakaknya sebulan lepas. Gaduh-gaduh manja katanya kerana hampir sebulan tidak berjumpa disebabkan melur Laila menetap di rumahnya bersama amin.

"Tersengih sengih ni ada apa-apa ke?" Soal daurah pula.

"Takde apa... Semalam abang Firas call". Daurah tersenyum. Patutlah anaknya happy semacam.

"Meh ibu tolong". Dia ambil kuali dan diletakkan diatas dapur.

"Takpe. Ibu dengan ayah duduk dekat meja makan... Harini sarapan biar  adik masak. Lagipun bakeri  tutupkan harini". Daurah mengalah. Dia melangkah ke luar dari dapur bersama suaminya apabila mawar Lutfiah menolak lembut tubuh tua itu keluar dari dapur.

Tersenyum kedua-dua mereka melihat wajah ceria anak bongsu itu.

_________

"Weh! Tak mahu sambung belajar ke?" Soal Anisah sambil menghirup jus delima yang mawar Lutfiah hidangkan.

"Em. Aku kalau sambung pon mungkin hujung tahun... Bakeri ibu aku takde siapa yang boleh ganti tempat kak Ina". Sepotong kek red velvet diletakkan ke dalam piring lalu dihulurkan kepada Anisah

" Ye tak ye juga... Aku nak tolong pon aku mana pandai buat kek and cookies ni". Ujar Anisah sambil menyambut huluran dari mawar Lutfiah. Di masukkan sepotong kecil kek itu ke dalam mulut menggunakan garfu kecil yang terdapat di sebelah kek.

"Kau tanya aku. Engkau asal tak sambung... Wani, rashidah semua sambung". Anisah mengeluh perlahan. Dia menatap wajah mawar Lutfiah yang sedang memandang nya.

"Kau tahu kan family aku macam mana. Aku tak sampai hati nak susahkan ibu aku. Biarlah aku kerja bantu ibu aku besarkan adik-adik aku". Mawar Lutfiah memandang simpati kearah rakan karibnya itu.

Bukan dia tidak tahu masalah yang dihadapi Anisah. Ibunya seorang ibu tunggal yang menyara 5 orang anak peninggalan arwah suaminya. Anisah yang sulung. Walaupun mereka tinggal di Kuala Terengganu. Kawasan ini boleh tahan tinggi kos sara hidupnya.

Bukan tiada yang ingin memperisterikan wanita itu tetapi ditolaknya dengan alasan ingin menumpukan perhatian kepada anak-anak dan dia masih tidak boleh melupakan suaminya yang sudah meninggal dunia.

"Tapi takkan kau nak kerja jadi kerani je sampai tua?" Soal mawar Lutfiah.

"Habis dengan kelayakan aku ni memangnya boleh pergi ke jawatan CEO?" Dijegilkan matanya. Tertawa mawar Lutfiah melihat wajah bulat itu.

"Tak jadi CEO jadi bini CEO pon ok". Gurau mawar Lutfiah sambil menghirup sedikit jus delima.

"Ok gak tu... Boleh aku bergaya sana sini dengan beg Gucci ke, Channel ke". Dia turut tertawa.

Langsung tidak masuk akal dia akan berkahwin dengan CEO syarikat. Entah-entah CEO itu sudah berbini dua. Sudahlah tua. Haish! Mintak simpang. Monolog hatinya.

Meremang pula bulu roma apabila membayangkan lelaki tua itu.

"Seriuslah kau nak... Bukan CEO kau tua ke?"

"Kau ni. Aku melawak sahaja. Tak kuasa aku".

"Cis! Mati-matian aku ingat kau serius". Anisah menjeling rakannya itu. Memang tak lah dia nak kahwin dengan suami orang, tua pula tu.

_________

"Abang. Panggilnya meleret sebaik sahaja video call itu di jawab. Terpampang wajah bersih milik Firas Farhan yang sedang berbaring santai diatas katil.

"Sayang. Buat apa tu? Rindulah... Awak makin berisi sahaja abang tengok". Ujarnya membuatkan mawar Lutfiah bangun membelek-belek tubuhnya dihadapan cermin.

"Mana ada gemuk... Saya masih kurus ok". Dimuncungkan bibir tanda merajuk.

"Yeke? Bulat sahaja pipi tu. Makan tak control ya?" Mawar Lutfiah mengambil kembali telefon yang di dirikan di atas almari make up dan berjalan ke katil.

"Entahlah. Selera sangat makan. Tambah-tambah dekat bakeri... Kalau boleh semua kek nak masuk mulut ni". Ujarnya jujur. Mawar Lutfiah meniarap diatas katilnya.

"Hem. Patutlah. Habislah nanti badan naik". Mawar Lutfiah mencemikkan wajahnya macam orang yang hendak menangis.

"Kalau orang gemuk abang dah tak sayang ke?" Soalnya dengan suara sedih mengundang tawa Firas Farhan.

"Ya Allah sayang. Awak gemuk pun abang sayang. Sayang sangat". Firas Farhan mengiring ke kiri apabila rakan sebiliknya masuk ke dalam bilik. Risau lelaki itu terlihat aurat isterinya yang tidak bertudung itu.

"Betul ni sayang? Jangan nak pasang lain pulak dekat sana". Mawar Lutfiah mengecilkan matanya. Firas Farhan terkedu sebentar.

"Tak sayang. Abang setia ok". Ujarnya selepas agak lama berdiam diri.

"Abang macam mana study dekat sana?" Mawar Lutfiah mengubah topik.

"Ok... Best sangat walaupun baru start kelas... Tapi mungkin akan busy banyak assignment and aktiviti". Terang Firas Farhan.

"Abang... Rindu". Ucapnya manja. Di usap skrin telefon yang memaparkan wajah suaminya

"I miss you too baby". Firas Farhan merapatkan skrin telefon ke mulut. Ucap Firas Farhan berbisik. Segan pula kalau rakan sebiliknya dengar.

Mawar Lutfiah tertawa kecil. Senang hati dia mendengar luahan lelaki itu.

Tuhan aku sudah jatuh cinta. Jerit hati mawar Lutfiah.

Mereka berbual sehingga waktu maghrib tiba. Macam-macam yang dibualkan.

Permata Yang DinantiWhere stories live. Discover now