4

2.6K 78 0
                                    

Firas Farhan mendengus geram. Dari tadi telefon kesayangan nya itu asyik berdering dan panggilan dari orang yang sama.

"Hello... Nak apa?" Soalnya dingin.

"Mummy suruh pergi butik... Untuk ambil ukuran baju... Lagi 2 minggu majlis kan". Kedengaran suara di sebelah sana menjawab dengan bosan.

"Alah aku malaslah... Busy... Banyak kerja". Sengaja dia memberi alasan padahal dia sedang bersantai di pejabat.

Ya, Firas Farhan bekerja sementara di syarikat ayahnya sebagai kerani sebelum menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Mula-mula dia tidak mahu bekerja di situ sebagai kerani kerana dia merupakan anak pemilik syarikat. Malu katanya. Tetapi disebabkan ketegasan Wasim dia beralah juga.

"Ok... Nanti saya bagi tahu mummy awak busy... mana tahu mummy boleh tolong ukurkan saiz baju awak". Perli mawar Lutfiah. Malas hendak bertegang urat segera panggilan dimatikan.

"Weh! Hello! Hello!" Firas Farhan menatap telefonnya.

"Hai budak ni menempah maut... Aku jumpa siaplah." Bebelnya sambil mendail kembali nombor milik tunangnya itu.

Beberapa saat kemudian panggilan disambung.

"Nombor yang anda dial malas nak bercakap dengan anda". Sengaja mawar Lutfiah membuat dialog begitu.

"Kau jangan nak main-main... Kau siap cepat... Lagi setengah jam aku sampai rumah kau... Awas kalau tak siap lagi". Firas Farhan memberi arahan.

"Eh! Kata busy... Saya tak mahulah ganggu awak yang busy memanjang tu". Membulat mata Firas Farhan mendengar perlukan mawar Lutfiah.

"Amboi makcik sorang ni... Cari gaduh ke? Siap cepat... Takde masa aku nak layan perlian kau". Mawar Lutfiah mencebik. Menyampah. Belum kahwin dah guna kuasa veto.

"Takpayah ambil saya... Kita jumpa dekat butik je... Saya pergi sendiri... Lagipun lepas gi ambil ukuran badan saya nak ke tempat lain." Terang mawar Lutfiah.

"Eh! Kau nak kemana pula? Nak dating ya? Baik kau putuskan hubungan kau dengan lelaki lain sebelum aku pancung dua-dua". Tuduh Firas Farhan melulu.

"Amboi sedap mulut... Sukahati sayalah... Dah bye-bye... Jumpa dekat butik lagi sejam... Assalamualaikum".

Klik!

Panggilan dimatikan sebelum sempat Firas Farhan membalas. Akhirnya Firas Farhan bengang sendiri. Ditumbuk-tumbuk angin bagi melepaskan geram.

Sementara di rumah, mawar Lutfiah ketawa mengejek. Segera dia bangun menuju ke almari untuk mencari baju.

Setelah mencapai sepasang baju kurung moden berwarna coklat lembut bermotif bunga kecil berwarna merah dia ke bilik air yang terdapat di dalam biliknya.

_________

"Ehem!" Mawar Lutfiah yang sedang melihat katalog Pakaian pengantin itu menoleh. Kelihatan wajah milik Firas Farhan. Dia tersenyum sinis sebelum membuka kaca mata hitam yang tersangkut-sangkut di hidungnya.

"Apa ehem-ehem... Pergi ukur badan sana... Lambat". Balas mawar Lutfiah sombong. Dia kembali membelek katalog di tangan. Malas mahu melayan tunangnya itu.

"Hekeleh! Berlagak". Terus Firas Farhan berjalan meninggalkan mawar Lutfiah yang sedang bersenang lenang di atas sofa.

Firas Farhan sudah biasa dengan butik ini kerana ianya milik Humaira. Jadi dia kenal semua pekerja yang ada di sini.

"Hai Abang Ray... Lama tak jumpa" sapanya mesra. Ray yang sedang mencatat sesuatu pada buku catatan di kaunter mengangkat wajah.

"Eh... Hai Firas... Datang nak ambil ukuran badan ya?" Soalnya. Pen ditangan diletakkan dan tali tape yang tersangkut di leher di ambil.

"Haah... Mana tau". Soalnya sambil berdiri tegak apabila ray mengambil ukuran pada bahu dan keliling dadanya.

"Buat-buat tanya pula... Tu... Tunang kamu dah datang awal tadi... Si dini ambilkan ukuran badan dia". Mulut dijuihkan pada Mawar Lutfiah yang sedang duduk bersilang kaki di sofa.

"Excited dia tu". Ray ketawa perlahan.

"Amboi... Awak tu tak excited ke? Muka berseri-seri je abang tengok... Maklumlah dapat tunang cun". Firas Farhan mencebik.

"Hem... Cun lah sangat... Cun lagi makcik Temah yang meniaga kuih dekat pasar malam tu".

"Hey... Firas... Firas... Nak puji tapi malu ya... Takpe... Abang faham".
Ketawa ray apabila melihat jelingan maut Firas Farhan.

"Dah siap... Pergi duduk sana... Kita fikir design baju pula". Firas Farhan berjalan menuju ke sofa dimana mawar Lutfiah duduk tadi.

Sementara ray mengambil kertas A4 dan pensil untuk melakar.

Dini yang baru muncul dari pantry sambil menatang dulang berisi 4 mug turut melabuhkan punggung di sebelah mawar Lutfiah.

Hampir sejam mereka membincangkan warna jenis kain dan design untuk 3 pasang baju.

Sempat jugalah mawar Lutfiah dan Firas Farhan bertegang urat kerana berlainan cita rasa.

Bila mawar Lutfiah memilih tema akad nikah mereka warna putih Firas Farhan mahukan warna silver.

Bila Firas Farhan mahu pakai tuxedo sewaktu majlis bertandang dirumah pengantin perempuan, mawar Lutfiah mahu memakai songket sepasang.

Sorang mahukan tema tradisional dan sorang lagi mahukan tema garden

Penat ray dan dini menenangkan mereka. Dan akhirnya pilihan dibuat dengan bantuan ray dan dini.

________

"Akak". Terhinjut2 bahu Melur Laila apabila disergah si adik dari belakang.

"Haish... Budak ni... Nak kena cucuk dengan dawai bunga ni ke?" Soalnya sambil menyuakan dawai yang ada pada bunga Ros plastik itu.

"Huhuhu... Tak nak. Akak... Tak sangka kan... Minggu depan kita sama-sama naik pelamin". Katanya. Pantas mawar Lutfiah mencapai bunga dan hantaran yang masih belum di gubah.

"Hem... Itulah akak PON tak sangka akan naik pelamin sama-sama dengan adik". Tangan melur Laila giat mengubah hantaran.

Melur Laila bertunang dengan pilihan hatinya pada tahun lepas dan akan bernikah pada minggu depan. Jadi, daurah dan suami bercadang untuk menyatukan mawar Lutfiah bersama Firas Farhan minggu depan juga agar memudahkan kerja.

"Adik takutlah kak... Takut apa yang akak cakap masa hari pertunangan adik tu berlaku". Terhenti kerja melur Laila. Dia berpusing ke kiri menghadap adiknya di sebelah.

"Takde apalah... Perasaan adik je... Orang kalau nak kahwin memang macam tu... Akak PON pernah beberapa kali nak putuskan pertunangan akak dengan abang Amin tu... Lagipun... Ending yang akak cakap tu kan happy ending... So jangan risau ok". Pujuk si kakak. Mawar Lutfiah kemam bibirnya.

"Kalau berlaku benda yang tak sepatutnya macam mana?" Soalnya lurus.

"Jadi janda mudalah adik". Seraya itu mawar Lutfiah menampar bahu Melur Laila dengan kuat.

"Apa akak ni". Marahnya. Melur Laila ketawa sambil menggosok bahunya. Perit juga rasanya.

"Akak melawak sahaja... Takde apalah... budak Firas tu baik orangnya". Dia kembali menyambung kerjanya yang tergendala.

"Hem". Mawar Lutfiah turut membantu kakaknya mengubati hantaran si kakak.

Hantaran milik mawar Lutfiah sudah siap di gubah dan disimpan di bilik tidurnya.

Permata Yang DinantiWhere stories live. Discover now