11

2.4K 82 0
                                    

Firas Farhan tersenyum kearah seorang gadis yang melambainya. Dia menghampiri gadis itu dan melabuhkan punggung di sebelahnya.

"So dah ready ke Amsterdam?" Soal si gadis dengan kening yang di jongket sebelah.

"Hem. Maybe". Ucap Firas Farhan tanpa memandang si gadis. Tali pinggang keselamatan dipakai.

"Why? You fikiran mawar Lutfiah ke?". Firas Farhan memandang wajah cantik itu.

"No... I'm just..."

"It's okey... Tak perlu terangkan apa-apa... Sekarang kita kena fikirkan hidup kita yang akan datang dekat Amsterdam nanti. Our study, our life. Hope you enjoy you moment".

"Yeh. You too Afina". Mereka memandang ke hadapan apabila pesawat hendak bergerak.

Ya. Afina Batrisya ke Amsterdam bersama sama Firas Farhan. Mereka menyambung pelajaran di universiti yang sama dan masih berhubung tanpa pengetahuan mawar Lutfiah atau sesiapa pun.

__________

"Kenapa sayang abang ni blushing". Soal Firas Farhan tanpa menghentikan gerak tari mereka. Mawar Lutfiah menundukkan wajahnya. Malu bertentangan mata dengan mata milik suaminya.

"Abang! Jangan pandang macam tu... Seganlah". Ucapnya tersenyum malu. Mereka masih menari mengikut irama romantik itu.

"Mata ni taknak lepas dari pandang sayang... Lawa sangat". Bisiknya pada telinga Mawar Lutfiah. Di cium sebentar telinga wanita yang terdedah itu.

"Baju abang beli ni cantik sangat". Mereka sama-sama menatap gaun kembang yang tersarung pada badan mawar Lutfiah. Memang sesuai dengan tubuh ramping milik mawar Lutfiah. Rambut yang disanggul tinggi dan agak sedikit messy itu menambahkan lagi kejelitaan mawar Lutfiah.

"Sayang pakai apa pun cantik". Ucapnya romantik. Meremang bulu roma mawar Lutfiah apabila Firas Farhan menariknya lebih rapat.

"Sweet talker lah abang ni... Menyampah... Saya tak sangka abang boleh menari".

"Jangan pandang abang sebelah mata. Abang dulu sekolah masuk pertandingan menari tarian zapin tau". Tertawa kecil mawar Lutfiah dibuatnya.

"Kalau saya ada 10 mata... Sepuluh-sepuluh saya akan gunakan untuk pandang abang". Tertawa Firas Farhan dengan lawak mawar Lutfiah.

"Hem. Tahu abang hensem sangat. Memang tak dapat di tandingi kan? Ni abang tak sangka sayang abang yang bertudung labuh ni boleh menari". Ujarnya.

"Saya selalu praktis dengan mop and penyapu time kemas rumah... Hihihi".

Malam mereka habiskan di dalam chelat sahaja. Berjam-jam masa dihabiskan dengan menari bersama hati yang bahagia.

"Mawar... Termenung apa tu? Kita dah sampai". Ucap daurah mengembalikan mawar Lutfiah ke alam realiti.

Mawar Lutfiah memandang ibunya yang menoleh ke belakang. Kepala di gelengkan.

"Nothing... Teringat moment best dgn abang Firas". Dia mengukirkan senyuman tawar. Daurah menggeleng kepala.

"Dah. Jom keluar. Lambat pula kita nak masak tengah hari". Mawar Lutfiah mengangguk. Terus pintu kereta di buka dan mereka bertiga keluar dari perut kereta.

Mawar Lutfiah tinggal bersama ibu bapanya sehingga Firas Farhan habis belajar.

Namun dia akan pulang kerumah ibu bapa mertuanya setiap hujung minggu dan apabila mempunyai kelapangan kerana dia bekerja sementara menjaga kedai kek ibunya yang terletak tidak jauh dari rumah.

_________

Firas Farhan dan Afina Batrisya berjalan beriringan keluar dari airport. Mereka segera melangkah pada seorang lelaki yang memegang manilakat saiz A3 yang tertera nama Firas Farhan.

Permata Yang DinantiWhere stories live. Discover now