Gambar di atas meja belajar dicapai dan dikeluarkan dari frame gambar. Ditatap lama gambar itu.
"Maafkan abang". Gambar itu di pegang kuat. Firas Farhan termenung jauh.
"Ha! Buat apa tu". Mawar Lutfiah yang membelakangi Firas Farhan terus memusing tubuh menghadap suaminya. Kertas ditangan segera dibawa ke belakang tubuh untuk disembunyikan.
"Mana ada buat apa-apa... Awak pergilah mandi nanti lambat". Mawar Lutfiah ingin mengundur ke belakang tetapi dihalang oleh meja.
"Bagi abang tengok dulu apa yang awak tulis dekat kertas itu". Tangan dihulur tanda meminta kertas yang mawar Lutfiah sorokkan.
"Tak boleh... Awak pergi mandi. Solat subuh pergi cepat". Ditahan tubuh Firas Farhan yang semakin mendekat dan mengepungnya.
"Bagi abang tengok cepat". Direbut kertas itu.
Mawar Lutfiah ternganga. Kertas ditangannya terkoyak dua. Dan separuh dari kertas itu sekarang ada di tangan Firas Farhan.
Mawar Lutfiah segera merenyuk kertas ditangan dan di buang ke dalam tong sampah bersebelahan meja. Dia cuba merebut kertas di tangan Firas Farhan namun gagal kerana lelaki itu mengangkat tinggi kertas tersebut.
"Awak. Bagilah". Mawar Lutfiah merengek. Malulah dia jika Firas Farhan baca apa yang dia tulis.
"My dream... First, solat subuh berjemaah dengan husband". Firas Farhan memandang isterinya. Kertas masih di angkat tinggi. Nasib lah mawar Lutfiah rendah.
"Second, menari dengan husband". Direnung mawar Lutfiah dengan senyuman nakal. Merah padam muka mawar Lutfiah dibuatnya.
"Awak bagilah". Hendak menangis mawar Lutfiah dibuatnya.
"Ke tiga, hug and kiss my husband every morning". Firas Farhan tertawa.
"Eeee... Tak baiklah baca orang punya Secret". Dada Firas Farhan di pukul lembut.
"So... May I have my morning hug and kiss now?" Mawar Lutfiah melarikan diri. Firas Farhan terus mengejar langkah isterinya itu.
"Janganlah kejar saya". Terjerit mawar Lutfiah dibuatnya. Seram pula dia dengan suaminya sendiri.
"Hey! Bagi cepat". Kertas di simpan di dalam poket seluar track shut.
Mawar Lutfiah segera berlari ke luar bilik dan Firas Farhan tidak jadi mengejarnya.
"Weh. Jom lunch". Hilang segala lamunan Firas Farhan dibuatnya. Iman yang muncul di muka pintu di pandang.
"Kau pergi dulu. Nanti aku datang". Iman mengangguk tanpa banyak soal. Pintu kembali di tutup.
Gambar ditangan diletakkan di atas meja belajar sebelum dia bangun meninggalkan bilik.
___________
"Tahniah. Puan mengandung 5 bulan". Mawar Lutfiah seperti tidak percaya.
"Tapi saya tak ada alahan apa-apa. Cuma tak period sudah lama and badan naik". Period yang tidak datang hampir 5 bulan itu membuatkan mawar Lutfiah ke klinik.
"Tak semua orang akan dapat alahan ketika hamil, puan beruntung kerana tiada apa-apa alahan, mual-mual... Ini resit ubat, saya bagi vitamin dan boleh datang bulan depan untuk check up". Mawar Lutfiah mencapai kertas yang dihulurkan dan bersalaman dengan doktor wanita itu.
"Terima kasih doktor". Doktor itu tersenyum dan mengangguk. Dia melangkah keluar sambil mengusap perutnya yang agak membuncit ke hadapan.
"Terima kasih yang Allah". Ujarnya perlahan. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
Mawar Lutfiah berjalan keluar dari klinik dengan hati yang gembira sebaik sahaja mengambil ubat di kaunter.
Beg tangan diselongkar sebaik sahaja pintu kereta di kunci dan enjin di hidupkan.
Telefon bimbit dijumpai dan pantas nombor Firas Farhan didailnya.
Namun hampa panggilan dijawab operater telefon.Mawar Lutfiah masih lagi cuba menelefon suaminya namun masih tidak berjawab.
"Mana abang ni" hatinya sudah resah. Hampir 10 kali didail nombor yang sama namun masih tidak dijawab.
"Abang, angkatlah fon. Saya ada berita gembira ni" akhirnya mawar Lutfiah mengalah. Dia kembali menyimpan telefon ke dalam beg dan memulakan pemanduannya.
"Mungkin abang busy" disedapkan hatinya.
__________
"Nisah... Janganlah merajuk dengan aku... Tengok ni aku bawakan kek tiramisu cheese special buat kau". Anisah masih tidak memandang mawar Lutfiah yang duduk disisinya.
"Sampai hati kau kan. Kau tahu kan aku tak suka dia... Asal kau tak bagi tahu awal-awal yang CEO baru tu lelaki itu". Dia memeluk tubuh. Mawar Lutfiah meletakkan kotak kek diatas meja di ruang tamu rumah Anisah.
"Alah... Kalau aku bagi tahu mesti kau tak datang... Malaslah aku. And aku ingat kau dah lupa pasal lelaki tu".
"Aku takkan lupa dia. Dia sudahlah memalukan aku depan khalayak ramai. Menyakitkan hati sahaja".
"Alah! Jangan merajuk benda dah lepas. Abang iman pun tak ingat kau. So, chill lah... Jangan merajuk, sian anak aku aunty dia merajuk dengan mama dia". Perut mawar Lutfiah usap perlahan. Kandungannya yang baru menginjak ke usia 5 bulan itu sudah kelihatan benjolan nya.
"Kau sengaja gunakan anak kau kan... Haish! Tak jadi marah lah kalau baby yang pujuk". Perut mawar Lutfiah, Anisah pegang.
"Yeh! Kau dah tak merajuk, jom makan kek. Sedap aku buat ni". Mawar Lutfiah memuji dirinya sendiri. Kotak kek bersaiz beras itu di buka.
"Kejap aku ambil piring dengan air". Anisah bangun dan berjalan ke dapur.
"Okey... Adik-adik. Jom makan". Sempat lagi mawar Lutfiah mempelawa adik-adik Anisah yang sedang menonton televisyen berhampiran tempat duduknya.
Mereka bangun dan mengelilingi mawar Lutfiah. Masing-masing excited untuk menjamah kek yang dibuat mawar Lutfiah.
__________
Beberapa bulan kemudian...
"Mana perginya Iyas ni abang... Dah dekat 5 bulan tak call kita, mawar tu dah nak bersalin". Pening Humaira dibuatnya.
"Abang tak tahu nak cakap macam mana? Mawar pun tak dapat apa-apa khabar ke dari Iyas tu?" Soal wasim. Dia juga pelik kenapa anaknya tiba-tiba menghilangkan diri dari mereka.
"Mawar pun dah lama tak contact dengan Iyas abang. Ini yang saya risau ni... Itulah saya tak bagi dia pergi nak pergi juga". Humaira melabuhkan punggung sebaik sahaja selesai menghidang makan tengah hari buat mereka bertiga.
"Macam mana keadaan menantu awak tu?" Wasim menukar topik.
"Macam tulah... Masih lagi tersenyum and ceria. Tapi saya tahu dalam hati dia rindukan suami dia". Humaira mengeluh perlahan. Terbayang wajah ceria menantunya itu.
"Saya tahu mawar kuat orangnya. Tak mudah patah semangat".
"Geram saya dengan iyas... Jagalah nanti dia balik, saya tak bagi dia balik Amsterdam dah... Duduk sana lupa tanah air sendiri". Bebel Humaira. Wasim hanya menggeleng melihat teletah isteri yang dia cintai itu.
Faham benar dengan perangai isterinya itu, dia tahu Humaira rindukan Firas Farhan. Tambahan pula lelaki itu anak tunggal mereka.
Wasim turut merindui anak lelakinya itu. Rindu teletah manja Firas Farhan. walaupun sudah besar Firas Farhan masih manja bagaikan budak berusia 10 tahun
YOU ARE READING
Permata Yang Dinanti
Short Story"kahwin dgn pilihan mummy". baru 3 bulan usia perkahwinan mereka, Firas Farhan tega meninggalkan isterinya demi mengejar cita-cita dan impian untuk menyambung pelajaran ke Amsterdam. "Saya kena pergi juga... Saya harap awak tak halang impian saya". ...