A story from me to you.
Your votes and comments I will really appreciate it.
Really miss that moments.Up10tion/X1 Kim Wooseok as himself
Jeon Somi as you/readers[ 한 걸음, 두 걸음]
One step, two step20 Oct
"Yoojung, kau tak tahu ke apa yang dia suka? " tanya Somi sambil menghirup Cocoa Smoothie with Oreo miliknya.
"Hoi. Tak kan tu pun kau tak tahu? Kau ni hidup dengan mana? Selama ni kau hidup dalam gua eh? Yaishh. Benda senang pun tak boleh cari sendiri? Phone canggih iPhone 11 pro bagai tak nak guna. Apa function kau beli mahal-mahal, tapi tak reti guna. Kalau tak reti, baik bagi aku je. Kau pulak pakai phone samsung cikai aku-" kata-katanya Yoojung dipotong Somi.
"Aku datang jumpa kau bukan nak dengar kau membebel. Aku datang sini, nak cari penyelesaian. Bukan serabutkan lagi kepala otak aku. " marah Somi tidak puas hati.
"Aku tak suruh pun kau datang sini. Kau yang nak datang. "
"Eyy. Buat sakit hati aku je cakap dengan kau ni. " Somi berpura-pura untuk beredar.
"Alah wei. Janganlah pergi. Nanti aku alone dekat sini. "
"Tahu pun. Cepatlah bagitahu apa yang dia suka. "
"Aku tak tahu. Aku bukan 24/7 dengan dia. " balas Yoojung lalu memberi pandangan kau cari lah sendiri.
Pada ketika itulah bunyi loceng daripada arah pintu kedengaran menunjukkan ada pelanggan datang.
Sepantas mungkin Yoojung meninggalkan Somi.
"One dozen of Cookies and Cream macarons, please? And a cup of Hot Chocolate. " pinta pelanggan itu selepas meneliti menu Beverages yang tertampal di bahagian atas dinding cafe tersebut.
"Baiklah, Encik Kim. Sebelum tu, kami ada buat kotak khas untuk muatkan sedozen Macaroons. Agak-agak Encik Kim berminat tak? " tanya Yoojung.
"Hoi! Patutlah macam pernah dengar suara ni. Kau rupanya Yoojung. " kata pelanggan itu girang.
"Amboi kau. Sejak jadi idol, lupa kawan eh kau? " balas Yoojung sambil menyiapkan pesanan minuman Encik Kim.
"Tapi, sebelum ni, bila aku datang sini, tak pernah pula nampak kau kerja sini. Kau staff baru ke? " soal Encik Kim lagi sambil melihat-lihat isi cafe itu.
Matanya tertumpu kepada seorang gadis yang sedang termenung ke arah luar cermin sambil mendengar lagu melalui earphone pink miliknya.
Yoojung yang memanggil Encik Kim tapi tak disahut, cuba melihat apa yang dilihat oleh Encik Kim. Selepas mengenal pasti, dia tersenyum kecil.
"ENCIK KIM! " akhirnya, Yoojung terpaksa menjerit sedikit. Nasib di cafe hanya ada Somi dan Encik Kim.
"Ya? Kenapa Yoojung? "
"Aku tanya kau ni, macaroons kau ni nak letak dalam kotak normal ke, kotak khas? " tanya Yoojung geram dengan Encik Kim.
"Apa bezanya? "
"Kalau kotak normal, tak ada kad untuk diberikan kepad orang tersayang. Kalau kotak khas, ada kad, reben. Kalau kau nak bagi orang tersayang sesuai lah. Cantik. Tak membosankan. Orang tersayang pun makin sayang kau. " terang Yoojung panjang lebar.
"Aku tanya sepatah, kau jawab berpatah-patah. "
"Macam kenal aku semalam, kan? So, what's your answer? Normal or khas? "
"Kotak khas. Cookies and Cream tau! " Encik Kim mengingatkan Yoojung.
"Ya. Ya. Nak tulis untuk siapa dekat kad ni? "
"김우석. "
Nah,
Random tag;
cutethyng_ MinJung_GyuMo nayrissa
YOU ARE READING
Macarons
Fanfiction❝ Angin malam yang membuatkan dia dan aku bertemu kembali.❞ ✉ language : malay ✉ status : completed ✈ start : 24/O3/2O2O ✈ end : 1O/O4/2O2O © -hvleybby, 2020