19

9 2 0
                                    

Somi segera keluar dan tandas dan bergegas ke hadapan kedai. Takut sekiranya ada pelanggan yang tunggu.

Adiknya, Soyeon bukannya boleh percaya sangat.

Nak mints tolong Yoojung, dia semakin sibuk kerana dapat menyambung pelajarannya di Kyunghee University. Jadi, dia cuba memahami rakannya itu.

Dia berjalan santai sambil memakai kembali apron yang ditanggalkan sebelum masuk ke tandas tadi.

Sebaik Somi sampai dihadapan, dia terdengar suara Wooseok dan suara dua mangkuk hayun sedang bertengkar. Tetapi, disebabkan kedudukan dirinya hampir dengan counter, dia dapat dengan suara Wooseok dengan lebih jelas walaupun samar-samar.

Dan perkataan paling dia dengar ialah study.

"Study apa, Wooseok? " tanya Somi selepas mengambil tempat dihadapan Wooseok.

Wooseok hanya senyum lalu memanggil kedua-dua manusia yang dari tadi bising tidak henti bergaduh.

Nasib hanya dirinya yang ada pada waktu itu. Jika ada pelanggan lain? Mahu jatuh reputasi kedai itu.

"Nae hyung. Wae? " sahut Eunsang sambil menyiku lengan Soyeon disebelah kanannya.

"Tolong hidangkan macaroon yang kita bawa tadi. Then, bancuh nescafè eh? Soyeon boleh tolong dia ni?" Wooseok meminta tolong pada mereka berdua.

Sengaja dia menghalau mereka berdua ke pantry. Ada perkara yang dia nak bincangkan dengan Somi.

"Nae~" balas mereka berdua lalu bergerak ke dapur. Eunsang juga tidak lupa mengambil bungkusan plastic bag yang berisi buah tangan yang dibawa bersamanya tadi.

Sebaik memastikan mereka berdua selamat ke pantry, Wooseok mula berbicara.

"Somi, awak suka saya sejak 11 November 2015 ke? "

MacaronsWhere stories live. Discover now