27 Oct
Somi berjalan masuk ke dalam kawasan yang di tempah khas bersempena fanmeeting boy group popular X1 yang dihasilkan daripada survival show Produce X 101.
'Ramainya fans dia orang. Debut pun tak sampai 3 bulan. Oh ya, Survival Show. ' getus hati Somi sebaik sahaja melihat kepadatan ruang yang disediakan.
Sekurang-kurangnya dia hadir bersama camera canon kesayangannya, maka dia boleh duduk dalam kalangan orang-orang yang duduk dalam barisan kelima dari belakang.
Atleast bukan belakang sekali. シ
Selepas 30 minit, akhirnya X1 keluar dari belakang pentas dengan senyuman melebar seperti watak utama dalam filem Joker.
Gila lah kalau orang bermasam muka bila tengok 100 peminat diri atau kumpulannya.
Ya idok?"Dul Set! Fly High! X1! Annyeonghaseyo, X1 ibnida. " begitulah sapaan mereka yang diketuai oleh leader Han Seungwoo kepada peminat-peminat yang hadir.
Serentak itu juga semua peminat yang ada pada waktu itu mula menjerit suka. Tapi tidak buat Somi.
Dia lebih memilih untuk menambah koleksi gambar Oppa yang diminatinya dari dia bersama kumpulan dibawah naugan TOP Media iaitu Up10tion.
Support juseyo.....
Dimana-mana sahaja berbunyi CLICK!
Kiri kanan depan belakang. Semuanya berbunyi CLICK! Tak termasuk lagi dengan bunyi camera dari handphone peminat yang tak reti silent shutter sound.
Dia juga tidak melepaskan peluang untuk menangkap gambar Lee Hangyul yang telah siap dipesan oleh Yoojung.
Kesian dia. Terpaksa bekerja kerana menggantikan rakan yang tiba-tiba mendapat emergency call dari family.
Akhirnya, Somi terpaksa datang bersendirian. Tapi kesian lah dekat X1. Sepatutnya fans yang datang ada 101 orang, tapi kali ni ada 100 orang je.
![](https://img.wattpad.com/cover/206405031-288-k61794.jpg)
YOU ARE READING
Macarons
Fanfiction❝ Angin malam yang membuatkan dia dan aku bertemu kembali.❞ ✉ language : malay ✉ status : completed ✈ start : 24/O3/2O2O ✈ end : 1O/O4/2O2O © -hvleybby, 2020