"Somi. Minggu depan X1 ada buat mini fanmeet dekat mini stage yang ada dekat Gangnam. Kau tak join ke? " soal Yoojung sebaik sahaja menghidangkan stew kimchi hasil tangan dirinya buat tetamu tidak diundang di rumahnya.
Somi tersenyum kecil lalu mencapai chopsticks.
"Aku rasa aku tak join. " jawapan Somi yang diluar jangkaan!
"Apahal pula kau ni. " geram Yoojung lalu menghabiskan kunyahan nasi di mulutnya. Kawan dia yang seorang dah buang tabiat ke apa? Kalau dulu menangis-nangis nak jumpa X1. Sekarang ni. Apa sudah jadi?
"Wooseok dah makin kerap datang kedai bunga aku. Kekadang dengan saeng dia. " Somi menjelaskan perkara sebenar kepada Yoojung.
"Oooo. Pergi jelah. Tak salah pun kan? "
"Memanglah tak salah. Kotnya tiba-tiba si Wooseok tu terlepas mesra dengan aku, fans semua tahu, tak ke mati aku? " soal Somi kembali.
Yoojung berfikir sejenak. Ada betul apa yang Somi katakan.
"Aku terima jawapan kau sebagai jawapan A+." balas Yoojung mengangkat kedua dua ibu jarinya tanda terima. Somi menghebus nafas lega kerana sahabatnya itu sangat memahaminya.
"Oh ya. Cepat sikit makin eh. Pukul 9 nanti ada drama Extraordinary You. Aku tak nak miss satu episod pun. So, kalau rasa nak aku yang basuh pinggan kau makan tu, makan cepat sikit. " tegur Yoojung hingga menyebabkan Somi menjeling.
YOU ARE READING
Macarons
Fanfic❝ Angin malam yang membuatkan dia dan aku bertemu kembali.❞ ✉ language : malay ✉ status : completed ✈ start : 24/O3/2O2O ✈ end : 1O/O4/2O2O © -hvleybby, 2020