09

5 2 0
                                    

"Saya pergi dulu. Gumawo sebab sudi luangkan masa dengan saya walaupun sekejap. "

"Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi. " sambung Wooseok sambil melambaikan tangannya lalu keluar dari kedai bunga itu.

Sebaik sahaja Wooseok keluar, Yoojung menyiku Somi yang berdiri disebelah kanannya.

"Wooseok datang kedai bunga kau, tak bagitahu aku eh. " gurau Yoojung.

"Aku sendiri pun terkejut tau tadi dia tegur aku. " balas Somi sambil mengemas sisa-sisa makanan diatas meja kerja yang juga cashier.

"Yelah tu kau. Kau yang tegur dia dulu kan?" Yoojung serkap jarang Somi.

"Hey! Apa kau ingat aku ni macam kau ke? Dah lah. Aku nak balik. Stay or tinggal? " tanya Somi sambil berjalan ke arah the only pintu yang ada dalam kedai bunga dia.

Maklumlah, kedai bunga kan. Kecik aje. Kecik-kecik pun, masyuk tau income.

Sepantas kilat Yoojung mencapai begnya dan berlari keluar. Somi hanya menggeleng perlahan. Dia mengunci pintu sebelum menyertai Yoojung yang sudah maju kedepan.

MacaronsWhere stories live. Discover now