Kini, sudah tiba giliran Somi untuk berjumpa dengan ahli-ahli X1. Album debut mereka 비상: QUANTUM LEAP dan hadiah yang dibawanya juga tidak lupa untuk diberikan kepada mereka.
"Nanti, bila fanmeeting bermula setiap seorang hanya dibenarkan berlama-lama dengan ahli X1 selama dua minit. Kami tak nak ada sebarang kekecohan berlaku. " itulah kata-kata staff sebelum event itu bermula.
Bermula dengan Han Seungwoo, Kim Yohan. Diikuti dengan Son Dongpyo, Cha Junho. Disebelah kirinya, Lee Eunsang dan Kang Minhee.
Jika ahli sebelumnya hanya mendapat sebuah kotak berisi kemeja yang dijahit sendiri oleh Somi sejak final stage Produce X 101,
Tiba giliran Lee Hangyul, dia mengeluar 2 hadiah. Satu kecil dan satu lagi besar.Seperti yang lain, Hangyul mendapat sehelai kemeja dan hadiah extra besar daripada Yoojung.
"Pick awak dalam Produce, saya ke? " tanya Hangyul terkejut dengan hadiah pemberian Somi itu. Diberi laptop, siapa je yang tak terkejut.
"Eh. Bukanlah. Hadiah tu sebenarnya dari kawan saya, Yoojung. Dia tak dapat hadir sebab kena gantikan kawan dia bekerja. " balas Somi dengan tersenyum kecil. Dia sudah meramal perkara ini akan berlaku.
Seterusnya, giliran Kim Wooseok pujaan hati Somi. Dengan pantas dia menghulurkan album mereka.
"Nama awak siapa? " tanya Wooseok tanpa melihat ke arah Somi kerana sibuk menanda tangan.
"Jeon Somi. " jawapan Somi dibalas dengan anggukan daripada Wooseok.
"Oh ya. Wooseok-ssi. Ni hadiah saya untuk awak. Harap awak suka. " kata Somi sambil menghulurkan sebuah kotak yang juga berisi kemeja dan sebuah lagi kotak yang diikat reben merah.
Wooseok melihat Somi seperti pernah dilihat sebelum ini, tetapi dia lupa bila. Dia meneliti hadiah diberi. Diantara dua kotak tersebut, dia lebih tertarik dengan kotak yang bereben merah.
Seperti pernah kulihat. Tapi dimana?
"Wooseok-ssi. Saya pergi dulu. " Somi meminta diri untuk beralih ke member lain.
Somi menyambung lagi perjalanannya ke Nam Dohyon, Song Hyeongjun dan terakhir sekali Cho Seungyeun sebelum kembali ke tempat duduknya.
YOU ARE READING
Macarons
Fanfiction❝ Angin malam yang membuatkan dia dan aku bertemu kembali.❞ ✉ language : malay ✉ status : completed ✈ start : 24/O3/2O2O ✈ end : 1O/O4/2O2O © -hvleybby, 2020