05

8 2 0
                                    

"Semalam macam mana? Okay? Sorry tau aku tak dapat teman kau. " kata Yoojung sebaik sahaja tiba di tempat yang dijanjikan untuk bertemu dengan Somi.

"Okay je. Tapi tulah. Hangyul salah sangka dengan aku. Kelakar pulak bila ingat balik. " Somi menahan tawanya dari meletus.

"Dia kata apa? " tanya Yoojung ingin tahu.

"Ada ke patut dia tanya Pick awak dalam Produce, saya ke? " Somi mengulang kata-kata yang telah disebut Hangyul semalam.

"Dia terkejut kot yang dia dapat laptop." sambung Somi lagi. Yoojung hanya memuncungkan bibirnya.

"Wooseok macam mana? Dia okay dengan hadiah kau? " tanya Yoojung untuk mengetahui situasi Wooseok dengan sahabatnya itu.

"Okay je. Cuma muka dia bila terima hadiah aku yang super special tu, muka dia macam terkejut. Aku syak, dia pernah tengok kotak tu. " terang Somi bila dia teringat kembali reaction Wooseok apabila diberi hadiah semalam.

"Kau bagi apa ek? Aku tak ingat lah? "

"Aku bagi Macaroons Cookies and Cream dari cafe yang kau kerja. Kau kata dia selalu beli Macaroons dekat situ, kan? Mungkin dia pernah beli dengan kotak special tu. Kalau pernah, dia bagi kotak special tu dekat siapa? " tanya Somi dengan perasaan yang tidak boleh digambarkan.

Dia sudah ada buah hati? Tak mungkin. Dia artis! Mana boleh ada buah hati!

"Dia beli untuk diri dia kot. Tak pun dia beli untuk member X1. Baru-baru ni kan birthday si siapa tu? Alah. Aku tak ingatlah." Kata Yoojung sambil berusaha mengingati tarikh kelahiran ahli X1.

"26 November birthday Lee Eunsang. " balas Somi. Dia seakan-akan terlupa tarikh lahir seorang lagi.

"Oh! Baru aku teringat. Last dia beli Macaroons, masa 20 hari bulan. Dia beli sekali dengan kotak khas tu. Tapi dekat kad tu, nama dia lah. " kata Yoojung secara tiba-tiba.

"Ya. Aku tahu. Kau pernah bagitahu aku." balas Somi tidak terkejut dengan kata-kata Yoojung.

"Ya ke? " soal Yoojung lupa dengan perkara itu.

"Entah. " itu yang dibalas Somi.

"Sakai. " bisik Yoojung lalu menyandarkan badannya kebelakang kerusi restoran itu.

Sedang Somi menyuapkan Dimsum ke dalam mulutnya, dia teringat sesuatu.

"Wey. Semalam birthday Wooseok. "

MacaronsWhere stories live. Discover now