01 : Unknown Killer

3.5K 312 26
                                    

❉   ❉   ❉

GOLDEN CASTLE
HANYANG ,
AHLI BANGSAWAN

"Memandangkan Yang Mulia sudah tenang beradu. Marilah kita mulakan mesyuarat pada malam ini." Jelas seorang ahli Bangsawan yang memakai jubah berwarna Biru Tua.

Keempat-empat bangsawan ini melangsungkan satu mesyuarat rahsia di sebuah lembah yang tidak pernah di datangi oleh mana-mana orang Diraja yang lain termasuklah Yang Mulia , Raja Hanyang , Kim Taeseok.

Seorang ahli bangsawan yang berada di bahagian tengah meja tersebut mula membentangkan sebuah scroll yang sama lebar seperti meja tersebut.

Keempat-empat bangsawan tadi mula memerhati setiap patah perkataan Hangul yang di tulis di atas Scroll tersebut.

"Rancangan kedua puluh empat , gagal." Sebaris perkataan Hangul yang mempunyai lima patah perkataan itu di garis mengunakan berus yang berwarna merah.

"Macam mana boleh gagal? Bukan kah cadangan Tuan Kang Go Seul itu cadangan paling senang untuk menumpaskan Yang Mulia?" Soal seorang lelaki tua yang berada di sebelah kanan.

"Kami tidak tahu Tuan. Seperti nya salah seorang dari kita adalah mata-mata Yang Mulia. Ataupun... mata-mata Yang Mulia menghedap kita selama ini." Balas seorang lagi lelaki tua yang tidak bermisai itu.

Kang Go Seul , selaku ketua yang mengetuai misi mengulingkan Yang Mulia itu mula menunjukkan wajah yang penuh kerisauan.

"Rancangan kedua puluh lima , gugurkan kandungan Ratu." Rancangan seterusnya di baca tanpa ragu-ragu.

"Tapi kali ini kita perlu berhati-hati. Pastikan kamu sudah meminta bantuan salah seorang wanita Rumah Yeonchang untuk membuat ubat melemahkan jantung bayi." Masing-masing mengangguk faham atas rancangan yang baru sahaja di kemukakan oleh ketua mereka , Kang Go Seul.

"Tapi Tuan , saya agak pelik dengan keadaan Permaisuri Go Mi Rae. Saya pernah dengar perbualan dayang-dayang yang sentiasa bertugas di sekelilingi Permaisuri. Mereka mengatakan bahawa sebelum Permaisuri mengandung , tiada apa-apa kesan yang menandakan bahawa wanita itu hamil." Salah seorang dari mereka menyuarakan satu hal yang membuatkan mereka berasa curiga untuk meneruskan cadangan kedua puluh lima ini.

"Adakah permaisuri benar-benar mengandung? Atau mereka sahaja menipu kita kerana mereka sudah tahu mengenai rancangan pengkhianatan ini?" Kang Go Seul mula berasa curiga.

Darah nya naik terus hingga ke otak. Dia terasa panas , sangat panas atas perancangan nya yang seolah-olah membodohkan diri sendiri.

Setitis peluh jatuh dari dahi nya.

"Tidak mengapa. Kita hanya perlu mencuba rancangan ini dahulu. Jika benar Permaisuri tidak mengandung , kita harus merancang perancangan baru supaya Yang Mulia tahu akan hal ini." Cadangan Kang Go Seul di terima baik oleh kesemua ahli bangsawan yang berada di dalam bilik tersebut.

Masing-masing memakai jubah hitam untuk menutup wajah mereka dari kelihatan oleh rakyat yang kemungkinan lalu-lalang di dalam hutan pada malam ini.

Satu persatu dari mereka mula meninggalkan lembah tersebut dan kembali ke rumah masing-masing.

Di sebalik penjuru lembah , seorang lelaki berpakaian serba hitam sedang memerhati gerak-geri empat orang lelaki tua yang dia gelarkan sebagai ahli bangsawan itu sedang berjalan tenang pulang ke rumah masing-masing.

[COMPLETED] 너의 편 | SIDE OF YOU feat Kim TaehyungWhere stories live. Discover now