❉ ❉ ❉
Hari sudah berganjak ke malam , semua penduduk Rumah Yeonchang kini masih berjaga , memerhati kan jika ada tentera Ansi yang datang untuk menyerang.
Sepanjang jam , dada aku seolah-olah sesak membuatkan aku sukar bernafas. Aku rasa risau , siapa lagi kalau bukan dengan Kim Taesoon?
Apa yang dia buat di luar sana? Dia selamat ataupun tidak?
"A-Ahjumma , Hyun nak c-cari Taesoon." Kataku perlahan sambil mencapai lengan Ahjumma Han. Wanita itu juga masih berdiri tegak , menunggu kedatangan tentera Ansi.
Ahjumma Han menoleh kearah ku. Wajah wanita itu juga jelas menunjukkan bahawa dia sedang berasa risau.
"Hyun , kamu tahu kan keadaan di luar sana tu berbahaya. Malam macam ni tak baik kamu jalan sorang diri." Ucap Ahjumma Han cukup lembut. Pipi aku di usap perlahan membuatkan mata aku tiba-tiba terasa pedih.
"Tapi Ahjumma , Taesoon macam mana?" Aku masih lagi berdegil untuk keluar dan mencari Taesoon.
"Tak boleh sayang. Kalau Taesoon mati sekalipun , kita akan ingati dia sampai bila-bila." Balas Ahjumma Han sebelum tubuh aku di tarik masuk ke dalam dakapan nya.
"Perhatian semua!" Seorang pengawal Rumah Yeonchang tiba-tiba bersuara membuatkan mereka semua menoleh kearah lelaki tersebut.
"Saya langsung tak dapat kesan apa yang pelik di sepanjang jalan Rumah Yeonchang. Jadi kita selamat , sekarang korang semua boleh rehat memandangkan tengah malam sudah hampir tiba." Laung Pengawal tersebut membuatkan kesemua penduduk Yeonchang menghela nafas lega.
"Jom masuk , Hyun kan masih tak sihat? Pergi lah tidur dalam bilik kamu dulu." Kata Ahjumma Han sambil tangan nya sibuk mahu memapah aku untuk berdiri.
Tangan nya aku tepis perlahan.
"Macam mana dengan Taesoon? Takkan Taesoon dah mati? Ahjumma , Hyun nak jumpa Taesoon." Air mata aku mula mengalir setitis demi setitis di hadapan Ahjumma Han.
"Kita tunggu saja , kalau esok Taesoon masih belum pulang , kita terima sahaja yang dia kemungkinan sudah mati ataupun pergi dari sini ya?" Air mata aku di kesat oleh Ahjumma Han.
Aku hanya terdiam sambil tunduk membiarkan tangisan aku terus jatuh ke peha.
"Kat luar ni sejuk sayang , lebih baik kamu masuk sekarang ya? Jangan risau pasal Taesoon lah , dia kan memang selalu lewat balik malam-malam macam ni?" Ahjumma Han masih lagi tidak henti memujuk aku supaya masuk ke dalam memandangkan kesemua penduduk Rumah Yeonchang sudah masuk ke dalam rumah masing-masing.
"Taknak! Hyun nak tunggu Tae balik!" Kali ini aku menolak perlawaan Ahjumma Han dengan kasar.
"Ahjumma taknak paksa kamu. Kalau kamu nak masuk , masuk saja ya? Jangan duduk lama di luar ni , sejuk." Ucap Ahjumma Han perlahan-lahan menepuk bahu aku sebelum wanita itu mula melangkah masuk ke dalam biliknya.
Jaehee yang juga turut bersimpati atas keadaan aku hanya mampu memandang dengan pandangan yang risau.
"Hyun , saya akan temankan awak tunggu Taehyung ya?" Ucap Jaehee lalu dia melangkah mendekati aku.
Bahu aku di usap lembut sebelum Jaehee mula merehatkan kepala nya pada sebuah tiang di tepi.
Malam yang sejuk itu langsung tidak membuatkan badan aku mengigil. Sebaliknya aku masih fikirkan tentang Taesoon. Ya mungkin korang boleh panggil aku ego tapi ,
aku mulai selesa dan perlukan lelaki itu sekarang.
❉ ❉ ❉
YOU ARE READING
[COMPLETED] 너의 편 | SIDE OF YOU feat Kim Taehyung
Ficção Histórica2019 FAN FICTION | MALAY Pada suatu masa dahulu, Di zaman joseon. Fanfiction + Action + Romance Originaly written by © luckisscars ×××××××××××× AMARAN ! : languages roller coaster : super redicilous and annoyed : berminat menjadi cacing? sila baca p...